Step By Step Masak Sotong Kari Yang Sedap, Pekat Tanpa Santan

Share

Selalu menu ini ada di restoren mamak atau restoran nasi kandar. Memang sedap, makan dengan bendi celur pun dah cukup. Tapi nak ambil kena hati-hati, pastikan dalam poket ada bawa duit lebih sebab harganya memang mahal.

Kalau dalam keluarga ramai yang suka sotong kari ini lebih baik buat sendiri. Lagi jimat. Cara nak buat kari sotong pekat tanpa santan boleh ikut perkongsian Nurul Ateekah.

Cara Masak Sotong Kari Yang Sedap, Pekat Tanpa Santan

Bahan-bahan:
1 kilo sotong (dibersihkan)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar(dihiris)
3 ulas bawang putih(dihiris)
1 cm halia(dihiris)
3 sudu perahan asam jawa
1 buah tomato(dibelah 6)
Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
Minyak masak secukupnya
Serbuk perasa
Garam
7 sudu besar serbuk kari ikan dicampur sedikit air dijadikan pes

Nota: Masakan ini tidak perlu mengunakan air kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.

Cara memasak

1) Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih,bawang merah,halia Dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.

2) Kemudian masukkan pes rempah kari dan gaulkan sebati. Masak sehingga pecah minyak. Gunakan api sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah cantik dan sentiasa kacau.

3) Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap (teruskan mengunakan api sederhana).

4) Selepas itu,masukan sotong yang telah dibersihkan tadi. Masakkan seketika.

5) Akhir sekali,masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan gram dan serbuk perasa. Boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan). Tunggu sedikit kering dan tutup api. Siap

Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Ateekah.

Published by
VK