
Isi Kandungan
Toggle
Perkongsian seorang guru bernama Haatim Roslan tentang keadaan generasi kita sekarang yang sebenarnya sudah tenat. Sebagai guru yang tugasnya mendidik beliau menyeru agar ibu bapa memainkan peranan sebenar dalam membina akhlak terbaik untuk anak-anak.
Generasi yang tenat
Mari lihat balik peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2017.
18 Feb : 8 nyawa remaja melayang dirempuh kereta di lebuhraya pada jam 2 pagi.
1 Jun : Seorang siswa UPNM dibuli dan diseterika seluruh badannya sehingga mati
10 Jun : JPN mengesahkan hampir 500K lebih anak luar nikah daripada tahun 2006 sehingga Jun 2017.
10 Jun : T. Nhaveen dibuli dan dipukul sehingga parah sebelum meninggal dunia oleh 5 remaja.
14 September : 7 remaja ditahan kerana telah menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah dan menyebabkan 20 orang mati syahid. Dan diantara suspek masih dibawah umur.
Ada banyak lagi peristiwa lain… Bukalah mata. Something wrong pada generasi yang kita lahirkan sekarang.
Bukannya masa untuk menuding kesalahan pada sesiapa. Dan masih tidak terlambat untuk mengubahnya
Awamnya tahu, pendidikan itu bermula di rumah. Kanak-kanak akan melihat dan belajar daripada suasana keadaan persekitarannya dalam meniti usia remaja.
Kata Baginda saw.
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ
“Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik.”
Ibu bapa bantulah kami guru bentuk akhlak terbaik
Saya berpesan pada ibu bapa bantulah kami guru untuk membentuk akhlak yang terbaik buat anak-anak kalian.
1. Hindarilah perkataan yang tak elok.
2. Lazimilah anak-anak sejak dari lahir untuk mendengar ayat-ayat suci Quran
3. Selalulah menasihati anak-anak.
4. Ajarlah anak menutup aurat dengan sempurna
5. ‘Ada’ kan masa untuk bersama keluarga.
6. Paksalah anak untuk solat.
Lihatlah keadaan dunia sekarang. Jangan terlalu alpa mengejar harta sampai terlupa harta yang lebih bernilai didepan mata.
Anak adalah aset dan pemberi syafaat dihari yang mana harta sebesar dunia pun takkan dapat membantu lagi,
Semoga kita, dapat bersatu kembali diakhirat nanti sebagai sebuah keluarga tanpa ada yang tertinggal. Doa saya.
رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا
Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati , dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa
Akhir kata,
Tepuk dada, tanya iman.
Anak jenis apa yang kamu ingin lahirkan?
Sumber: Haatim Roslan
Luahan Meruntun Kalbu Farrah Adeeba Selepas Dapat Tahu Keputusan IVF Gagal. Redha Belum Tiba Masa Miliki Zuriat Sendiri

Isi Kandungan
Toggle
Walau sudah punya dua cahaya mata angkat, namun pengacara Farrah Adeeba seperti wanita lain yang tetap mengidamkan kehadiran zuriat sendiri kerana inilah yang melengkapkan seorang wanita.
14 tahun menanti namun dia belum putus asa, dan terbaru dia menjalani prosedur IVF sebagai salah satu usahanya.
Meski terlalu menginginkan tapi ketentuan Tuhan masanya untuk rezeki cahaya mata buat Farrah belum tiba. Keputusan IVF yang diterima negatif.
Sedih sudah tentu, malah membaca luahan hati buat hati berasa cukup sayu. Sebagai wanita, isteri kita faham perasaannya.
Meski sedih tapi saat membaca perkongsian yang dimuat naik dalam Facebook beliau, Farrah menangani perasaannya dengan cara yang cukup tenang.
Hari ke 15 selepas IVF transfer
Thursday 30/11/2017 was the 15th day after my IVF transfer. Hari di mana doktor akan periksa sama ada baby embryo berjaya melekat pada rahim a.k.a positif pregnant atau tidak.
Saya dan suami berjumpa doktor awal pagi. Pemeriksaan melalui 2 kaedah. Air kencing dan darah. Melalui air kencing result negatif.
