Makanan Korea semakin popular ketika ini terutama kalangan anak-anak muda. Yang tak berapa muda pun tumpang sekaki juga.
Antara yang disukai adalah Korean Chicken/ ayam Korea. Ramai yang sanggup beratur panjang malah belanjakan banyak wang untuk makan ayam ini di restoren di shopping complexs.
Tapi kalau nak jimatkan masa dan duit boleh sediakan sendiri di rumah. Ayam goreng ni memang sedap, makan satu takkan cukup. Lagi pedas lagi sedap.
Cara membuatnya dikongsi oleh Wan LuQman;
Bahan-bahan
5 ketul kepak ayam
6 sudu kicap cair (pilih yang kurang garam)
5 sudu madu
2 sudu tomato (boleh ganti dengan cuka)
3-5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Chili flakes (cili kering gunting halus)
Tepung ubi kayu/tepung jagung (nak lebih rangup guna tepung ubi/potato starch)
Bijan
Minyak masak
Cara membuat
1. 5 ketul kepak ayam dipotong dua. Ambil drummet dan winglet saja.
2. ‘Brine’ sekejap ayam atau maksudnya rendam ayam dalam air garam. Tujuannya untuk menambah rasa dan jadikan isinya lembap. Kemudian bilas ayam.
3. Panaskan minyak, sambil itu salutkan ayam dengan tepung.
3. Goreng, satu persatu. Goreng sampai tepung keras tapi jangan terlalu masak, sebab akan digoreng sekali lagi. Ketepikan ayam.
4. Dah siap goreng ayam, kecilkan api. Rehatkan ayam goreng.
6. Panaskan semula minyak, masukkan semula ayam yang dah digoreng tadi.
7. Sambil tunggu ayam masak/ golden brown, buat sos. Tumis bawang putih, halia, chili flakes.
8. Masukkan kicap cair, diikuti dengan sos tomato.
9. Masukkan madu. Masak hingga pekat sikit. Kalau terlebih pekat, letak air supaya cair.
10. Masukkan ayam yang dah masak golden brown dalam sos.
11. Gaul sekata dan angkat.
12. Tabur bijan dan sedia untuk dimakan. Memang tak cukup seketul.
Sumber: Wan LuQman