Tidak dinafikan, pokok rosemary menjadi salah satu pokok tumbuhan herba Inggeris yang digemari ramai.
Ini kerana aroma dedaunnya cukup semerbak untuk menjadi salah satu bahan utama perapan ayam, daging atau kambing bakar.
Sebenarnya tidak susah untuk menanam tumbuhan herba ini. Apa yang paling penting pokok rosemary perlu diletakkan di tempat panas dan mendapat air secukupnya.
Ikuti perkongsian tip penjagaan pokok rosemary oleh Dr Syahr Musafir yang menurutnya mudah membiak dan hidup segar bugar.
Cara Penjagaannya:
1. Bermula dari potong beberapa keratan batang pendek dan kecil, terus cucuk pada tanah. Daripada situ akan tumbuh anak pokok baru. Beli anak pokok hanya di nursery saja.
2. Elak letak anak pokok di tempat teduh (garaj) dan dalam rumah. Ini kerana pokok akan jadi tidak segar dan daun pun kekuningan. Sebaiknya letakkan di tempat panas dan pokok akan jadi sihat segar bugar.
3. Untuk siraman pula, sekurang-kurangnya lakukan 1 kali sehari paling lama pun 1 kali dalam 2 hari. Siram banyak biarkan hingga tanah jadi basah.
4. Letak baja 1 kali sebulan dengan 1 sudu teh baja saja. Hanya menggunakan baja subur dibeli dari Kedai Eco.
Artikel berkait: