Shamsul Ghau Ghau Terkilan Hajat Allahyarham Zaibo Nak Mengaji Quran Dengannya Tak Kesampaian

Share

 

 

 

Pemergian pelakon, Zaibo baru-baru ini meninggalkan kesan kepada ramai individu terutama yang pernah bekerjasama dengan beliau semasa hayatnya. Antaranya ialah pelakon, Shamsul Ghau Ghau atau kini lebih dikenali sebagai Pak Su.

Melalui instagram, Pak Su memuat naik screen shot perbualan melalui aplikasi WhatsApp antara dia dengan Zaibo. Perbualan tersebut kira-kira dua bulan lepas. Ketika itu Zaibo baru sahaja keluar dari Hospital Sungai Buloh selepas menerima rawatan di hospital tersebut.

Hajat nak mencantikkan bacaan al-Quran

 

Umum mengetahui kini Pak Su merupakan seorang tenaga pengajar al-Quran dan penceramah bertauliah. Justeru Zaibo ketika itu berhajat untuk belajar mengaji dengan Pak Su.

“Saya ada di Bangi pagi ni. Bercadang balik ke Johor tengah hari ni. Ada kesempatan ka untuk kita jumpa? Boleh ka nak meneraih mengaji dalam masa yang singkat?”

Terkilan hajat tak sampai

Pak Su menerangkan bahawa ‘meneraih’ adalah bahasa orang utara yang bermaksud mencantikkan. Maksudnya Zaibo berhajat belajar mengaji dengan Pak Su untuk mencantikkan bacaannya. Namun masa dan keadaan kesihatan Zaibo tidak mengizinkan. Allah tahu niat baik itu sudah ada.

Innalillahiwainnailaihirrojiun
Allah Dah Ambil kembali sahabat Pak Su Abang Zaibo.
Terkilan rasa bila “Hajat” Allahyarham nak Mengaji Quran dengan Pak su tak kesampaian…
Apa pun Allah tahu niat baik Allahyarham nak belajar Al Quran dan Nak “meneraih” ( Bahasa Utagha) Mencantik kan Bacaan dah ada… cuma masa dan keadaan kesihatan Abang Zaibo tak mengizinkan.
Semoga Allah menempatkan Roh Allahyarham bersama orang orang yg beriman dan beramal solleh.
Ameen…

 

Semoga roh Allahyarham Zaibo tenang di sana. Sama-sama kita doakan.

Sumber: Shamsul Ghau Ghau

Published by
Maryam Elyas