Selalu makan tomyam putih ini di restoran saja, tapi kalau nak buat kat rumah boleh saja.
Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Puan Cik Nadzri. Menariknya tomyam putih ini dihasilkan dari air basuhan beras. Tiap orang ada caranya kan. Boleh cuba buat tom yam putih cara ini pula.
1. Sediakan air cucian beras, ambil basuhan kali kedua. Masukkan dalam periuk dan nyalakan api.
2. Masukkan lengkuas.
3. Masukkan serai yang diketuk.
4. Masukkan ayam yang dipotong kecil
5. Masukkan lobak merah
Ads
6. Ketuk bawang putih, masukkan sekali dalam periuk
7. Masukkan bunga kobis.
8.Masukkan cili padi yang diketuk
9. Masukkan daun limau purut
Ads
10. Potong bulat bawang Holland dan masukkan sekali.
11. Masukkan 3 sudu sos ikan
12. Apabila lobak sudah empuk masukkan udang dan sotong.
Ads
13. Masukkan air perahan limau nipis.
14. Masukkan tomato yang dibelah.
15. Akhir sekali, supaya bau tomyam lebih menyerlah, masukkan daun ketumbar.
Tanam serai untuk kegunaan sendiri dan juga komersial sudah ada bezanya. Jika tanam serai untuk kegunaan memasak seeloknya mudah untuk dicabut.
Bagi tujuan ini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Ini cara saya tanam serai. Tanam dekat-dekat antara satu sama lain. Jaraknya lebih kurang 5 hingga 7 cm saja. 1 point tanam 2-3 batang serai.
Tanam begini supaya senang nak ambil bila isteri nak guna. Setiap kali nak guna kita cabut 1 point. Jadi ia tak akan ganggu tumbesaran rumpun serai yang lain.
Cukup saja 3-4 bulan, akan ada 2-3 perdu yang sempat besar dan rimbun. So, kita cabut semua sekali dan buat balik macam cara di atas.
Cara ini untuk tanam guna sendiri. Jika untuk komersial, kena guna teknik lain.
Dalam bulan puasa ini kita memang akan banyak makan kurma. Tapi lepas makan kurma bijinya akan kita buang kerana ramai menganggap ia tiada gunanya.
Ha salah sebenarnya, di sebalik biji kurma yang keras ini sebenarnya ada banyak manfaatnya.
1. Boleh jadi serbuk kopi yang sedap
Tak susah membuatnya dan ia boleh menjadi alternatif yang sesuai untik anda yang alah dengan kafein.
Cara membuatnya adalah seperti berikut:
Basuh biji kurma tersebut dan toskan.
Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.
Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.
Tumbuk atau kisar biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.
2. Boleh jadi skrub lembutkan kulit
Kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.
3. Rawat masalah rambut gugur
Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur.
4. Melembutkan daging dengan cepat
Kalau nak sediakan hidangan berbuka berasaskan daging, biji kurma juga sangat berguna. Anatara petua untuk melembutkan daging tanpa menjejaskan rasa masakan adalah dengan menggunakan biji kurma.
Caranya masukkan beberapa butir biji kurma yang sudah dibasuh bersih ke dalam apa-apa masakan yang sedang dimasak.
Ok lepas ni jangan buang bijinya selepas makan kurma ya!
Tanam sayur tapi malas nak baja dan nak hasil sayur subur. Boleh! Namun ada cara yang perlu dipraktikkan.
Caranya hanya perlu letak baja sekali saja iaitu peringkat awal penyediaan media/tanah. Selepas itu ketika pokok naik dan membesar tak perlu lagi buat semburan air baja atau membaja setiap minggu. Cara ini lebih mudah, dan ia dipraktikan oleh Mira Edora.
Tanam sayur berdaun tak perlu baja
Saya kurang rajin, cuma rajin siram saja. Siapa yang macam saya boleh teruskan pembacaan. Caranya;
Hari pertama
Set terus nak tanam di mana : raised bed / batas / pasu.
Hari sama semai biji benih di tempat semaian lain.
Korek cetek batas/raised bed/ pasu lalu letaklah baja.
Pilih baja sama ada kompos / vermikompos / tayam / tahi kambing / kopi / npk15. pilihan baja menentukan kesuburan tanah pada masa akan datang.
Boleh guna tayam (tahi ayam) : murah sangat, mudah lerai, jadikan tanah makin subur, kaya microbe.
Kalau tanah keras, tambah tanah siap campur yang 6in1 atau 4in1. Kalau pandai buat adunan sendiri pun boleh juga.
Kalau sebelum ini tanam dah bantut maknanya tanah dah tak sihat, maka cara paling murah tambahlah sekali kapur pertanian. Kemudian tutup balik baja (dan kapur, kalau tambah kapur). Tak perlu dalam sangat.
Hari ke-2 sehingga hari ke-7/10/15
Siram tapak semaian, siram sekali batas/pasu. Siram semaian 2 kali sehari. Siram batas sehari sekali dah memadai. Waktu ini akan naik rumput, jika ada buang.
Hari ke 7/10/15
Pada hari ke-7 ini barulah pindahkan anak benih ke batas yang disediakan tadi. Hari pindah berbeza-beza ikut benih, kalau cepat cambah, cahaya cukup, cepatlah ia keluar 2 helai daun sebenar.
Gembur manja permukaan batas sebelum buat lubang pakai jari untuk masukkan anak pokok. Pindah anak benih pada waktu petang.
Tanam anak pokok dalam sampai aras kotiledon. Poin ini paling penting sebenarnya untuk dapatkan pokok yang besar.
Bila tanam dalam, akar lebih stabil, mampu serap nutrient dengan baik dan pokok jadi gemuk.
Hari ke 7/10/15 sehingga tuai
Siram 2 kali sehari sehingga tuai
Tak perlu baja lagi. Kawalan serangga ikut suka. Boleh jadi perlu / tak perlu pun kawalan serangga.
Sayur lain seperti kekacang, cili, bendi, terung juga sama, tapi tapi saya akan baja lepas sebulan. Kadang tak baja pun. Ini cara saya.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.