Tengok jeruk pauh ini terus kecur air liur. Kalau di rumah ada pokok pauh atau mempelam ini elok juga belajar buat jeruk pauh ini. Boleh buat makan sendiri atau jual.
Jika dua hari lepas kita menyaksikan situasi pembelian panik di pasar raya, semalam pula lain keadaannya. Menjelang malam orang ramai berkumpul di balai polis terdekat untuk mendapatkan pelepasan keluar daerah/ negeri selepas diarahkan berbuat demikian apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini.
Ramai yang mengambil kesempatan selama tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan untuk pulang ke kampung. Namun akibat kesesakan yang berlaku, arahan tersebut ditarik balik malam tadi.
Pun begitu sebagai tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat supaya virus ini tidak menular, kita diminta untuk tidak keluar daerah/negeri. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pengecualian pergerakan rentas negeri ini hanya dibolehkan untuk sebab berikut:
1. Kematian ahli keluarga terdekat 2. Sakit tenat ahli keluarga terdekat 3. Rawatan perubatan diri sendiri dan ahli keluarga
Meski permit pelepasan pergerakan antara negeri ditangguhkan sementara waktu diharap orang ramai mematuhi perkara ini.
Tempoh 14 hari kawalan pergerakan ini adalah untuk memutuskan rangkaian jangkitan virus Covid-19 yang telah menyaksikan dua kematian di Malaysia semalam.
Bagi yang selalu memasak, cuba tengok papan pemotong terutama yang plastik. Selalunya akan ada kesan kotoran kuning dan hitam kerana kerap digunakan untuk persiapan memasak.
Kotoran pada papan pemotong jenis plastik ini biasanya susah dihilangkan walaupun telah dicuci berkali-kali dengan sabun. Takkan nak guna peluntur pulak kan.
Jadi berikut adalah cara untuk membersihkan kotoran hitam pada papan pemotong yang kotor. Hanya guna tiga bahan yang ada di dapur, terus jadi bersih! Selamat pun selamat.
Bahan-bahan:
Limau nipis
Baking soda
Cuka
Langkah-langkah:
1. Ambil buah lemon kemudian belah dua.
2. Seterusnya tabur baking soda pada permukaan papan pemotong.
3. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
4. Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
5. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh juga guna berus besi untuk menyental untuk lebih berkesan.
6. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan macam baru.
Ramai selalu mengalami sakit kepala tapi kita sendiri pun tahu pengambilan ubat yang kerap dah tentu tak elok untuk kesihatan.
Jadi untuk korang yang macam ni disarankan amalkan urutan otot masseter ini. Ia cuma ambil masa lebih kurang 10 saat saja untuk dilakukan dan dikatakan mampu mencegah sakit kepala daripada berulang.
Urutan ini disarankan oleh pakar terapi David Reavy yang menurut beliau sakit kepala selalu berpunca kesan otot masseter yang tegang.
Apa itu otot masseter
Ia merupakan otot tebal yang menghubungkan tulang pipi dan juga rahang yang cukup penting untuk mengunyah. Ada antara kita yang stres akan mengetap rahang yang mana akan menyebabkan otot ini tegang.
Bagaimana ia menyebabkan sakit kepala?
Perbuatan mengetap atau mengetatkan rahang ini akan membatasi otot lain di kepala dan juga leher seterusnya menyebabkan sakit kepala.
Cara melakukan urutan otot masseter
1. Letakkan hujung jadi pada bahagian otot masseter
2. Buka mulut atau rahang dan tutup.
3. Ulangi sehingga anda berasa otot bahagian tersebut tidak lagi tegang. Itu saja.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...