Doktor maklumkan pemeriksaan air kencing adakalanya tak tepat. Sebab bukan air kencing awal pagi & dah minum air sebelum bertemu doktorr. Baik tunggu result darah. Keputusan mungkin dpt pd sebelah ptg.
Doktor pesan walau apapun keputusan kita harus redha & Allah dah tahu kita dah cuba sebaik mungkin. Saya peluk doktor dan ucapkan terima kasih. She has done so much for me & pesakit lain. Moga Allah berkati dr. I knew i might not be seeing her any time soon.
Saya sebak, suami tenang
Saya masih lagi berjalan perlahan. Setiap langkah masih lagi berhati hati. Suami ambil kereta dan arahkan saya tunggu dia. Kami masih lagi mengharap keputusan darah, positif.
Dalam kereta saya sebak. Suami nampak tenang. Saya tanya “are you sad?”. Suami jawab “a little”. Lepas tu dia buat lawak. Saya pun tambah perisa. Thats how we are. We always make fun at our problems.
Saya balik dan terus tidur. Saya mahu masa cepat berlalu. Biar result darah cepat sampai. Kejap kejap terkejut dari tidur. Saya capai telefon. Belum ada jawapan. Zuhur dah masuk, saya bangun & solat.
Rasa sedih mula datang bila berhadapan dgn Nya. He loves me more than mom. As much as my mom wants the best for me, He knows whats best and ensures i get exactly that. Tapi saya tak mau menangis. I choked up. Saya masih menahan tangisan.
Tekak teramat sakit sampai saya ingatkan dpt panic attack. Masih dlm solat. Saya cemas. I was alone. The pain was escalating. Finally i just cried my heart out. The pain went away. Rupanya sakit sebab menahan tangisan. 1st time rasa. I kept on pleading to Him to give us what is best. I dont dare ask anything else.
Keputusan darah juga negatif
Lepas solat saya baca Quran. I needed something to hold on too. I found it in (7:17). Im not going to let syaitan make me forget of all the blessings Allah has given me. After that i just lay down on the bed and closed my eyes. Masa, tolonglah cepat berlalu.
I woke up again at 4pm. Ambik wudu and was getting ready to pray. Saya tgk handphone. Doktor mesej bagi salam. Doktorr dah dpt result. Dia tanya nak whatsapp atau call. Saya jawab wa pun ok. I just wanted to deal with my feelings on my own.
She sent me a pdf file. I opened it. The result was negative. My heart sunk a little. But i never doubted His decision for me. Just like how i decide what is good for my sons though they might not like it.
So negative was 100% better than positive. I cant see the wisdom just yet. I might never even know it. It does not matter. So i prayed. I did not cry. I have done that already at zuhur.
After solat i went and carried Harith. It felt so good to feel him in my arms. Though i kissed and hugged him thru out the 2 weeks wait but i could not carry him or anything heavy. Ya Allah puasnya.
I got ready & decided to pick muhammad from school, with Harith along. Dah 2 minggu duduk baring kat bilik tamu tak kemana mana kecuali hospital. I was not allowed to even drive. So now, i shall drive!
Muhammad asyik tanya ‘ibu pregnant tak’
Muhammad was confused when he saw me. Dia asyik tanya, kenape ibu ada kat sini. He knew that the pregnancy result was today. He kept asking, “ibu pregnant tak” dari sek sampai dlm kereta. I said “Allah nak bagi menantu menantu dan cucu cucu yg soleh instead”.
He said “muhammad tak nak dgr tu semua, so you pregnant tak?” I said no i was not. He was so frustrated dan started complaining “penat la mcm ni, buat rugi jer susah susah bla bla bla”. Mcm la dia yg dok kena inject bagai the past 2 months. Huhuhuhu…Kita pula last last kena motivate dia balik.
Lepas tu i headed straight to Homst with the whole gang: me hubby muhammad & harith. I wanted sambal udang petai with lots of sambal. Sebab dah 2 minggu tak boleh makan sea food dan apa apa pedas sebab nak avoid stomach upset dan sea food bolehmengganggu perkembangan embryo.
Suami pandang saya dgn muka risau & kata “sayang u jgn la lepas geram sgt”. I know he was worried about how i was taking it. Saya tambah cili padi hijau penuh sepiring. Huhuhuhu.
