Berita tentang penyakit tangan, kaki dan mulut semakin kurang diperkatakan, namun hakikatnya wabak ini belum lagi reda. Malah beberapa minggu lalu ada kematian akibat penyakit ini. Statistik terbaru dari Kementerian Kesihatan menyatakan sebanyak 33,425 kes sudah dilaporkan dan angka ini bukanlah sedikit.
Justeru ibu bapa digesa supaya tidak memandang ringan akan penyakit yang turut boleh menjangkiti orang dewasa. Afiqah Ahmad adalah salah seorang ibu yang dijangkiti penyakit ini bersama dengan anaknya.
Katanya meski hanya kelihatan seperti bintik-bintik merah kecil tapi katanya kesakitan yang dialami adalah cukup menyeksakan apatah lagi jika dialami oleh anak-anak kecil. Beliau berkongsi pengalamannya dijangkiti penyakit ini agar dapat dijadikan pengajaran dan panduan buat ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati.
Awal Januari tahun ni, anak Fiqa berusia kurang 1 tahun terkena jangkitan virus kaki, tangan & mulut. Kami tak pasti dari mana dapat virus ni. Wallahu’alam.
Kami memang tak pernah bawak anak jalan-jalan kat luar sebelum ni kecuali terpaksa sebab tak nak dia kena jangkitan penyakit apa-apa. Tapi bila Allah takdirkan benda nak jadi, memang akan terjadi juga.
Tapi paling tak sangka, bila diri sendiri pun dijangkiti HFMD. YES! Orang dewasa pun boleh kena HFMD! Ini pengalaman saya.
Satu malam tu anak demam panas, memang melalak tak boleh tidur. Keesokan paginya satu badan naik rashes macam ruam panas & macam chicken pox (cuma takde ibu mata chicken pox tu).
Dalam tempoh 24 jam, kami bawa berjumpa dengan 3 doktor berlainan sebab masa awal-awal tu tak boleh nak confirmkan symptom awal rashes. Tunggu 2 hari jugak sebelum tahu HFMD bila rashes mula membesar dan melepuh.
Doktor confirmkan HFMD. Dia kata “incubation period” dalam 3-4 hari. Maksudnya, lepas kita dapat jangkitan virus tu, hanya selepas 3-4 hari baru keluar simtom bintik-bintik tu.
Masa tu memang anak tak boleh tidur, menangis memanjang. Nak menyusu pun susah. Dan belarutan selama seminggu. Mood dia okay bila rashes dah mula kering.
Bila rashes HFMD anak dah mula kering and selera pun dah ok, ingat dah boleh bersuka ria, tapi jangkaanku meleset.
Siang tu Fiqa masak macam biasa. Bila dah malam, rasa jari hantu kanan macam ada papercut (gambar). Tapi takde pulak pegang kertas ke terhiris tangan ke masa masak tadi. So Fiqa cool je la.
Masa tu memang berdoa je harap-harap papercut biasa.
Esok nya, lagi banyak bintik-bintik keluar. Bayangkan, setiap bintik tu rasa macam tajam kena hiris kecil atau papercut. Pastu keluar kat kaki. Kalau ada 20 bintik, rasa macam 20 tempat kena papercut.
Masa tu macam nak jerit je Oh tidakkkk!!! Masa tu dah tahap #sisredha. Tapi paling tak tahan bila start melepuh.
Melepuh tu macam rupa kulit kita terkena minyak panas terpercik dan bernanah dari bawah kulit. Pedihnya sampai berdiri pun tak tahan.
Bila kulit yang melepuh tu kena air masa nak mandikan anak time Abang kerja, memang pedih yang amat!
Kita yang dewasa pun rasa sakit nak berdiri sebab tapak kaki habis melecur, nak pegang sudu nak makan pun pedih, tak boleh bayangkan kesakitan anak bila HFMD dia tengah teruk.
Sampai sekarang masih teringat lagi rasa pedih tu. Azab nya hanya Allah je yang tahu. Huhuhu
Nasib baik la HFMD Fiqa tak kena kat mulut. Masih boleh makan dengan bahagia.
Ok, Fiqa sharekan apa yang Fiqa buat ketika anak dijangkiti HFMD.
1️. Doktor bagi 3 ubat. Ubat demam, calamine lotion dan aloclair spray. Setakat ni tak ada ubat untuk bunuh virus HFMD, hanya ada ubat untuk meredakan simtom lain untuk melegakan sahaja supaya kita boleh continue makan dan stay hydrated.
2️. Fiqa ikut je arahan doktor untuk ubat. Tapi, anak memang tak suka aloclair spray tu sampai sanggup ketap mulut tak nak dispray. Jadi kami ikhtiar dengan yogurt Farm Fresh sejuk (gambar) perisa asli. Elakkan yang berperisa tau sebab terlalu banyak gula. Buah pinggang kanak-kanak berusia kurang 2 tahun belum cukup matang untuk process garam dan gula macam kita yang dewasa. Alhamdulillah membantu melegakan seketika supaya dia boleh menyusu macam biasa.
3️. Bila semua dah sihat, Fiqa basuh & sterilize semua mainan-mainan dia dan lap semua permukaan di rumah dengan sabun cecair pembasmi kuman. Baju dia pun rendam dalam air panas. Tak tahu la membantu ke tidak, tapi tak sanggup pisang berbuah dua kali. ?
4️. Walaupun HFMD anak dah reda dalam seminggu, tapi kami ambil keputusan untuk kuarantinkan dia selama 2 minggu sebelum dibenarkan keluar dari rumah supaya tak berjangkit dengan orang lain.
Itu je pengalaman yang nak dikongsikan. Kami follow je nasihat doktor sebab tak berani cuba-cuba. Sebelum nak ikhtiar dengan cara alternatif, rujuk kepada yang pakar.
Semoga kita dan anak-anak kita terlindung dari jangkitan virus ini.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Take care! ?
#fiqashares #hfmd
#sharingiscaring
#cegahsebelumterkena
#luschlavender
Sumber: Luschlavender