DIY Skrub Bibir Dari Madu & Kunyit Rawat Bibir Hitam & Kering Jadi Merah Pink!

Share

 

Setiap hari oles gincu tak dinafikan sedikit sebanyak menjejaskan keadaan kulit bibir. Begitu juga jika tersilap pakai gincu boleh buat bibir kering dan menggelupas serta hitam. Maklumlah bahan-bahan yang terkandung dalam gincu ini adalah bahan kimia.

Bila bibir jadi begini sebaiknya kita rawat dengan cara semula jadi. Boleh ikut cara yang dipraktik oleh Afieyzea Aleeschaylee yang menggunakan skrub buatan sendiri dari madu dan kunyit.

Tengoklah bibir dia merah pink. Cantik semula jadi. Skrub bibir ini juga mudah untuk dihasilkan selain punya khasiat lain terutama dalam merawat bibir yang selalu dioles lipstik.

Skrub bibir untuk yang selalu pakai lipstik

Hari ini, Afiey nak share cara tradisional, dijamin selamat untuk menyihatkan bibir wanita yang suka pakai lipstick.

Kadang-kadang kita tak sedar ada bahan-bahan yang dicampur tidak elok untuk bibir.
Semestinya kunyit wajib ada dalam setiap petua.

Bahan-bahan:

  • Kunyit
  • Madu

Cara Penyediaan:

  • Campurkan kunyit dan madu.
  • Kacau sambil hancurkan kunyit agar sebati dengan madu.

Cara penggunaan:

  • Sapu rata pada bibir.
  • Biar kering selama 10 minit.
  • Selepas kering, gosok untuk buang lip skrub.

Khasiat kunyit untuk bibir

  • Kandungan antiseptik & anti bakteria semulajadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka.
  • Kaya dengan Vitamin C semulajadi memberikan tona untuk bibir. Mengandungi anti-inflamasi untuk membantu mengurangan kehitaman pada bibir.

Khasiat Madu Untuk Bibir

  • Membantu memberi tona dan memerahkan bibir secara semulajadi.
  • Mengubati bibir yang kering, pecah dan hitam.
  • Melembabkan bibir.

INFO

  • Lip skrub ini sesuai untuk mereka yang ada masalah bibir pecah, kering dan hitam (perokok).
  • Jika ada lebih, boleh simpan dalam peti ais.
  • Jangan kerap menjilat bibir kerana ia akan membuatkan bibir bertambah kering.
  • Banyakkan minum air putih, bukan saja baik untuk bibir tapi baik untuk kulit.

Sumber:  Afieyzea Aleeschaylee

 

Published by
VK