
Korang balik kampung raya-raya ni sambil mengemas rumah tu mesti jumpa gambar-gambar lama menggamit memori kan?
Kalau nak abadikan kenangan gambar lama dalam bentuk digital, pakai saja app #PhotoScan by Google Photos.
Lepas install, ikut arahan yang diberikan.
Mula-mula tangkap gambar penuh, lepas tu tangkap gambar setiap bucu. Tak payah risau pasal senget-benget, silau-milau. Nanti pandailah dia punya AI susun balik bagi cantik. Kualiti memang puas hati, dah macam scan pakai scanner je.
Bolehlah lepas ni korang tangkap gambar graduasi tadika korang simpan dalam telefon. Buat modal eksen kat pak menteri dan para penyokongnya masa raya nanti.
Ini antara hasilnya. Terima kasih Bijen Mohd atas perkongsian.
Ok lepas ni, kita cari balik gambar lama ya.
Sumber: Bijen Mohd
Tip Gandakan Sabun Cuci Pinggan, Boleh Tahan Sampai 5 Bulan. Buih Tetap Banyak!

Isi Kandungan
Toggle
Rutin basuh pinggan mangkuk ini kita buat setiap hari kadang kala sampai 4-5 kali. Jadi sabun atau cecair basuh pinggan ini memang perlu sentiasa ada.
Tapi kalau nak jimatkan penggunaannya boleh ikut tip yang dikongsi oleh شهيد شهداء Dari 1 liter sabun boleh yang tahan sebulan boleh diganda jadi 5 liter dan tahan selama 5 bulan. Jimat banyak kan!
Tip jimat sabun basuh pinggan
Ni bukan pasal resepi masak tau tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah. Jimatlah juga belanja dapur kan. 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun.
Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan. Ok tak?
Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.
Tambah 2 bahan ini saja
- 5 liter air
- 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna Sunlight)
- Garam paket kecil (anggaran secawan).
Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai. Siap…!
Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi dua sukatan di atas ).
TIP
- Refill guna bekas yang sesuai, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.
- Guna seperti biasa. InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Selamat mencuba untuk lebih jimat.
Sumber: شهيد شهداء
Tip Tanam Kailan Supaya Daunnya Subur. Waktu Tuai Kena Potong Begini Supaya Bercambah Lagi

Isi Kandungan
ToggleMemang berbaloi tanam kailan, selain mudah bercambah, ia juga senang dijaga. Sesuai sangat kalau nak ditanam di rumah kerana boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga.
Lagi satu yang best tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai. Dah boleh masak kailan ikan masin!
Bagi yang baru nak cuba tanam bolehlah ikut langkah penanaman ini.
Tip kalau nak mula tanam kailan
2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.
4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.
Petua penjagaan kailan
- Boleh siram dengan air basuhan beras
- Guna baja tahi ayam
- Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.
Sumber: myagri.com.my & Facebook Berkebun D Rumah
Tak Basuh Buah Sebelum Makan Boleh Jadi Punca Batuk. 3 Bahan Dapur Ini Boleh Guna Untuk Cuci Buah

Isi Kandungan
ToggleMakan buah-buahan segar memang bagus kerana penuh dengan khasiat semula jadi yang elok untuk tubuh badan.
Tapi boleh jadi juga makan buah punca kena masalah batuk. Bagaimana boleh jadi begini? Salah satunya kerana kita tak cuci buah-buahan dengan betul sebelum dimakan. Perkara ini dijelaskan oleh Dr. Mazliana Mazlan, dan beliau turut berkongsi cara mencuci buah-buahan dengan betul.
Makan buah tak dicuci punca batuk dan alergik
Kadang anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.
Saya pernah kena. Anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.
Terus saya serik lepas tu tau. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.
Dalam buah, dan sayur ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.
Cara mudah cuci buah guna bahan di dapur
Ini cara mudah untuk cuci buah-buahan. Boleh guna salah satu bahan di bawah;
-Garam
-Cuka
-Soda bikarbonat
Salah satu dari 3 bahan ini wajib ada di rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay.
Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi. Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.
Ratio untuk basuh buah dan sayur
1. Garam – 1 sudu kecil garam : 1 cawan air
2. Cuka – 1 cawan cuka : 3 cawan air
3. Soda bikarbonat – 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air ( nak mudah boleh beli jenis shaker. Boleh klik SINI )
Kacau sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit. Kali ini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Boleh tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.
Lepas rendam boleh bilas dan tos.
Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti lepas ni.
Sumber: Dr. Mazliana Mazlan