Ramai yang tahu sisa ikan dan udang memang baja yang sangat baik untuk menyuburkan tanaman. Malah ramai yang mempraktikkannya untuk tanaman di rumah.

Tapi betulkah cara kita membaja menggunakan sisa ikan dan udang ini. Silap cara kawasan rumah boleh jadi busuk. Supaya baja ini memberi kesan yang ‘power’ pada tanaman, usahawan tani Azuan Abdullah (AA) memberi panduan yang betul menggunakan baja organik ini.

5 langkah membaja pokok guna sisa ikan dan udang

Setiap kali siang udang dan ikan, AA akan simpan kepala udang dan perut ikan. Benda boleh buat baja, buat apa kita buang kan. Kedua jenis sisa ini sangat power bila digunakan pada pokok.

Sisa Ikan & Udang Memang Baja ‘Power’ Untuk Tanaman. Ini Cara Betul Jika Nak Guna Pada Pokok

Khasiat perut ikan dan sisa udang

Kepala dan kulit udang ini kaya dengan chitin atau chitosan. Banyak sangat kelebihan chitosan ini. Antaranya boleh meningkatkan tahap antibody pokok terhadap sesuatu penyakit dan boleh juga merangsang tumbesaran pokok supaya jadi lebih subur.

Insang dan perut ikan pula kaya dengan unsur nitrogen dan asid amino. Antara fungsi penting asid amino adalah membantu dalam proses kelekatan bunga. Ada pelbagai teknik yang kita boleh jadikan kepala udang dan insang ikan ni sebagai baja. Kali ni, saya nak kongsi cara yang paling mudah. Cara yang paling malas. Hihi.

Saya guna terus 2-2 sisa buangan tersebut pada pokok limau kasturi. Caranya boleh tengok pada gambar di bawah.

Langkah membaja

Pokok limau kasturi ini ditanam dalam tayar di tepi pagar rumah. Usianya lebih kurang 1 tahun lebih. Dia punya dahan ada yang dah cecah simen planter box sebab tak mampu tanggung berat buah.

Ads

Sisa Ikan & Udang Memang Baja ‘Power’ Untuk Tanaman. Ini Cara Betul Jika Nak Guna Pada Pokok

Langkah 1

Ambil sisa kepala/kulit udang dan insang/perut ikan yang baru lepas disiang.

Langkah 2

Mula-mula kita buat alur di bawah kanopi daun pokok tersebut. Dalam gambar ini, saya buat alur di keliling pokok. Kedalaman alur lebih kurang 3-4 inci.

Ads

Sisa Ikan & Udang Memang Baja ‘Power’ Untuk Tanaman. Ini Cara Betul Jika Nak Guna Pada Pokok

Langkah 3

Tabur saja kulit udang dan insang ikan ke dalam alur yang kita buat tu. Eloknya tabur biar sekata.

Sisa Ikan & Udang Memang Baja ‘Power’ Untuk Tanaman. Ini Cara Betul Jika Nak Guna Pada Pokok

Langkah 4

Ads

Siap tabur, kambus balik alur tu ya. Ini penting supaya sang lalat tak datang berkampung kat sini. Bila kambus, bau busuk pun tak ada.

Sisa Ikan & Udang Memang Baja ‘Power’ Untuk Tanaman. Ini Cara Betul Jika Nak Guna Pada Pokok

Langkah 5

Akhir sekali, siram dengan cecair BIM + molasses. Untuk 1 liter air, saya guna 5 ml BIM + 5 ml molasses. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pengomposan sisa yang kita kambus tadi.

Nak siram plant booster, EM atau molasses sahaja pun boleh. Jika semua ini tak ada, siram je guna air basuhan beras ya. Tak ada masalah.

Sisa Ikan & Udang Memang Baja ‘Power’ Untuk Tanaman. Ini Cara Betul Jika Nak Guna Pada Pokok

Selamat mencuba.

Sumber: Azuan Abdullah

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI