Solat Jumaat, Prof Dr Muhaya Bagi Tip Lelaki Bawa Isteri Dan Anak Masuk Syurga Tanpa Hisab

Share

 

 

Jumaat ialah penghulu segala hari. Dalam instagram, Pakar Mata dan penceramah bebas, Prof Dr Muhaya Mohamad menyeru supaya orang lelaki memanfaatkan ketibaan hari Jumaat nan mulia.

 

Antara nasihat Dr Muhaya kepada kaum lelaki ialah:

1) Mulakan hari dengan membaca surah al-Kahfi.
2) Mandi sunat Jumaat.
3) Potong kuku
4) Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, pada hari Jumaat juga kaum lelaki diwajibkan untuk pergi ke masjid dan menunaikan solat Jumaat. Ada pelbagai perkara baik yang boleh dilakukan dengan tuntutan agama ketika hendak bersolat Jumaat.

Antaranya perkara baik dilakukan ketika solat Jumaat ialah:

1) Pergi awal ke masjid untuk solat Jumaat.
2) Duduk dan dengarlah azan di dalam masjid.
3) Jawab azan dengan tekun.
4) Niat iktikaf di dalam masjid.
5) Sediakan wang untuk bersedekah di masjid.
6) Jangan main telefon bimbit ketika di dalam masjid. Gunakan telefon untuk membaca surah al-Kahfi itu tidak mengapa.
7) Dengar khutbah dengan khusyuk. Elakkanlah berbual-bual.

Selain itu, orang lelaki terutama yang sudah bergelar suami perlu ada niat yang satu ini. Niatlah hendak menyampaikan ilmu yang diperoleh melalui khutbah itu tadi kepada anak-anak dan isteri. Ceritakan pada mereka apa yang telah disampaikan. Panjangkan ilmu itu kepada seisi rumah supaya boleh dimanfaatkan bersama.

Seorang suami perlu ada visi untuk mengajak isteri dan anak masuk ke syurga tanpa hisab. Inilah misi kehidupan yang perlu ada pada seorang suami yang bergelar ketua keluarga. Jika suami ada misi dalam hidup, Allah akan atur kehidupan dengan baik.

VK suka tengok orang lelaki yang bersungguh menunaikan solat Jumaat. Duduk dengan tenang dan bersedia untuk solat. Semoga mereka menjadi lelaki yangh baik untuk jadi khalifah di dunia ini.

 

Sumber: Prof Dr Muhaya

Published by
Maryam Elyas