Tidak dinafikan, pokok rosemary menjadi salah satu pokok tumbuhan herba Inggeris yang digemari ramai.
Ini kerana aroma dedaunnya cukup semerbak untuk menjadi salah satu bahan utama perapan ayam, daging atau kambing bakar.
Sebenarnya tidak susah untuk menanam tumbuhan herba ini. Apa yang paling penting pokok rosemary perlu diletakkan di tempat panas dan mendapat air secukupnya.
Ikuti perkongsian tip penjagaan pokok rosemary oleh Dr Syahr Musafir yang menurutnya mudah membiak dan hidup segar bugar.
Ads
Tip Tanam Pokok Rosemary Hidup Subur & Membiak
Cara Penjagaannya:
1. Bermula dari potong beberapa keratan batang pendek dan kecil, terus cucuk pada tanah. Daripada situ akan tumbuh anak pokok baru. Beli anak pokok hanya di nursery saja.
2. Elak letak anak pokok di tempat teduh (garaj) dan dalam rumah. Ini kerana pokok akan jadi tidak segar dan daun pun kekuningan. Sebaiknya letakkan di tempat panas dan pokok akan jadi sihat segar bugar.
Ads
3. Untuk siraman pula, sekurang-kurangnya lakukan 1 kali sehari paling lama pun 1 kali dalam 2 hari. Siram banyak biarkan hingga tanah jadi basah.
4. Letak baja 1 kali sebulan dengan 1 sudu teh baja saja. Hanya menggunakan baja subur dibeli dari Kedai Eco.
Ada yang panggil lauk ini singgang, bening atau pun asam pedas. Apa jua namanya tapi lauk asam rebus ini memang sedap. Guna ikan kembung atau ikan mabong pun boleh.
Lauk ini memang ringkas sangat cara memasaknya, tapi bila dah siap memang terbaik rasanya. Kuah mesti kena banyak dan sedap sangat kalau dihirup. Cara membuatnya dikongsi oleh Tuan Mahani yang menurutnya diturunkan dari arwah neneknya.
Masak asam rebus ikan kembung, lauk paling senang nak buat
Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung / mabong
5 – 7 helai daun kesum
1 – 3 asam keping
1 batang serai -dititik
Air 700 ML – 1 L
Bahan dikisar
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cili merah
Belacan
Air
Cara membuat
1. Tumis bahan kisar lebih kurang lima minit kemudian masukkan daun Kesum, asam keping dan serai.
2. Masak lagi selama lima minit kemudian baru masukkan ikan dan air.
3. Didih lagi selama 10 – 15 minit. Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama-lama. Siap.
Daun ketumbar jawa ini memang banyak guna dalam masakan terutama hidangan Thai. Sup, tomyam, paprik, kerabu dan sebagainya memang lagi sedap jika ada aroma daun ketumbar ini.
Sebab itulah juga ramai yang cuba tanam pokok ini di rumah. Kalau di rumah ada menanam ketumbar jawa, boleh cuba praktikkan cara yang dikongsi oleh Shariffuddin Ar Lambensa agar daunnya lebat dan banyak. Boleh masukkan banyak-banyak dalam masakan.
Tip pokok ketumbar jawa daun lebat dan banyak
– Caranya setiap kali pokok ketumbar jawa menghasilkan bunga, pastikan bunga dipotong.
Bunga yang dipotong boleh dijadikan ulam.
– Apabila pokok ketumbar jawa berbunga pertumbuhan menjadi perlahan, tapi bila bunganya dipotong ianya akan menghasilkan anak-anak pokok yang merimbun dan sentiasa ada pucuk baru muncul di setiap pokok.
– Bagi memastikan pokok ketumbar jawa subur jangan lupa membaja sekali setiap minggu sebagai nutrien pokok. Boleh guna baja organik saja.
– Pokok ketumbar jawa tak perlukan pencahayaan terus. Sebaiknya letak pokok ketumbar jawa di bawah pokok atau di kaki lima rumah.
Kalau beli telur masin biasanya ia akan diselaputi dengan tanah liat dan juga sekam padi yang hitam.
Ni memang cara untuk buat telur masin. Jadi bila nak rebus kita kena bersihkan semua ini dulu.
Tapi kalau nak mudah boleh ikut perkongsian Suzana Sha’em. Tak perlu tanah liat atau sekam , cuma pakai cuka dan garam dan takkan mengotorkan dapur.
Kalau nak cuba buat sendiri boleh lah ikut cara Suzana ini
Tak perlu beli lagi telur masin bedak hitam
Telur masin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi. Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri.
Bahan-bahannya
Telur itik
Cuka
Garam halus
Bekas
Cara membuatnya senang saja
1. Basuh bersih telur
2. Kemudian rendam dengan cuka selama 2 minit.
3. Seterusnya gaul telur tadi dengan garam halus hingga rata.
4. Letak dalam bekas dan peram selama dua minggu atau 16 hari.
5. Tak perlu simpan dalam peti ais, boleh letak di luar saja.