Kalau saluran air atau singki di rumah tersumbat memang buat kaum ibu stres. Kadang-kadang dah guna bermacam cara dari pam, tuang soda, cecair untuk singki tersumbat, dan air panas tapi tak juga berkesan. Nak panggil plumber faham-faham sajalah cajnya mungkin RM250.
Satu lagi alternatif yang boleh dilakukan adalah menggunakan dawai untuk masalah saluran air tersumbat ini. Tip ini dikongsi oleh Ben Safwan.
Sebelum panggil plumber guna cara ini dulu
Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu, ibu tunggal, pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.
Kalau saluran paip tersumbat, ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar. Jangan sesekali jolok dengan batang penyapu, benda keras atau tajam pada saluran air. Nanti pecah, banyak kerja dan kos tinggi.
Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nk masuk ke saluran. Tinggalkan sikit yang lembut lebih kurang sejengkal.
Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk. Dah masuk, putar wayar. Alat ini datang sekali dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat.
Ads
Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan. Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill.
Kalau tak yakin/tak nampak saluran air macam mana, putar manual pakai tangan. Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.
Ads
Dah tengok laju,cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun.
Dah ok, tarik wayar naik. Siap.
Satu tip berguna jaga saluran singki dapur seminggu sekali jirus air panas ke singki dapur untuk elak lemak makanan bergumpal.
Asyik buat teh tarik atau teh susu je kat rumah apa kata tukar sikit hidangan air kita. Boleh cuba buat teh masala.
Dikongsi oleh Aisyah Humaira air teh masala ini sedap kena pekat dan disulai rsa lemak manis berkrim. Selain itu ia juga ada sedikit rasa rempah yang memberi kelainan. Bagi yang nak cuba boleh ikut resepi yang beliau kongsi.
Cara buat teh masalah kaw
Teh Masala Kaw Lemak manis berkrim + savuri. Nikmat sangat bila hirup perlahan-lahan ketika panas-panas suam. Dia punya kaw melekat di segenap rongga mulut. Bagi yang tak suka rasa “rempah” tak perlu letak bahan rempah tapi hasilnya teh kaw sajalah bukan lagi teh masala.
Bahan-bahan:
3 liter air
7 uncang teh (boleh guna Lipton)
5 biji Bunga cengkih kecil
3 biji Buah pelaga
Secubit Jintan manis
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia diketuk
5 sudu besar susu pekat atau ikut manis disukai
1 cawan Susu kotak
2 sudu besar susu tepung
Cara membuat
1.Panaskan air di dalam periuk. Masukkan uncang teh, setelah mendidih masukkan semua bahan rempah dan halia.
2. Dalam satu bekas masukkan susu kotak, susu pekat dan susu tepung lalu kacau hingga semua larut.
3. Tuang susu dibancuh tadi ke dalam periuk teh. Kacau sebati siap dan sedia dihidang. Jika suka warna pekat boleh lebihkan teh dan susu pekat.
Ayam Kam Heong antara hidangan yang selalu kita pesan bila makan di restoren Cina Muslim. Rasanya manis, pedas-pedas manja, semua boleh makan termasuk kanak-kanak dan ia lagi sedap dari masak kicap biasa.
Jika selama ini hanya makan di restoren, apa kata kita cuba buat sendiri. Sebab cara memasaknya mudah sangat dan semua bahan yang digunakan sememangnya ada di dapur. Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Dani Shoppe’s.
Ayam Kam Heong, mudah sangat cara masaknya…
Bahan A
1/2 ekor ayam -buang tulang potong kecil peha & isi dada, cuci bersih & toskan
– Perap ayam dengan sedikit garam & serbuk kunyit.
– Panaskan kuali dengan minyak secukupnya.
– Goreng ayam separuh masak. Ketepikan
Bahan B
6 ulas bawang merah kecil atau 1 biji bawang merah besar -hiris halus
5 ulas bawang putih – ketuk & cincang kasar
1 sudu besar serbuk kari
Cili padi secukupnya
Sedikit halia – lumatkan
Daun kari
Sos tiram
Kicap manis
Sedikit gula dan gula
Masalah kecacingan pada anak-anak memang tak nampak tapi kita boleh menjangka melalui ciri ciri yang biasa dialami.
Selalunya anak akan tak selera makan, hilang berat badan, kerap sakit perut, tak senang duduk (sering merengek), gatal pada bahagian dubur dan timbul bintik kemerahan (ruam) akibat kerap menggaru.
Satu situasi biasa bila anak berdepan masalah cacing ini adalah untuk beri makan ubat. Lagi pun kalau tahu ia adalah ubat cacing. Memang susah untuk anak ambil ubat ini.
Bagi yang menghadapi anak susah makan ubat cacing, satu lagi alternatif yang boleh dilakukan adalah menggunakan petua yang dikongsi oleh Wan Norma.
PETUA HILANGKAN CACING PADA KANAK-KANAK
Nak share sikit petua turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Manalah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah saja caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut;
Asam keping
Garam
Air
Caranya;
-Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
-Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
-Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InsyaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...