Lepas makan saya pekena pula choc brownie dan air ice lemon tea soda. Ya la kan. Dah 2 minggu pantang tak makan luar sebab nak elakkan keracunan. Air pun asyik yg suam suam jer kan. Yg paling happy ptg semalam was Harith. Abg punya dessert pun dia tolong habiskan. Ya la, dia pun kena house arrest mcm ibu. At least abg pegi sekolah.
2 minggu pengalaman paling hampir bergelar ibu
I called mama & texted ama. Both of them sent me motivational text non stop. Ama even made the spiciest kari ever in her life that had cili padi swimming all over the gravy for lunch today. Coz her menantu had enought spiceless soups the past 2 weeks (yg rasanya mcm berzillion tahun).
I had ice latte too. I am unstoppable. But there were moments that i almost teared up. Well the 2 weeks were my closest experience to pregnancy i guess. I would like to share something i have kept to myself.
Why did i go thru this and why now? I just wanted to feel complete as a women, i wanted to know how it feels to be pregnant, to go thru what most women had gone thru.
There were moments i thought of asking Allah to make me pregnant walaupun i might have to go thru a misscarriage. But i did not dare. I kept asking for what is best. So i got what is best, for all 5 of us.
Alhamdulillah ala kulli hal.
Sumber: Farrah Adeeba
Guna Ubat Punggung Ketika Anak Demam, Doktor Ini Jelas 5 Perkara Yang Ibu Bapa Kena Tahu

Isi Kandungan
Toggle
Kalau suhu badan anak tinggi lebih 39 darjah selsius, selalunya doktor akan berikan ubat punggung atau biasa kita panggil ubat bontot.
Ubat ini lebih mudah diberikan pada kanak-kanak berbanding ubat berbentuk cecair. Kerap timbul kekeliruan mengenai kekerapan pengambilan, bila nak ambil, cara betul nak masukkan ubat dalam bontot anak dan dos yang perlu diambil.
Melalui Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi ilmu mengenai pemberian ubat bontot kepada anak demam. Beliau menjawab 5 perkara yang selalu jadi tanda tanya pada ibu bapa. Semoga perkongsian ini melenyapkan segala kekeliruan yang timbul dalam fikiran ibu bapa.
SOALAN 1
“Doktor, kalau lepas makan ubat demam tetapi suhu anak saya tak surut, boleh beri ubat bontot tak?”
Istilah yang betul bagi “ubat bontot” atau “ubat peluru” adalah suppostori (supp). Jika anak anda demam, dan sukar makan ubat, lazimnya doktor akan beri sup Paracetamol(PCM). Maknanya, ia ubat(bahan aktif) sama seperti ubat demam yang dimakan, cuma medium dan cara pemberian yang berbeza. Maka jarak antara pemberian supp dan sirap PCM hendaklah 4-6 jam untuk elakkan terlebih dos harian.
SOALAN 2
“Doktor, kalau anak demam, suhu berapa baru boleh beri ubat bontot?”
Jika suhu sudah 38°C, boleh sahaja beri supp PCM. Sama indikasi seperti beri sirap PCM. Suppositori ini memudahkan anda beri PCM kepada anak, terutamanya, jika anak muntah setiap kali PCM disuapkan, atau ketika anak sedang tidur.
SOALAN 3
“Masukkan sebiji sahaja cukup kan?”
Untuk kanak-kanak, dos ubat dikira berdasarkan berat badan. Pemberian supp PCM pun begitu. Jadi ia dikeluarkan dalam dosej 125mg dan 250mg. Nak beri dos tepat jika PCM dalam bentuk suppositori memang mustahil. Kebanyakan pengeluar supp PCM beri saranan berikut.
Umur 6 bulan-4 tahun
1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari
Umur 5-8 tahun
2 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari, atau
1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
Umur 8-12 tahun
2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
⚠ Sebelum beri supp PCM, periksa dosej supp itu 125mg atau 250mg. Jangan salah.
⚠Adakala doktor beri supp Voltaren(NSAID) untuk kurangkan demam. Misalnya jika anak alergik kepada PCM. Jadi periksa apa yang doktor beri kerana dosnya berlainan. Dos supp Voltaren adalah 0.5-2mg/kg.
SOALAN 4
“Doktor, macam mana cara yang betul nak beri supp PCM ni?”
