Selalu makan tapi tak semua pandai masak kari ikan. Bagi yang baru nak belajar boleh ikut perkongsian Niza Zaini ini ya.
“Dalam ramai-ramai mungkin ada juga yang tak berapa pandai nak buat kari ikan kan? Macam saya muda-muda dulu memang tak pandai nak masak kari. Jadi saya kongsikan di sini cara saya menggulai kari ikan.”
Ini Bahan-bahan yang digunakan
Step by step masak kari
1. Panaskan minyak secukupnya, masukkan hirisan bawang merah dan putih serta halba campur.
2. Bila agak kuning masukkan daun kari berserta tangkainya. Katanya aroma lagi umphh…
3. Masukkan tomato yang dibelah 4. Kacau hingga tomato layu.
Ads
4. Bila tomato dah layu masukkan rempah ikan dalam 3 paket kecil (saya selalu guna cap O dan Babas). Sukatan ini untuk seekor ikan merah yg sederhana besar.
5. Bila dah letak rempah terus letak air. Kalau lambat nanti hangus rempah tu, warna pun tak cantik.
6. Masukkan bawang putih kisar dalam 4 ulas (boleh kurangkan).
Ads
7. Masukkan air asam jawa sikit-sikit nanti terlebih masam dan jangan terlalu pekat nanti terlebih masam tak sedap.
8. Masukkan serbuk cili dalam 2 sudu penuh. Kemudian masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
Ads
9. Untuk sayur, kebiasaannya letak bendi, terung atau tomato hijau tapi disebabkan tiada sayur itu saya letak ubi kentang sebagai ganti. Pun sedap.
10. Bila kentang dah empuk, kari pun dah pecah minyak cantik, letak garam, sedikit gula (sedikit sahaja),sedikit serbuk perasa/secukup rasa. Kemudian masukkan ikan serta beberapa tangkai cili padi/cili hidup. Ikan boleh letak ikan yang disukai.
Bibir semula jadi warna merah jambu memang diidamkan wanita. Tapi sayangnya kebanyakan bibir kita tak begitu.
Ramai yang berdepan masalah bibir hitam walau pun tak merokok. Memang boleh diselindung dengan warna lipstik tapi takkan di rumah pun nak pakai lipstik bagai.
Cara terbaik adalah merawatnya. Untuk mengembalikan bibir yang hitam kembali jadi merah jambu kita boleh amalkan lip scrub atau pun skrub bibir.
Tak perlu beli, kita buat saja sendiri sebab untuk menghasilkannya pun mudah sangat.
Hanya tiga bahan saja diperlukan.
1. Bahan-bahannya
Vaseline
Minyak bayi
Gula
Bekas kecil
2. Masukkan sesudu gula, baby oil dan Vaseline ke dalam bekas.
3. Gaul rata dan ia sedia digunakan.
3. Simpan dalam bekas. Cara menggunakan, usap lip scrub pada bibir dalam gerakan bulat untuk membuang kulit mati. Kemudian basuh. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.
Tut pokok adalah salah satu cara supaya pokok buah yang ditanam cepat menghasilkan buah dan lebat hasilnya. Selain itu ini juga cara untuk memastikan kita dapat pokok buah yang elok sama dengan pokok induk yang kita miliki.
Proses tut pokok buah ini juga boleh kita lakukan sendiri dengan mengikut langkah yang betul. Perkongsian dari Pyan Sempoy ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahu melakukan sendiri tut pokok buah yang sedia ada di rumah.
Beliau menunjukkan cara tut untuk pokok limau purut, dan kaedah yang sama boleh dilakukan pada pokok buat lain sama ada pokok jambu air, jambu batu, mangga, rambutan, lemon, tin dan sebagainya.
Tut pokok cara mudah
Sesiapa pun boleh buat insya-Allah. Saya tunjukkan step by step cara tut pokok limau purut dan ia juga boleh dibuat untuk lain-lain jenis pokok. Lain orang mungkin lain caranya, ini cara saya sebagai perkongsian.
Apa yang perlu ada?
Pokok yang mahu ditut
Dalam tutorial ini saya tut pokok limau purut. Pastikan kalau pokok buah kena pilih pokok yg sudah atau sedang berbuah. Insya-Allah nanti hasilnya pokok tut akan cepat berbuah. Pilih ranting yang sihat dan bercabang elok.
Media tut
Saya guna campuran cocoapeat 1 bahagian, sekam bakar + tanah hitam sawit masing-masing setengah bahagian. Boleh saja guna media yang dah sedia ada, cocoapeat saja pun boleh, sekam bakar atau tanah saja pun boleh. Ada peatmoss lagi bagus.Media perlu dilembapkan siap-siap. Boleh guna air biasa & lebih bagus kalau guna larutan penggalak akar (exotic/b1 dll) atau yg serbuk boleh gaul sekali dengan media.
Plastik & tali atau cable tie – untuk membungkus media tut (bunjut) dan juga mengikat tut di ranting.
Pisau yang tajam & bersih (steril)
Penggalak akar kalau ada. Tak kisah nak guna yang cair atau serbuk. Boleh juga guna barang-barang dari dapur contoh bawang merah, madu, serbuk kayu manis dan lain lain.
Aluminium foil atau plastik hitam. Tak wajib ada pun, sekadar utk tutup tut di lapisan luar. Tujuan supaya media tut kekal lembab tak mudah kering. Kalau gelap tak kena cahaya lebih mudah berakar.
Cara tut
1. Pilih ranting yang sihat & bercabang elok.
2. Buat kelaran cincin lebih kurang 1-2 inci bergantung saiz batang. Buang kulit & kikis lendir (kambium) sampai kering.
3. Kalau ada penggalak akar, sapu pada bahagian atas kelaran, tempat yang akan dibungkus
4. Sediakan media tut, lembapkan siap-siap.
5. Bungkus media guna plastik & ikat ketat. Istilah popular ini panggil bunjut tut.
6. Belah tengah bunjut tut begini.
7. Tangkupkan ke bahagian yang disapu penggalak akar tadi & ikat ketat. Nak mudah guna cable tie.
8. Akhir sekali balut dengan aluminium foil atau plastik hitam. Siap sudah proses tut. Tunggu lebih kurang sebulan insya-Allah berakar dan sedia untuk dipotong & ditanam.
Cara tanam tut
Apabila akar sudah penuh dalam bunjut tut, boleh potong di bahagian bawah akar tersebut. Pindahkan tut ke dalam bekas bersisi tanah campuran.
Pemindahan perlu dilakukan berhati-hati. Walau pun sudah keluar banyak akar tidak bermakna akar itu kuat. Jika tidak dilakukan berhati-hati akar turut boleh tercedera dan pokok tut lambat membesar. Ini kerana pokok terpaksa menumpukan nutrien dan tenaga bagi membaiki akar pokok yang rosak
Elak menekan pangkal tut apabila selesai ditanam, siram pula hanya keliling tut saja. Lebih elok pindah dulu tut ke dalam polibeg sebelum ke tanah agar akar anak pokok tut sempat stabil dan tumbuh dengan subur.
INFO
Proses tut tak semestinya berjaya. Kena sabar, ada pokok yg mudah & cepat berakar contoh pokok tin, limau kasturi, lemon, jambu air, jambu batu. Pokok limau purut agak susah untuk berakar & ambil masa lebih lama.
Begitu juga durian, rambutan, mangga (pokok-pokok besar) lagi lama proses nak berakar. Ada yang 1 bulan dah boleh potong & tanam, ada yang sampai 3-4 bulan baru ada akar. Jadi kena sabar.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...