Standby Siap-Siap Sambal Padang Ini Kalau Suka Pedas, Teknik Supaya Tak Perlu Masak Banyak Lauk

Share

Kita suka makan pedas tapi ada pulak dalam rumah yang kurang pedas. Supaya tak kena masak banyak lauk, caranya sediakan siap-siap sambal padang ini.

Senang kerja bila dah ada sambal segera ini, buat satu atau dua lauk ceduk sambal ini untuk puaskan cita rasa pedas kita dan makan lauk yang ada. Setel masalah.

Cara nak membuatnya juga mudah saja dan dikongsi oleh Khabbab Jamaludin.

Buat sambal padang, teknik supaya tak perlu masak banyak lauk

Kalau di rumah ada yang kurang pedas, terutama anak-anak sambal ini kena buat supaya tak perlu banyak lauk. Caranya;

1.Kisar semua bahan bahan dalam gambar, kuantiti terpulang.
Bawang besar sikit
Bawang putih sikit
Cili Merah
Cili Hijau (lebih murah)
Cili Api

2. Masukkan semua dalam blender, tambah air sikit. Kisar kasar jangan hancur.

3. Panaskan minyak (betul-betul panas) dan tumis bahan kisar. Minyak lebih kurang separuh dari jumlah bahan kisar tadi.

4. Bila warna cili dah bertukar sikit, perlahankan api. Tutup guna tudung periuk atau yang sesuai. Kacau sekejap-sekejap.

5. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit sikit dengan minyak
masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh juga masukkan serbuk perasa. Kacau dan tutup sekejap.

6. Selepas 5 minit boleh tutup api.

7. Sambal ini memang nampak berminyak tapi itulah yang buat sambal tahan lama. Selepas sambal sejuk masukkan dalam bekas kaca dan letak dalam peti sejuk (bukan beku).

8. Bila nak makan, senduk masuk dalam mangkuk dan panaskan dalam microwave 1 minit. Dah boleh makan.

Guna sambal untuk ayam kunyit.

Guna untuk terung sambal pun boleh.Selamat mencuba.

Sumber: Khabbab Jamaludin.

 

Published by
VK