Pada hari ini, bergelar surirumah pun seseorang wanita itu tetap sibuk dengan rutin hariannya. Bagi Muna’Izzah Md Isa atau lebih mesra dipanggil Kak Ngah, kesibukan sebagai usahawan online membuatkan dia tercari-cari satu hidangan ringkas untuk anak. Pun begitu, hidangan itu perlu cukup berkhasiat bagi memastikan tiga anaknya mendapat nutrisi yang mencukupi.

Melalui facebook, ibu ini kongsikan resipi supaya dapat menjadi panduan kepada ibu sibuk yang lain untuk menyediakan hidangan berkhasiat buat anak masing-masing.

“Dah jumpa satu menu sihat yang senang, cepat dan berkhasiat untuk anak-anak. Senang sungguh nak buat. Makan satu pun dah kenyang. Serius recommended untuk mak-mak yang tak ada idea nak bagi anak makan apa yang simple tapi berkhasiat.”

Wrap Dada Ayam Dengan Salad dan Tomato

Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada
Minyak zaitun
Lada Hitam
Lada putih
Bawang putih
Garam
Salad
Tomato
Timun
Bawang
Mayones
Roti wrap brand Mission (Kali ni try garlic flavor. Sedap!)

Cara membuat:

1. Potong ayam ikut suka. Ada yang suka potong besar, ada yang suka potong kecik. Kak Ngah suka potong in slice. Nak bagi anak makan, kalau besar-besar sat lagi dia luah balik.

IKLAN

2. Gaul ayam dengan minyak zaitun, lada hitam, lada putih, bawang putih, sedikit garam. Perap sekejap.

3. Kemudian grill saja ayam itu. Tutup pan untuk dapatkan ayam yang juicy.

Sibuk Bisnes Online, Ibu Ini Kongsi Resipi Sediakan Menu Ringkas Tapi Berkhasiat Untuk Anak

4. Sambil tunggu ayam siap masak, potonglah salad, tomato, timun dan bawang. Macam Kak Ngah cakap tadikan, nak bagi anak-anak makan, potongan biar halus. Senang mereka nak kunyah.

IKLAN

5. Apabila ayam siap dimasak, gaul ayam dengan sayuran tadi macam buat salad. Letak sikit minyak zaitun dan mayones. Gaul dan gaul sampai mesra bagai pinang dibelah dua.

Selain itu:  Cara Buat Ikan Rebus Versi Thai, Makin Lama Simpan Makin Sedap

Sibuk Bisnes Online, Ibu Ini Kongsi Resipi Sediakan Menu Ringkas Tapi Berkhasiat Untuk Anak

6. Roti wrap jangan lupa letak sekejap atas api supaya lembut. Jangan lama sangat nanti  keras. Dalam seminit dua cukup menggunakan api kecil.

7. Kemudian letak adunan ayam dan sayuran tadi atas roti wrap. Lipat ikut suka. Siap!

IKLAN

Sesuai untuk makan malam atau bagi bekal kat anak atau suami. Senang je kan nak bagi family makanan berkhasiat ?

Sibuk Bisnes Online, Ibu Ini Kongsi Resipi Sediakan Menu Ringkas Tapi Berkhasiat Untuk Anak

 

 

Sumber: Muna’Izzah Md Isa

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI