Selalu bila beli barang elektrik, dah dapat apa yang nak selalu lupa nak isi borang warranty. Sedangkan ia sangatlah penting terutama bila barang dah lama digunakan.
Ada kemungkinan akan rosak dan di sinilah ia berguna. Seperti pengalaman Nik Mohd Rizal yang dapat jimat RM800 selepas mesin basuhnya rosak.
Saya nak kongsikan kepentingan mengisi borang warranty online bila membeli barangan elektrik.
Mesin basuh di rumah saya sudah seminggu lebih berbunyi seperti kapal terbang sedang berlepas setiap kali berpusing untuk mengering.
Mesin basuh brand Hitachi itu sudah berusia lebih lapan tahun dan tentunya sudah lama habis tempoh waranti. Resit pembelian dari kedai pun entah di mana saya letak. Saya fikir mungkin sudah sampai hayatnya & mungkin kena beli mesin basuh yang baru.
Saya check di YouTube dan mendapat tahu yang masalah bunyi bising itu kemungkinan berpunca dari ‘bearing yg rosak. Rupanya mesin basuh pun macam kereta ada bearing.
Saya check di webpage Hitachi dan menghantar e-mail kepada Customer service untuk mendapat maklumat berkenaan masalah bearing mesin basuh Hitachi & bertanyakan tempat yg recommended untuk membaikinya.
Selang beberapa hari, mereka menghubungi saya dan memaklumkan bearing itu adalah sebahagian dari motor inverter yg berharga lebih kurang RM800 yang perlu diganti. Biar betul RM800! Tambah sikit lagi boleh beli mesin baru ni!
Namun motor itu dilindungi warranty selama 10 tahun dan ini bermakna mesin basuh saya masih dilindungi. Saya memberitahunya kad waranti & resit pembelian sudah hilang entah ke mana.
“Encik cuba check di webpage Hitachi dulu, mungkin encik pernah isi borang waranti secara online 8 tahun dulu ” katanya memberi sedikit harapan kepada saya.
Memang benar! Rupa-rupanya saya pernah mengisi maklumat pembelian mesin basuh Hitachi dulu secara online 8 tahun yang lalu selepas membuat pembelian & ini membolehkan motor inverter yang berharga hampir RM800 itu diganti secara percuma!
Mengisi borang waranti di kad waranti atau secara online mungkin sedikit menjengkelkan. Saya mengajak saudara semua agar menjadikan tabiat mengisi borang online waranti itu sebagai rutin setiap kali kita membeli barangan eletrik.
Ia mungkin mengambil sedikit masa namun percayalah, bila terjadi kes seperti mesin basuh saya yg rosak bearing ini, ianya sangat berbaloi-baloi! Jimat RM800!
Sumber: Nik Mohd Rizal