Kalau bercucuk tanam di rumah tak kira pokok sayur, buah atau pokok bunga elok sangat amalkan air bancuhan ini.
Modal untuk buat pun murah, cuma guna sebotol air probiotik (Yakult) dan 2 biji telur. Tapi hasil selepas seminggu siram tanaman dengan air bancuhan ini memang meriah. Pokok sayur, buah tumbuh subur dan besar saiznya, begitu juga pokok bunga.
Cara membuatnya dikongsi oleh Muniyati Mohamad.
Cara buat baja dari Yakult & telur
Bahan-bahan
1 botol air probiotik Yakult
2 biji telur
Cara membuat
- Campur telur dan Yakult dalam satu bekas yang boleh ditutup rapat. Goncangkan supaya sebati.
- Peram selama 3 hari.
Cara penggunaan
- Selepas 3 hari, ambil 2-3 sudu air peraman dan bancuh dengan 1 liter air. Lagi elok guna air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Jika tiada air paip pun boleh.
- Masukkan botol semburan. Baki air peraman boleh simpan dalam peti sejuk. Labelkan supaya tak terminum.
- Kemudian boleh spray atau siram pada tanaman, pokok sayur, buah atau pokok bunga. Siram waktu pagi, kekerapan bergantung pada kerajinan masing-masing.
Hasilnya
Ini hasil dalam seminggu lebih siram. Daunnya besar gedabak. Pucuk mencanak air, bunga pun mereka, buah pun tembun-tembun.
INFO: Cuma air ini saya tak siram pada indoor plant sebab baunya agak masam.
Semoga bermanfaat
Sumber: Muniyati Mohamad