Jeruk sawi ini ramai peminatnya tapi bila rasa nak makan kita beli saja. Cuma bila nak beli ramai juga yang was was kerana memikirkan tahap kebersihan sewaktu penghasilannya.
Kalau selalu ragu-ragu nak beli, apa kata kita buat saja sendiri sawi jeruk ini. Caranya ada dikongsi oleh Aishah Ismail.
Step by step buat sendiri sawi jeruk
Jeruk sawi buat sendiri. Boleh guna untuk masak asam pedas, masak lemak atau campur ikan. Memang sedap. Ini step by step, insya-Allah lepas ni tak perlu beli. Kita tak tahu tahap kebersihannya.
1. Ini sawi kai choy yang digunakan. Cuci bersih tos dulu.
2. Sebelum itu saya sediakan air basuhan beras (pagi masak nasi air beras saya ambil masuk bekas). Simpan air basuhan yang kedua.
3. Sawi tadi jemur bawah cahaya matahari. Kena balik-balikkan supaya serata layu.
Ads
4. Kemudian ramas sawi dalam bekas bersama 2 atau 3 genggam garam kasar.
5. Gaul rata sambil ramas sawi. Garam tak perlu cuci terus masuk semua dalam botol nanti.
6. Selepas semua kena garam, sawi jadi kecut begini.
Ads
7. Masuk sawi dalam botol dan tuang air beras tadi.
8. Masukkan sedikit kunyit serbuk. Tutup dan simpan atas meja selama 10-14 hari. Air tak perlu tukar, biarkan saja cuma 2 hari sekali kena balik-balikkan sawi yang di atas alih ke bawah agar jeruk tu akan jadi serata warnanya.
9. Hari yang ke 11.
Ads
10. Bila dah 14 hari tapis dan buang airnya. Masuk sawi dalam bekas dan simpan dalam peti ais supaya tahan lama.
Sawi jeruk ini sedap masak asam pedas atau masak lemak cili padi.
INFO
Boleh juga simpas terus dalam peti ais dengan botol dan airnya sekali supaya tahan lebih lama, tak lembik dan berkulat.
Donut ball ini sesuai sangat buat waktu anak-anak ada di rumah ketika cuti sekolah. Boleh jadi kudapan untuk mereka.
Lagipun cara membuat donut ball ini mudahlah sangat, guna dua bahan dan tak perlu uli pun. Tapi hasilnya gebu sangat. Cara membuatnya dikongsi oleh Reha Rahmah.
Donut ball 2 bahan
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.
Bahan-bahan
1 cup (130g) – Yogurt perisa asli
¾ cawan tepung naik sendiri
Gandakan sukatan jika nak masak lebih.
Cara membuat:
Campurkan dua bahan tadi.
2.Macam ini tekstur adunan ya.
3.Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
4.Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana.
5.Angkat bila dah bertukar warna keperangan. Api jangan kuat sangat ya, donut ini cepat masak.
6.Hasilnya…Golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Bagi yang bekerja, tinggal pula di kediaman teres atau kediaman tanah tak luas namun ingin bercucuk tanam sesuai sangat menggunakan kaedah penanaman nutripot ini.
Apa itu nutripot? Ia adalah cara penanaman menggunakan air, sabut kelapa dan sumbu. Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah penjagaannya lebih mudah, tidak perlu kerap menyiram.
Pokok terung jambak yang dikongsi Umi Refah ini adalah antara hasil penanaman melalui kaedah ini. Kalau berminat untuk mencuba boleh ikut panduan berikut;
Kaedah penanaman nutripot
1. Sediakan set nutripot yang merangkumi pasu, baldi, baja dan sumbu.
2. Masukkan sumbu dari supaya bersambung dengan bekas air (bahagian bawah ke pasu.
3. Masukkan air baja ke dalam baldi.
4. Kemudian masukkan sabut hancur dalam pasu (bahagian atas).
5. Tanam anak pokok/biji benih yang ingin ditanam. Boleh juga letak pasu sendiri, seperti gambar di bawah.
INFO
Set nutripot ini juga boleh dibuat sendiri menggunakan botol minyak atau mineral terpakai yang dipotong dua. Letak sumbu, di bahagian corong (untuk bahagian atas) dan campuran air & baja AB di bahagian bekas air bawah (rujuk gambar di bawah).
