Bagi yang hobi bercucuk tanam, mesti tak puas hati kalau tanaman yang diusahakan tak menampakkan hasil, buah tak lebat, nampak kurang subur, tak berbunga dan sebagainya.
Jika dah letak baja masih tak lihat hasilnya mungkin boleh cuba pula buat air penggalak/ air baja daripada campuran minuman probiotik, Yakult & telur.
Kebaikan air pengalak campuran Yakult & telur
Menghasilkan bunga banyak
Menghasilkan buah manis
Suburkan tanah
Agar buah lebih besar
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 botol Yakult 2 biji telur ayam 1 unit botol mineral 500ml kosong
Ads
Cara penyediaan :
1. Campurkan yakult dan 2 biji telur ayam. 2. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati. 3. Simpan campuran baja di dalam bekas botol mineral. 4. Perap campuran baja 3 – 7 hari. Pastikan botol tidak ditutup terlalu ketat untuk elakkan gas yang terhasil mudah keluar. 5. Selepas 7 hari, air baja boleh digunakan.
Ads
Cara menggunakan
Ads
Tuang 20ml campuran baja ke dalam bekas lain sama ada untuk tujuan semburan atau siram ke tanah.
Campur campuran baja dengan air biasa sebanyak 1 liter – 1.5 liter.
Sembur atau siram larutan baja ke daun dan media tanaman.
Semburan atau siraman larutan baja boleh dilakukan selang 2-3 hari, pada waktu petang.
Selain Mr. DIY dan Eco, Daiso adalah kedai pantang lalu bagi kaum wanita. Kalau masuk kedai ni, jarang keluar dengan tangan kosong.
Kadang-kadang entah apa-apa yang dibeli, nampak semuanya berguna tapi sudahnya tersimpan dalam almari. Supaya kita tak terjebak dengan pembelian yang kita tak guna atau membazir boleh ikut perkongsian daripada Hani Hani Mynis ini.
Dia berkongsi tentang senarai 7 gajet dapur yang berbaloi beli kerana akan memudahkan kerja di dapur.
7 gajet yang mudahkan kerja di dapur
Selain Eco dan Mr Diy, Daiso ni ialah kedai saka ketiga bagi hani. Jarang-jaranglah Hani berjaya keluar dari Daiso dengan tangan kosong
Kalau masuk Daiso Hani suka tengok “gajet” dapur sebab kebanyakan barang dari Jepun ni genius, kadang2-kadang tak tahu pun wujud rupanya benda alah macam ni semata-mata nak mudahkan kerja.
Dan ini ialah senarai 7 gajet dapur yang Hani rasa patut ada untuk memudahkan lagi kerja kat dapur! Esok cuti kan, pergi cari. Semoga bermanfaat!
1. Silicon oil bottle & brush
Serius Hani rasa benda ni genius! Masukkan minyak dalam botol silikon ni, lepas tu nak guna picit je dalam kuali. Sapu dengan berus kat atas tu. Sesuai sangat untuk masak roti canai, roti jala dan macam-macam yang tak gunakan minyak banyak tapi minyak rata di permukaan kuali. Nak wangi, potong kecil-kecil (bukan hiris) daun pandan, masukkan dalam botol ni. Bijak sangat benda ni, senang kerja.
2. Timer!
Benda wajib ada untuk memasak (especially mengukus), membersih dan mengemas. Hani kalau takde timer ni mengemas rasa macam tak boleh nak kemas laju-laju. Hani tak guna alarm hp sebab nanti tangan rajin check notifications kerja rumah tak gerak.
3. “Timer” untuk masak telur
Dulu-dulu petua mummy Hani ajar nak rebus telur letak sikit beras (dua tiga cubit). Beras dah masak jadi nasi maknanya telur dah masak. Ada benda alah ni mudah nya ! “Masakkan” sekali telur dgn egg timer ni nanti senang nak tahu telur dah masak atau separuh masak.
4. Pengukur spaghetti
Rumah Hani sebulan dua kali masak spaghetti, pernah berlaku kadang nak masak banyak mana tak sure. Takut tersikit atau terlebih banyak. Jadi guna je pengukur spaghetti ni. InsyaAllah mencukupi tapi kalau jenis kuat makan macam Hani. Kalau untnk dua org Hani ukur dalam lubang ketiga.
