
Lepas ni kalau jumpa lipas kat rumah, jangan lari lagi dah termasuk lipas terbang. Confirm kita akan menang dan lipas mati kalau standy siap-siap air ini di rumah.
Rupanya nak matikan lipas tak payah guna penyapu, beli spray lipas bagai. Sembur air sabun saja dah berkesan.
Cara mudah matikan lipas, guna air sabun
- Masuk sabun basuh baju dalam botol semburan kemudian campur dengan air.
Standy botol ini ruang rumah yang senang capai.
2. Bila nampak saja lipas terus sembur padanya.
3. Air sabun yang terkena pada lipas akan menyebabkan permukaan badannya yang berlilin pecah dan air sabun akan memasuki liang pernafasan lipas. Selepas disembur lipas akan mati dalam beberapa minit saja.
Selamat mencuba.
Sumber: Public Health Malaysia
Kalau Tanam Pokok Buah Dalam Pasu, Ikut 5 Tip Penjagaan Ini Supaya Pokok Subur & Berbuah

Mangga, longan, jambu batu, jambu air, limau, lemon dan sebagainya antara pokok buah yang sesuai ditanam dalam pasu.
Ramai yang tinggal di kediaman teres menanam pokok atau membeli anak benih pokok buah ini untuk ditanam di rumah.
Agar ia subur dan dapat merasa hasil, pokok buah yang ditanam dalam pasu atau kaedah tambulapot (tanam buah dalam pot) ini sebenarnya memerlukan penjagaan khusus. Boleh ikut panduan oleh pembekal anak pokok Durian Monthong Tani ini.
Penjagaan pokok buah yang ditanam dalam pasu
1. Siraman- pokok harus disiram setiap pagi dan petang, bukan pada keadaan yang terlalu panas, untuk mengelakkan pokok lecur. Penyiraman tidak diperlukan selepas hujan turun pada hari tersebut.
2. Baja – penggunaan baja adalah berkala, seminggu sekali dan seterusnya 2 kali sebulan. Boleh gunakan baja organik.
3. Cantas – pencantasan perlu dilakukan supaya pokok tidak terlalu besar, dan buah tidak terlalu banyak yang akan mengakibatkan buah kurang manis dan lebih kecil.
4. Gembur tanah – penggemburan tanah harus dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau jika tanah kelihatan padat dan kering.
Semasa proses penggemburan, bersihkan kawasan tanah, daripada pokok-pokok kecil. dan jika ada benih yang terhasil, putuskan dari induk dan cambahkan kepada pasu yang lain.
5. Kawalan serangga juga penting untuk mengelakkan pokok dijamah serangga/pepijat.
Selamat mencuba
Sumber: Durian Monthong Tani Foto : TenTen Ternak
Buat Sendiri Mi Celup Cara Paling Senang. Punyalah Sedap, Merecik Peluh Bila Makan

Isi Kandungan
ToggleMi celup ini antara hidangan yang boleh kita makan pagi, tengah hari atau malam. Rasa mi celup yang masam-macam pedas ini memang ‘kick’.
Jika kebiasaan hidangan ini guna daging atau perut lembu tapi jika nak mudah guna daging ayam saja. Caranya dikongsi oleh Iza Abu Bakar.
Cara mudah buat mi celup ala Thai, sedapnya merecik peluh
Bahan-bahan
Ayam
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia – dihiris halus
Akar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Gula melaka
1/2 cawan kicap manis
Sos ikan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Mee kuning – dicelur
Taugeh secukupnya
Kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
Kangkung – (boleh juga guna sawi)
Daun ketumbar – dihiris
Chili flakes
Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa)
Cara membuat
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.
4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
7. Untuk hidangkan mi celup ini ada kaedahnya. Mula mula ambil mi yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.
9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Memang padu, berpeluh dahi.
Selamat mencuba
Sumber: Iza Abu Bakar.
Cara Buat Kuah Laksa Yang Rasanya Sedap Macam ‘D Laksa’. Guna Pes Ini & Sardin Tin Saja, Senang!

Isi Kandungan
Toggle
Laksa ini memang ramai peminat. Tapi takkan nak pergi sini selalu kan. Kalau masuk mall faham-fahamlah mesti duit pun banyak keluar lagi lagi kalau anak ramai.
Jadinya kalau teringin nak makan, kita buatlah sendiri. Jangan risau ada yang sudi berkongsi resipi laksa yang rasanya ala-ala D Laksa. Jamu tetamu pun boleh dengan menu ini.
Nak buat pun senang, pakai pes dan sardin dalam tin saja. Boleh ikut resipi dikongsi Sharifah Zuhaiza.
Bahan-bahan:
Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar)
Pes asam pedas adabi
Bawang besar
Bawang holland setengah biji
Asam keping
Belacan
Daun kesum
Bunga kantan
Bebola ikan (option)
Laksa basah
Cara membuat
1. Kisar sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. Nak lagi power, boleh juga blend sekali dengan nenas.
2. Masuk semua bahan dalam periuk. Masukkan air, masak ikut kepekatan kuah yang kita nak. Jangan lupa letak garam dan gula.

3. Sos/kuah sardin boleh ikut selera. Kalau suka rasa ikan yang kuat masuk semua pun boleh. Atau cuba letak sikit dulu, takut hanyir.
4. Akhir sekali masukkan bebola ikan. Petis udang ikut selera sama amda nak guna atau tak. Nak masukkan nenas dan daun pudina pun boleh.
5. Dah siap. Resipi ini untuk 3-4 orang makan ya.
Resipi perkongsian: Sharifah Zuhaiza