Walau pun hari-hari tidur guna tilam tapi kita tak pernah pulak nak buat proses pembersihan. Iyalah mengenangkan tilam yang berat, takkan nak basuh pula kan.
Kalau bersihkan pun cuma kibas-kibas atau lap dengan air di tempat yang kotor. Tapi boleh bersih ke macam tu?
Jika tilam di rumah dah bertahun tak dibersihkan boleh ikut langkah ‘deep cleaning’ tilam yang dikongsi oleh Syuhaidah Asmaa Khalid
Ads
Langkah ‘deep cleaning’ tilam
Tilam ni tempat biak banyak kuman-kuman, kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sangat perlu ok..
Nak angkat tilam jemur memang tak larat tambah lagi kalau tilam tebal 12 inchi. Jadi boleh guna cara ni untuk buat deep clean mattress. Boleh buat dalam 4 bulan sekali atau bila ada family members yang demam atau sakit.
Cara :
Ads
1) Vacum tilam guna kepala vacum yg kecik muncung tirus (bukan untuk lantai)
2) Hilangkan kotoran pada tilam : terpulang la pakai cara apa pun. Saya lebih suka letak baking soda, sembur ngan cuka biarkan seketika, gosok denga kain (boleh skip step ni kalau tilam tak kotor)
Ads
3) Tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam untuk serap lembapan dan bau.
4) Vacum lebihan soda bikarbonat atas tilam.
5) Sembur dengan bancuhan dettol bersama air
6) Anginkan tilam dengan buka semua tingkap. Dah siap!
Kalau mencari-cari kuih raya yang senang nak buat, boleh masukkan Almond Cluster ini dalam senarai.
Memang mudah, tak payah bakar dalam oven pun, bahan yang digunakan pun cuma dua jenis saja. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Muhamad Fadzul Ilahi Azhar.
Almond cluster, kuih raya paling senang nak buat
Dalam tak planning, dan tak pernah buat jualan untuk raya maka terjadi lah ALMOND CLUSTER. Alhamdullilah rezeki, bahan cuma dua saja.
Bahan:
1kg almond strip/ badam hiris- dibakar atau disangai hingga perang
1kg Beryl’s Milk Chocolate Coin – cairkan dengan kaedah double boil atau menggunakan microwave
Cara membuat:
1. Selepas badam disangai dan coklat dicairkan biarkankan keduanta sejuk.
2. Kemudian satukan dua bahan ini dalam bekas dan sudu masuk dalam cup atau parchment paper.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkan dan susun dalam bekas.
Ada sedikit kemahiran dan minat jadi bagi menjimatkan kos, ramai yang suka DIY untuk projek projek kecil di rumah. Antaranya nak simenkan lantai, naikkan tembok atau tambah sedikit ruang belakang rumah.
Supaya kerja-kerja DIY hasilnyanya kukuh dan memuaskan perkara asas seperti bancuhan simen sangat perlu diketahui. Perkongsian dari Lang Buana ini boleh dijadikan rujukan. Beliau berkongsi panduan bancuh simen untuk ikat bata, plaster, render dan konkrit.
1) Guna mixer – Masuk air dulu di ikuti dengan simen kemudian Pasir kasar dan Batu 3/4 jika buat konkrit.
2) Jika pasir basah (lepas hujan) JANGAN masukkan air mengikut sukatan. Masukkan air sikit-sikit dulu.
3) RULE OF MIXING – sukatan dalam unit ukuran berat. Contoh 1kg simen + 4kg pasir kasar untuk ikat bata. TAPI aku hentam je ikut 1 skop simen + 4 skop pasir kasar.
4) Kerja-kerja ikat bata termasuk konkrit semua guna pasir kasar. Pasir halus hanya untuk kemasan plaster sahaja dari segi pegangan (grip) mortar (acuan simen + pasir) pasir halus kurang grip berbanding dengan pasar kasar. Begitu juga dengan ketahannya untuk long term.
5) Elak bancuh simen di bawah (ground mixing) sebab sukar anda utk mengawal air dan gaulan. Bancuh dalam kereta sorong lebih mudah dan tidak memerlukan kuderat yang banyak untuk membancuhnya.
Bancuh dalam kereta sorong lain dengan bancuh dalam mixer dari segi susun aturnya. Masuk pasir kemundian simen dan gaul sama rata, baru masukan air.
Jika guna batu 3/4 masukkan sekali setelah campuran simen + pasir + air sudah digaul. Lebihkan air dalam bancuran itu untuk menerima batu 3/4.
6) Lebih air, mortar yang baik adalah mortar yang agak cair berbanding likat atau kurang air. Jangan risau air tidak menjejaskan kelekatan simen sebab air akan hilang semasa pengerasan mortar/konkrit melalui proses pengeluwapan.
Tukang tak suka bancuh macam ni sebab nak cepat kering dan cepat siap. Semakin lambat mengeras semakin bagus konkrit tersebut.
INFO TAMBAHAN
Nisbah bancuhan konkrit
Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai. Tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini. Sedangkan ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.
Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud :
1 = Simen
2 = Pasir
4 = Batu
Untuk membancuh gred G20 bersamaan 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu.
Jadi untuk 1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu
Jumlah air simen yg sesuai utk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter.
Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air. 1 beg simen : 50kg =50kg x 0.55 = 27.5 Liter air.
Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut :
a) G15 (1:3:6)
b) G20 (1:2:4)
c) G25 (1:1.5:3)
d) G30 (1:1:2)
Walau bagaimanapun untuk penambahan “safety factor” dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.
Nak makan donut tapi orang dalam rumah dua orang saja. Tak berbaloi buat banyak sampai sekilo tepung.
Kalau macam tu boleh buat donut guna sukatan secawan tepung ini. Sesuai untuk makan seorang dua saja. Sebab hasilnya dapat dalam 8 biji saja tapi yang pasti donut tetap gebu dan lembut.
Resipi donut secawan tepung
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
Cara membuat:
1. Campur semua bahan, gaul dan uli sekejap.
2. Kemudian masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Jika doh melekit, tambah 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
3. Selepas satu jam, bahagikan doh kepada 8 atau 10 bahagian kecil.
4. Buat bentuk bulat dan lubangkan di tengah.
5. Perap lagi selama 30 minit, kemudian bolehlah digoreng.
6. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik saja donatnya. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar dah habis.