5. Silica gel
Ni untuk Hani letakkan dalam balang makanan kering mcm bekas spaghetti, rempah, Milo, kopi sebab tak nak makanan kering jadi lembap, berkulat dan keras. Masukkan dalam balang atau tampal kat bahagian dalam penutup balang.
6. Pengeras minyak
Ni ramai dah tahu kot, rumah Hani jarang guna benda alah ni. Tapi good to have at home. Ni utk keraskan lebihan minyak yang kita nak buang. Dah keras bolehlah buang dalam plastik sampah.
7. Milk frother
Ni bukan untuk kopi je, Hani buat telur dadar pun guna benda alah ni. So telur dadar jadi extra fluffy.
Bila selalu makan dan minum dalam kereta kemudian tak dibersihkan memang mengundang kehadiran lipas.
Lagi bahaya bila sedang asyik memandu tiba-tiba nampak lipas dan anak lipas merayap. Boleh terkejut dibuatnya terutama bagi yang takut dan geli dengan binatang ini.
Supaya tak berlaku kejadian tak diingini, masalah lipas ini harus diselesaikan. Salah satu cara paling mudah dikongsi oleh Khushairi Borhanudin.
Dengan modal tak sampai RM10, selesai masalah lipas dan anak lipas yang banyak dalam kereta. Tak perlu guna petua letak minyak mentega yang melecehkan.
Cara mudah atasi masalah lipas dalam kereta
Sekadar berkongsi perasaan puas.
Kereta ada anak kecik macam ni la. Kinderjoy la, cekedis la, aiskrim tumpah lah. Semua diadun sebati atas seat & lantai kereta. Maka datanglah makhluk halus lipas berbondong-bondong buat kenduri kemudian.
Satu malam setel
Saya beli Fumakilla Vape ini dekat Speedmart. Harga tak sampai RM10. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.
Pagi-pagi inilah hasilnya. Puas hati kutip seekor-seekor. Banyak juga lipas saya jumpa yang sedang bertelur.
Boleh ulang jika masih jumpa lipas dalam kereta. Kalau tak jumpa di kedai boleh juga beli secara online. Klik SINI untuk link di Shopee.
Hidangan mi goreng, bihun atau kuetiau goreng boleh kata dimakan setiap hari. Kalau rasa bosan, apa kata ubah cita rasa buat phad thai pula.
Seakan kuetiau goreng tapi phai thai lebih halus. Hidangan ini biasanya kita dinikmati di restoren Siam tapi boleh saja dibuat di dapur sendiri. Nak lagi sedap buat phad thai udang. Caranya dikongsi oleh Rozmaliza Omar.
Ujar beliau, pertama kali menikmatinya di kedai Siam terus jatuh suka. Rasanya lebih kurang sama dengan kuetiau goreng cuma bahan yang digunakan adalah berbeza.
Cara buat Phad Thai Udang
Bahan-bahan
1 paket mi phad thai direndam dengan air panas (boleh guna kuetiau halus)
6 bawang putih -dicincang
1 keping tauhu -didadu dan digoreng
10 ekor udang segar
Daun bawang- dipotong panjang
1 mangkuk tauge
2 biji telur – dipukul sedikit
3 sdb lobak masin -hiris kecil
Bahan sos phad thai
Air asam jawa
Gula melaka/ gula perang
Sos ikan thai
*Bahan sos disatukan semuanya dan seimbangkan masin, masam dan manisnya.
Bahan tabur
Kacang tanah goreng -ditumbuk kasar
Chilie flakes & hirisan daun ketumbar/sup
Cara membuat
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masuk udang dan masak seketika.
2. Masukkan phad thai, tauge, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai lalu gaul rata.
3. Ketepikan phad thai, tuang telur kacau hingga telur masak garing setelah itu gaul sebati.
4. Tabur chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidang phad thai goreng.
Antara masalah yang selalu terjadi berkaitan mesin basuh adalah sambungan paipnya tidak kemas dan menyebabkan air menitis atau tiris. Bagi yang berdepan masalah sambungan paip mesin basuh ini, boleh gunakan tip perkongsian Kamariah Hashim.