Selepas setahun menyimpan, beberapa hari yang lalu ramai yang pecah tabung mengira jumlah simpanan hasil menabung ikut warna duit.

Paling best ada yang mencecah RM7 ribu hasil menyimpan RM20 sehari. Banyakkan!

Kalau korang nak hasil yang sama tak pernah terlambat untuk mulakan. Mula terus hari ini. Walau serendah RM3 pun menyimpan setiap hari korang akan dapat ribuan ringgit. Betul, Nazrul Akram dah kira kan untuk kita.

Simpan RM3, RM5 Atau RM10 Setiap Hari Selama Setahun, Ini Hasil Yang Akan Kita Dapat

Simpan RM10 sehari dapat RM3,650 setahun

Kalau anda menabung setiap hari RM10.00 dari 1 Jan hingga 31 Dec, maka anda akan dapat RM3,650. Bagi saya RM3,650 banyak boleh bayar roadtax, service kereta, pergi travel, renovate rumah ke. Tu belum kira kalau korang simpan dan deposit dalam ASB. Berbunga bunga dividen dia.

Kalau RM10.00 setiap hari tu besar, boleh mulakan dengan RM5.00. Tak susah mana pun cuma kena disiplinkan diri untuk menabung. Tapi jangan pulak korek tabung anak. Kalau pinjam duit anak WAJIB bayar balik. Pasal tu hak dia ye tuan-tuan.

IKLAN

Mari saya share contoh simpanan :

RM10 X 365 hari = RM3650
RM3650 X 6% (Dividen ASB) = RM3869.00

RM5 X 365 hari = RM1825
RM1825 X 6% (Dividen ASB) = RM1934.50

Kalau tak mampu cuba simpan RM3.00, nampak sikit kan tapi kalau dah setahun ribu jugak jadinya.

IKLAN

RM3 X 365 hari = RM1095.00

Hasil simpanan RM3 ni pun paling tidak dapat membantu bayar roadtax kereta ke, buat beli baju sekolah anak ke…. ape-ape la yang korang nak belanja.

Kalau malas nak simpan tiap-tiap hari ni korang tolak daripada gaji siap-siap. RM100, RM200, RM300 setiap bulan. Tak dee masalah pun.

IKLAN
Simpan RM3, RM5 Atau RM10 Setiap Hari Selama Setahun, Ini Hasil Yang Akan Kita Dapat
Foto @MaisarahMahmud

Kalau konsisten simpan selama 3 tahun!

Paling best tengok figure tu bila masuk tahun ketiga. Cuba simpan RM10 setiap hari.

Selain itu:  Guna Tudung Saji Moden Ini Kalau Nak Mudah Simpan Lauk. Kemas & Jimat Ruang Atas Meja Makan Juga

RM10 X 365 hari = RM3650
RM3650 X 3 tahun = RM10950
RM10950 X Dividen ASB = Korang kira sendiri la!

Saya bukan pakar kewangan tapi simpanan ni patutnya adalah wajib bagi kita yang dah bekeluarga ni. Senang nak manage ujung tahun anak nak masuk sekolah atau time nak raya. Tak de laa senak perut.

Sumber: Nazrul Akram

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI