Hidangan dumpling ini memang ramai yang suka. Cuma kalau makan kat luar harganya boleh tahan juga. Untuk 3 saja ketul harganya lebih kurang RM5. Dah tentu tak puas makan.
Kalau nak puas hati, kena buat sendiri. Lagi berbaloi sebab dapat banyak ketul. Nak frozen pun boleh. Bagi yang nak cuba, boleh ikut perkongsian dari Zurina Zulkefli.
Menu berbuka puasa semalam, saya buatkan dumpling ayam untuk keluarga. Saya rasa sangat berbaloi kalau buat dumpling sendiri sebab boleh dapat banyak. Saya siap boleh buat yang frozen punya untuk makan berbuka hari ini dan esok. Saya kongsikan resepi ya. Boleh rujuk setiap gambar.
1.Sediakan bahan
– 5 ketul isi ayam & seketul isi daging lembu
– Cincang lumat, boleh guna mesin pengisar
2.Sediakan mangkuk besar dan masukkan bahan berikut:
– Daging cincang tadi
– Lobak merah cincang. Cincang halus ya sebab nak elak kulit dumpling terkoyak.
– Bawang merah cincang
– Daun bawang
– Sebiji telur
– Dua sudu besar tepung jagung
– Serbuk lada sulah dan lada hitam, saya guna jenama Ajishio yang dah sedia ada rasa masin. Kuantiti ikut citarasa.
3.Gaulkan kesemua bahan sebati. Pastikan inti dunpling tidak berair ya sebab kita tak nak kulit dumpling nanti basah dan bocor.
4.Sebelum gunakan kulit dumpling segera. Saya sarankan tabur tepung gandum di atas alas. Tujuannya untuk meletakkan kulit dumpling dan dumpling yang telah siap.
Ini dia kulit dumpling segera yang dapatkan di pasaraya terdekat.
5. Keluarkan kepingan kulit dumpling satu persatu dan letak di atas taburan tepung tadi.
6. Ambil setiap satu dan isikan inti dengan lembut. Tak boleh kasar-kasar sebab kulit dumpling segera ni mudah terkoyak.
7. Tutup inti dan lipat satu persatu. Tekniknya, picit di bahagian tengah kemudian tolak lipatan pertama ke arah tengah. Ish payah nak terang. Kena tengok tutorial kat YouTube. Senang je.
8. Tahu-tahu dah 6 keping siap. Terus letak di atas dulang ya, kemudian simpan dalam peti sejuk. Tak boleh biar lama-lama, nanti dumpling lembik.
Macam ni ha, terus simpan dalam peti sejuk. Nak berbuka nanti, steam kan je.
Berjus pada bahagian dalam inti. Kebiasaan saya makan dumpling ni dengan kicap cair.
Selamat mencuba.
Sumber: Zurina Zulkefli