Hidangan pulut kuning dengan rendang memang kegemaran ramai. Makan dengan sambal pun best juga.
Jika berhajat nak buat pulut kuning ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Maz Samad ini.
Cara ini pulut kuning yang dimasak tahan lama dan tak mudah basi. Bagi yang kali pertama masak pulut kuning boleh gunakan cara ini juga kerana ia lengkap.
Tip agar pulut kuning tahan lama, tak mudah basi
Ikut langkah demi langkah ini ya;
1. Rendam 1 kg beras pulut dengan air sejuk
2. Masukkan garam kasar 2-3 butir
Ads
3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut
4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam
5. Pastikan sebelum rendam beras dibilas sehingga hilang air keruh. Apabila air sudah jernih baru direndam beras pulut.
6. Semasa rendam bubuh sekali 2 sudu kunyit serbuk.
Ads
Kaedah kukus beras pulut
1. Kukus pertama
– Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak.
– Masak dan dikukus selama 10 minit.
Ads
2. Air kukusan
-Pastikan air kukusan betul-betul mendidih
-Letakkan pengukus beras pulut.
-Letakkan 3-4 helai daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.
3. Semasa mengukus
– Kukusan pertama 10 minit
– Rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2
– Step kukusan Kedua 20 minit-Pulut dicampur bersama
1/2 cawan minyak atau marjerin
Pewarna kuning telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
4. Tip beras Pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau marjerin supaya pulut kuning berkilat. Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi menaikkan lagi seri pulut tersebut. Pulut kuning akan nampak berbiji-biji bila dihias tapi jangan risau, teksturnya sangat lembut.
Kalau makan mi goreng atau char kuetiau memang tak lengkap kalau takde cili jeruk ni. Dapat pulak yang ranggup lagilah kick.
Memandangkan hidangan selalu kita buat di rumah, jadi eloklah stok cili jeruk ini kita buat sendiri. Homemade lagi best, buat rangup-rangup ikut cara yang dikongsi oleh Farid Sham.
Rupanya nak buat cili jeruk ni senang saja, 4 langkah saja, hari keempat dah boleh makan.
1.Mula-mula kena sediakan cili hijau yang segar bugar. Cuci bersih sebelum dipotong.
2. Kita potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Sedang-sedang saja.
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan.
Tutup penutup kemudian kita goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. JANGAN BUBUH AIR. Perap 3 hari dalam peti ais.
Kuantiti gula: 2 sudu untuk saiz botol jem setinggi tin susu sejat.
4. Hari ketiga, baru kita bubuh cuka makan separas cili potong tu. INGAT YA JANGAN SESEKALI BUBUH AIR.
Selain bilik membaca, ruangan solat juga sangat diimpikan buat mereka yang mempunyai kediaman sendiri.
Namun ruangan yang terhad menyebabkan keinginan itu dipendamkan sahaja.
Walaupun begitu perkongsian dari Shahrizan Mahful dari Tukang Apa Hari Ini memberitahu idea daripada seorang pelanggannya yang berjaya direalisasikan dengan berjaya membina ruang solat di bahagian loteng.
Siapa sangka ‘ruangan solat terapung’ yang dibina di ruangan atas tangga ini berjaya disiapkan dalam masa tiga hari pemasangan.
Manakala kos keseluruhan yang diperlukan adalah anggaran RM4,500 untuk loteng berkeluasan 9’ panjang x 5.5’ lebar.
DIY Ruang Solat Terapung
Hari pertama:
Pasang kerangka besi SH berukuran 2 x 6 x 1.9mm
Hari kedua
Padang simen board aksesori seperti handrail berukuran 12mm
Hari ketiga
Siapakan lantai menggunakan laminate floor. Kemasan anak tangga dengan menggunakan solid wood. Bahagian mengecat, kemas dan kerja mengelap dilakukan.
Info tambahan:
– Menggunakan dua wall plug bersaiz 3/8” x 4,1/2” pada satu titik di bahagian atas dan bawah, di mana bahagian yang akan masuk ke dalam dinding adalah 2,1/2”.
– Had berat untuk ruang ini dianggarkan boleh tampung sekitar 1,500 kg pada satu-satu masa.
Bila sakit dada, ramai yang mengaitkannya dengan jantung bermasalah. Tapi ia tak semestinya begitu. Ia juga mungkin bermakna ada organ lain yang bermasalah.
Dr. Hafizah menerangkan jenis-jenis sakit ada dan punca kesakitannya. Ketahui juga tanda-tanda sakit dada yang paling bahaya termasuk untuk wanita.
Tahukah anda bukan semua sakit dada (chest pain) bermakna anda ada serangan jantung?
Selain jantung, struktur lain yang ada di dada termasuk -salur pemakanan -paru-paru-salur darah -otot selangka -tulang rusuk -payudara -bahagian atas perut/pankreas -kulit luar/saraf kulit. Banyak kan?
Apa yang beza dengan sakit jantung
So apa yang membezakan punca sakit dada ini dari jantung? Pernah tak doktor tanya anda ‘sakit tu rasa mcm mana, menekan,menyucuk,pedih,panas,dll? Hah,soalan inilah yang membezakannya selain tempat sakit tu di mana. Bkn busy body tau!
Ok, kite mulakan dengan jenis sakit dan organ/struktur yg mungkin bermasalah.
Sakit dada akibat masalah dalam kulit
Sakit pedih di bahagian kulit walaupun tanpa disentuh. Ini mungkin disebabkan masalah dalam kulit sendiri. Contoh,luka,nanah,ruam eczema,ruam chicken chop eh chicken pox. So,cuba check betul-betul ada tak kawasan merah, bengkak, berair. Kalau ada,insyaAllah bukan jantung.
Next, sakit yang dtg bila gerakkan tangan/badan atau bila ditekan kuat. Yg ni paling kerap berlaku dan paling tak bahaya sebab hanya masalah otot di dada. Ha, lain kali kalu rasa sakit cuba tekan, jika lagi sakit, confirm bukan jantung tau!
Sakit ada ada kaitan dengan paru paru
Sakit yang datang tiba-tiba dan sukar bernafas? Ini mungkin berkaitan dengan paru-paru samada kebocoran paru-paru (pneumothorax) atau saluran darah paru-paru tersumbat. Bahaya tak? Extremely dangerous guys! So cepat jumpa doktor tau..
Akibat jangkitan kuman
Sakit dada yang datang secara perlahan,bertambah sakit bila tarik nafas? Ini mungkin disebabkan jangkitan kuman dlm paru2 atau selaput paru2.. Bahaya? Ye,perlu jumpa doktor..
Esophageal Reflux
Sakit dada jenis pedih dibahagian tengah,terasa seperti menaik ke tekak disertai rasa masam dan sendawa banyak? Ini juga kerap berlaku.. Ini dipanggil “esophageal reflux” di mana asid dr perut tertolak naik ke atas menyebabkan iritasi pada saluran pemakanan..
Gastrik
Sakit pedih di hulu hati dan rasa loya,muntah? Ini mungkin penyakit radang perut/gastritis/gastrik..
Bahaya? Boleh jadi bahaya jika lapisan perut menipis dan pecah.
Ini untuk perempuan
Bagi perempuan pula,sakit dada dibahagian payudara boleh jadi bengkak susu,nanah,susu tersumbat. Ingat,sebarang benjolan pada payudara adalah TIDAK normal! Umum tahu,kanser tidak sakit dan orang selalu tak ambil peduli sehingga sudah melarat. Pastikan periksa sendiri payudara anda!
Paling bahaya
Yang terakhir, sakit dada jenis menekan, berat dibahagian tengah atau kiri disertai dengan – peluh sejuk, sejuk kaki tangan, susah nafas, berdebar, pening (dizzy), pitam, melarat ke tangan,leher, belakang INI DARI JANTUNG!
Jika anda tanda sakit yang menyerupai masalah jantung seperti di atas, jangan lengah, terus ke kecemasan bukan klinik swasta!
Ingat,time is life! Serangan jantung perlu dirawat segera dengan ubat khas dan perlu ada team yang bersedia menghadapi situasi krisis.
Mereka yang berisiko
Siapa yang berisiko? Semua yang menghidap mana-mana penyakit di bawah..
– kencing manis
– darah tinggi
– kolesterol tinggi
– penyakit buah pinggang
– sejarah keluarga
– perokok
– kegemukan
– umur lebih 40 tahun tapi trend terkini usia bukan lagi faktor utama.