Simpan Gambar Lama Dalam Telefon Guna PhotoScan, Hasilnya Cantik Nak Share Pun Senang

Share

 

Korang balik kampung raya-raya ni sambil mengemas rumah tu mesti jumpa gambar-gambar lama menggamit memori kan?

Kalau nak abadikan kenangan gambar lama dalam bentuk digital, pakai saja app #PhotoScan by Google Photos.

Lepas install, ikut arahan yang diberikan.

 

Mula-mula tangkap gambar penuh, lepas tu tangkap gambar setiap bucu. Tak payah risau pasal senget-benget, silau-milau. Nanti pandailah dia punya AI susun balik bagi cantik. Kualiti memang puas hati, dah macam scan pakai scanner je.

Bolehlah lepas ni korang tangkap gambar graduasi tadika korang simpan dalam telefon. Buat modal eksen kat pak menteri dan para penyokongnya masa raya nanti.

Ini antara hasilnya. Terima kasih Bijen Mohd atas perkongsian.

 

Ok lepas ni, kita cari balik gambar lama ya.

Sumber: Bijen Mohd

 

 

Published by
VK