1. Seeloknya, masukkan supp PCM selepas anak buang air besar. Namun, boleh sahaja beri bila-bila.
2. Baringkan anak ke posisi mengiring. Angkat lutut anak ke dadanya.
3. Buka pembalut supp PCM, dan pasukan supp itu dengan air atau KY jelly(pelincir) jika ada.
4. Masukkan(tolak) bahagian supp yangvtajan ke dalam dubur sehingga masuk kesemuanya.
SOALAN 5
“Doktor, ada apa lagi saya kena tahu?”
Simpan supp PCM di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari capaian anak-anak. Selain dubur, ada juga suppositori untuk vagina dan urethra (salur kencing). Ada supp untuk tahan sakit, sawan, sembelit, buasir, keputihan, serta mati pucuk.
Ya itu sahaja. Maaf panjang sangat penjelasan ni. Moga bermanfaat.
SUMBER: Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Hamil Kegembiraan Buat Siti, Tapi Risiko Gadai Nyawa Menanti Ibu Ini Bila Hamil Anak Ke-7

Isi Kandungan
Toggle
Sebak membaca kisah dugaan saat disahkan hamil yang dihadapi ibu ini. Saat Datuk Siti Nurhaliza bergembira dengan kehamilan dia pula sebaliknya.
Ini kehamilannya yang ketujuh dan sebenarnya dilarang oleh doktor kerana boleh menyebabkan dia kehilangan nyawa dan dia pernah berdepan situasi yang sama dalam dua kehamilan sebelum ini.
Dia nekad teruskan kehamilan walaupun tidak disarankan doktor. Tapi ajaibnya kuasa Tuhan, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Ikuti kisah yang ditulis bak novel perjuangan Nor atau dikenali sebagai Bonda Nor dalam meneruskan kehamilan anak ke tujuh.
Sebak menonton video Siti
Siti Nurhaliza. Saya menonton rakaman video Siti menemani menantunya bersalin ketika itu. Dari sekalian yang ada, Siti yang tampak teruja sekali.
Sebaik sahaja bayi tersebut lahir, beliau bagai tidak tentu arah.. bertepuk tangan, meraup muka sambil tersenyum gembira.. berjalan ke sana ke mari dengan wajah yang cukup berseri-seri.
Saya sebak! Masya-Allah. Siti tampak begitu teruja dengan kelahiran seorang bayi hingga terdetik doa sepintas lalu di hati saya.
“Ya Allah, kurniakanlah anak untuknya. Berilah dia peluang untuk merasai pengalaman melahirkan anaknya sendiri.”
Sungguh. Rasa kasih kepada insan sebaiknya buat rasa kasihan memenuhi jiwa. Lalu doa dan harapan dikirimkan kepada yang Maha Mendengar di langit sana.
Saya memohon kepada Allah agar Siti boleh hamil. Ketika itu saya sendiri sedang hamilkan anak yang ketujuh.
Ironinya, saya mendoakan Siti agar hamil seperti yang dirancang, walhal ketika itu saya sendiri sedang berdepan dengan satu kehamilan yang ‘dilarang’.
Throwback hampir dua kali hilang nyawa
Throwback – kisah pelahiran terdahulu : ya – saya hampir saja kehilangan nyawa. 2 times retained placenta. Uterine Inversion. Bleeding. Red alert. HB menjunam ke level orang nazak. Allahu.. Sakit yang terpaksa saya tempuhi ketika itu, jangan cakaplah. Trauma!
Ia komplikasi yang sangat berisiko tinggi akan berulang lagi. Maka saya akur pada nasihat pakar O&G agar tidak mengandung lagi.
Tapi takdir tidak begitu. Bicara takdir seringkali berbeza dengan kehendak manusia. Yang tidak mahu, Dia beri. Yang teringin sangat, Dia sekat.
Lihat saja betapa banyaknya bayi yang dibuang merata-rata tanda kehadirannya tidak dipinta. Kita juga lihat betapa ramainya orang disekeliling kita yang sudah lama berumahtangga namun masih tidak beroleh cahaya mata. Meruntun jiwa mendengar rintihan pengharapan mereka. Allah..
Demikianlah yang dinamakan ujian. Sengaja Allah mahu lihat respons kita. Tentang sejauhmana kita mahu percaya pada aturan takdir-Nya. Sejauh mana kita mampu berusaha dan mahu reda apa adanya.
Semalam, saya terbaca kisah perjuangan Siti untuk mendapatkan zuriat. Subhanallah. Termenung panjang saya.
Bergelut dengan usaha untuk beroleh zuriat sedang dalam masa yang sama harus bergelut juga tuntutan kariernya – ternyata perjuangan Siti untuk merentasi ujian ini tidak semudah yang disangka.
Saya dan Siti sama-sama diuji dengan kisah zuriat
11 tahun Siti mencuba rawatan ini, rawatan itu. Dalam kesibukannya, beliau tetap tidak berputus asa. Berjuang habis-habisan walaupun terpaksa berdepan pula dengan masalah berat badan dan ‘krisis rawatan’ Ya. Siti tidak peduli bahkan terus berusaha lagi dan lagi.
Akhirnya, sesudah 11 tahun, hasratnya untuk hamil kini menjadi kenyataan. Siti mengandung 4 bulan. Subhanallah. Satu berita yang cukup indah dan disambut dengan penuh syukur oleh jutaan insan yang mengasihinya.
Ujian. Saya dan Siti sama-sama diuji dengan kisah zuriat. Walaupun jalan cerita kami jauh berbeza, tapi ada sesuatu yang sama. Mujahadah untuk melepasi ujian Allah!
Siti berjuang untuk hamil. Saya pula terpaksa berjuang setelah disahkan hamil. Beliau menyambut berita kehamilannya dengan penuh syukur dan gembira tanda ujian tersebut sudah hampir sampai ke penamatnya.
Saya pula menyambut berita kehamilan saya dengan penuh keliru tanda ujian baru saja bermula.
“Ini soal nyawa. Risikonya – nyawa puan. Anak-anak puan masih kecil. Masih perlu perhatian dan kasih sayang seorang ibu!”
Gugurkan kandungan ini? Allahu Rabbi. Bergeloranya rasa hati bila terpaksa berdepan dengan pilihan ini. Nyawa si anak atau nyawa sendiri? Sungguh! Dalam kesibukan tugas harian, saya mengalami kemurungan!
Rahsia kehamilan dari keluarga
Berita kehamilan saya menjadi khabar rahsia walaupun kepada ahli keluarga. Walaupun pada mak. Walaupun pada ibu mentua. Sengaja saya rahsiakan kerana tidak mahu ada yang mendesak saya agar menggugurkannya!
Begitulah. Saya nekad. Kehamilan diteruskan dan saya sedang berdepan dengan satu pertaruhan. Hidup atau mati. Di saat genting seperti itu, doa adalah senjata yang tidak pernah saya tinggalkan. Pantang bertemu waktu mustajab doa, hati dan lidah berlumba-lumba merayu belas dari Allah.
Pelbagai jenis ubat dan rawatan kami usahakan. Berulang alik dari klinik ini, klinik itu, hospital swasta, hospital kerajaan, homeopati, rawatan tradisional. Air zam-zam juga bahkan setia menemani bacaan al-Quran saya setiap hari!
Memang. Hati sekejap bergolak, sekejap tenang. Namun saya berusaha melawan semua bisikan negatif yang singgah. Hampir setiap malam, saya bangun solat hajat dan terus menerus melakukan solat istikharah. Waktu orang lain lena, saya sedang menangis mengadukan resah hati kepada Allah. Memohon Allah memberikan kekuatan. Memohon keselamatan.
Perut yang semakin membesar saya usap dengan penuh yakin bahawa nyawa bayi di dalamnya akan selamat. Tapi nyawa saya sendiri… sungguh saya tidak pasti. Menghitung hari kelahirannya bagaikan menghitung hari kematian sendiri. Sayu!
Krisis emosi yang berlaku agak parah juga. Tapi saya keraskan hati saja. Ketika saya sepatutnya seronok membeli baju baby, rasa ngilu yang menusuk hati. Diam-diam menyeka airmata.. Hati tertanya-tanya….Ya Allah, baju ini… sempatkah aku yang memakaikannya?
Itu belum masuk detik menawan keperitan berdepan si kecil 2 tahun saya yang masih mahu dimanjakan. Tersedar tengah malam cari mama. Allah… Menitik-nitik airmata setiap kali dia tertidur di atas pangkuan saya. Tertanya-tanya lagi.. Bagaimana dia jika saya mati?
Serah kain batik lepas pada suami
Namun rasanya detik paling sayu bagi saya ialah sewaktu menyiapkan beg pakaian untuk ke hospital. Saya yang memang jarang berkain batik terpaksa menyelongkar almari untuk mencarinya.
Sewaktu membelek-belek beberapa helai kain batik yang ada, tiba-tiba terpegang sehelai kain batik lepas – kain batik yang belum berjahit, entah pemberian siapa. Yang pasti, hanya itu satu-satunya kain batik lepas yang saya ada.
Lama saya terpaku memegangnya. Ada satu rasa yang sangat sukar digambarkan. Ngilu. Pilu.
“Abang, kalau apa-apa jadi nanti, ini kain batik lepas ya. Kat rumah kita ada sehelai ni je. Ada simpan kat sini.”
Saya menuturkannya secara bersahaja. Berjuang menahan airmata dari tumpah. Suami saya tampak terkedu. Kemudian hanya tunduk memandang sejadah.
Diam. Sama-sama terdiam.
Ya, kami sama-sama faham. Kain batik seperti itu, yang selalu digunakan untuk menutup jenazah. Justeru agak lama juga kami terdiam. Masing-masing melayan bicara hati sendiri. Allahu Rabbi. Beratnya menanggung sesuatu yang tidak pasti.
Hope for the best. Prepare for the worst. Memang saya berusaha untuk memperjuangkan kehamilan anak ini, saya masih mahu untuk terus hidup, tapi saya tahu yang saya tetap perlu bersedia dengan apa pun kemungkinan yang bakal terjadi.
Berita kehamilan saya hanya mula tersebar pada bulan terakhir. Ia saat kritikal untuk saya mengharapkan senjata terakhir – doa daripada sesiapa saja yang sudi mendoakan.
Tak terungkap rasa sayu dan terharu setiap kali menerima mesej seperti…
“Kami semua di sini buatkan solat hajat.”
“Saya baru lepas bacakan Yaasin untuk…”
Takdirnya begitulah. Entah mujarab rawatan yang mana, entah berkat doa siapa, yang pastinya, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Alhamdulillah, selamat tanpa pembedahan walaupun itu yang pakar dan ramai doktor sarankan.
Masya-Allah. Tabarakallah. Nikmat Allah yang mana mahu saya dustakan?
Keajaiban sentiasa ada
Ini kisah perjuangan. Kisah mujahadah. Berapa ramai daripada kalangan kita yang diam-diam sedang bermujahadah merentasi ujian Allah? Semua! Semua kena! Tidak ada yang terlepas!
Kawan, satu perkara yang ingin saya pesankan.. keajaiban itu masih ada. Ya, keajaiban sentiasa ada selagi kita percaya bahawa bantuan Allah itu semudah lafaz KUNFAYAKUN saja.
Sebagai manusia, memang kadang kita rasa lemah bila berdepan dengan ujian. Kalau ikut logik akal kadang rasa mahu mengalah saja.
Tapi kita juga telah lihat dan dengar sebegitu banyaknya kisah-kisah yang memberi inspirasi kepada kita. Yang berbelas tahun tiada zuriat, akhirnya hamil. Yang sepatutnya tiada harapan untuk hidup lagi masih bernyawa hingga ke hari ini.
Episod ujian Siti dan perjuangannya untuk mendapatkan zuriat berakhir sebaik saja beliau hamil. Episod ujian saya dan perjuangan untuk zuriat juga tamat sebaik saja anak ketujuh ini dilahirkan dengan selamat.
Namun pasti saja akan ada episod ujian yang seterusnya. Justeru bekalan pengalaman dan kekuatan daripada ujian ini seharusnya menjadi guru yang baik untuk kami terus percaya bahawa setiap berdepan dengan ujian, yang perlu terus menerus dilakukan ialah berjuang untuk menang. Bukan mengalah dengan mudah hingga terlupa bahawa Allah itu ada dan kita sama sekali tidak boleh berputus asa!
Masya-Allah. Betapa indahnya hidup bila usaha dan tawakkal sentiasa mengiringi kita. Percayalah. Jika Allah ada di hati kita, Insya-Allah walau sedahsyat mana pun laut berkocak, kita masih mampu menjinakkan ombak!
Sumber: Nor