Kelebihan lain nutripot
Tak perlu selalu siram, air jimat.
Tidak berlecak akibat siraman baju atau air.
Akar dapat menyerap baja dengan lebih efektif.
Hasilnya pokok subur & meriah buah, menurut Umi Refah ini adalah hasil tuaian kali ketiga menggunakan kaedah nutripot. Berbaloi kan.
Bila anak demam tak kebah-kebah kita mula akan minta petua atau tip dari rakan untuk merawatnya. Selalunya macam-macam petua yang diberi.
Tapi antara yang biasa kita dengar adalah bila anak demam kita kena mandikan anak dengan air sejuk! Namun ada juga yang beri petua jangan mandikan anak, cuma lap saja dengan tuala basah.
Mana satu yang betul ni? Penjelasan dari Doc Abdul Rahim Nor ini sangat membantu.
Bertindaklah dengan ilmu
” Doc Boleh tak anak saya mandi ketika demam?”
Soalan di atas banyak disoal pesakit ketika doc merawat pesakit di klinik. Doc rasa tanggungjawab memberi penjelasan di bawah supaya ibu bapa pandai jaga anak ketika anak mereka demam. Harap jangan pengaruh orang sekeliling, semoga anda semua bertindak dengan ada ilmu dan amalkan cara yang betul!
Apa perlu buat bila anak demam?
Demam adalah naiknya suhu badan dr suhu normal 36-37.5 Celcius, iaitu lebih 37.5 °C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu.
Itulah kita sebagai ibu bapa relaks saja jika bayi tu tetap aktif bermain, minum & makan OK. Tak perlu beri ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.
1. Guna tuala basah
Gunakan kain tuala kecil yang dibasahkan dgn AIR PANAS SUAM (Tepid Sponging) lalu diletak di dahi, perut, leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ini membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori & mudahkan mengeluarkan panas dari dlm tubuh. Kalau boleh cuba cara berikut:
2. Kalau boleh cuba…
Jangan menggunakan air sejuk ais, atau ketul ais sebab ia bukannya menurunkan suhu tubuh tapi meningkatkan lagi suhu badan, kerana air yg dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yg dibawa darah ke kulit terhalang.
Bila anak demam ada yg suruh mandikan anak dgn air sejuk ais. Kesian si anak lagi mengigil serta lagi naik demamnya. Jika kita emak ayah demam cuba terus mandi air sejuk, pijak lantai bilik air pun dah menggeletar inikan pula mandi air sejuk.
Kalau periuk yang panas jika dibasuh akan berasap. Kita biasanya akan biar periuk sejuk dulu kan? Kalau nak gunakan air ais atau ketul ais dibolehkan tapi kesian anak menangis kesejukkan dengan tiba-tiba. Anda boleh pilih yg mana sesuai dengan anda.
Hindari menyelimuti ai Comel yg demam atau memakaikan baju yg tebal spt jaket atau pakaian ketat yg dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yg tipis & longgar yg dpt menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke normal.
Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak spt peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yg banyak kpd bayi untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yg juga menolong menurunkan suhu badan yg panas!
Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yg panas boleh tapi air yg digunakan harus air yg suam atau air paip. Bukan air sejuk ais. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dgn kain tuala & terus cepat tutup badan dgn pakaian.
Anak tak perlu makan ubat jika demam tapi boleh main. Hanya jerlum anggota badannya dgn air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38 °C.
Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera mkn minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh bayi atau kanak-kanak tak boleh lawan. Maka segeralah berjumpa dengan doktor.Ketika ini antibiotik mungkin diperlukan.