Untuk dapatkan tanaman yang subur, perkara yang perlu adalah tanah yang digunakan harus elok dan subur juga.
Jika tanah yang ada tidak subur maka sebaiknya kita rawat dulu untuk menyuburkannya. Tak perlu guna baja khas, kita boleh gunakan sisa makanan di rumah saja seperti yang dilakukan oleh Norahim Ibrahim.
Beliau menggunakan kembali sisa makanan seperti perut ikan, nasi dan hampas kelapa untuk merawat tanah. Langkahnya juga turut dikongsi.
Ads
Cara membaja tanah menggunakan sisa makanan
Sisa yang digunakan adalah perut ikan, nasi dan hampas kelapa. Boleh ikuti langkah berikut untuk mendapatkan tanah yang subur untuk tanaman anda.
Langkah 1: Sediakan sisa makanan yang ada.
Langkah 2: Buat lubang seperti dalam gambar sedalam 1 kaki.
Ads
Langkah 3: Isikan campuran perut ikan,nasi dan lain-lain sisa makanan yang ada ke dalam lubang.
Langkah 4: Masukkan hampas kelapa ke dalam lubang tadi. Ini bagi mengurangkan bau busuk ikan. Timbus kembali lubang-lubang tadi.
Ads
Langkah 5: Selepas 2 – 3 minggu tanah sudah tersedia untuk digunakan untuk tanaman.
Langkahnya mudah dan membantu mengurangkan pembaziran.
Ramai antara kita dah ada kesedaran untuk mengambil pelan perlindungan diri atau takaful.
Ia sebagai persediaan jika berlaku musibah tak dijangka seperti kemalangan dan penyakit.
Bagi yang sedang berkira-kira untuk mengambil pelan takaful panduan daripada penasihat kewangan Azizul Azli Ahmad yang selalu berkongsi tip dan panduan di media sosial miliknya.
Tip pilih takaful
1. Jika usia kita bawah 30 tahun, manfaatkan RM50 sebulan untuk perlindungan diri sekitar RM100,000.
2. Bagi usia 40 tahun ke bawah, peruntukan sekitar RM100-RM150 sebulan untuk perlindungan.
3. Jika usia 50 tahun ke bawah, biasanya peruntukan takaful sekitar RM300 sebulan.
4. Fokus pada PERLINDUNGAN DIRI dulu bukan KAD PERUBATAN.
5. Tanda aras yang sihat buat takaful adalah 5%-7% dari gaji kita sahaja.
6. Jangan ambil pelan SIMPANAN.
7. Jangan ambil pelan PELABURAN juga.
8. Ambil kad perubatan bila ada lebihan wang atau tiada perlindungan dari majikan.
9. Mulakan dengan Perlindungan Asas dulu. Gaji x 12 = Jumlah PERLINDUNGAN.
10. Bila dah mampu, lindungi pendapatan kita dengan Gaji x 12 x 10= Jumlah PERLINDUNGAN PENDAPATAN.
Saya walaupun bukan agen takaful, sangat galakan kengkawan memiliki takaful perlindungan asas.
Paling minimum adalah RM100,000 sahaja. Semakin awal bermula, semakin baik.
INFO
Sifat Takaful adalah perlindungan, jangan buat SIMPANAN dan PELABURAN dalam takaful. ia bukan instrument yang baik dan sihat untuk buat dua perkara itu. Ada banyak tempat yang baik untuk simpanan dan pelaburan yang beri pulangan sihat buat kita. Pandangan ini mungkin tidak dipersetujui oleh sahabat ejen sekalian, tetapi itulah pandangan saya dalam bertakaful
Selain tembikai biasa, buah rock melon juga antara yang boleh kita tanam di rumah. Berbaloi menanamnya memandangkan harganya pun boleh tahan.
Apa yang diperlukan cuma beli biji benih dan juga sedikit ruang di laman untuk membolehkan ia menjalar. Tak perlu luas, cukup sekadar menjalar di pagar pun boleh.
Bagi yang nak cuba tanam rock melon, boleh gunakan panduan yang dikongsi oleh Mohd Shaifful.
Cara tanam rock melon di laman rumah
1. Cara semai biji benih teknik baring atau tegak
Boleh gunakan teknik ‘baring’ atau teknik ‘tegak’. Teknik baring ialah meyusun benih rock melon dalam tray semaian secara baring. Selepas itu ditekan sedikit supaya benih terbenam sedikit dalam medium semaian(peatmoss atau tanah organik). Jangan tekan terlalu dalam. Ambil tanah semaian peatmoss/tanah dan ratakan di atas tray supaya dapat menutupi kesemua bijih benih Rock Melon sehingga tidak kelihatan.
Bagi teknik tegak, halakan muncung benih yang tajam menghala ke bawah semasa semai. Siram air pada tray semaian sehingga lembap. Ambil plastik hitam bungkus tray semaian. Jika anam guna bekas, tutup dengan plastik hitam juga.
Tray yang telah dibalut dengan plastik hitam perlu diletakkan di tempat yang terbuka. Selepas 2 hari buka plastik hitam dan biasanya benih sudah mula bercambah.
Ambil tray letak di kawasan yang mendapat cahaya matahari tapi bukan kawasan panas terik. Apabila pokok sudah tumbuh 4 daun. Boleh dipindahkan ke dalam polibeg atau pasu atau batas tanaman.
2.Saiz polibeg atau pasu
Siapkan polibeg dengan ukuran 40×50 cm atau ukuran sedang sebesar yang boleh. Masukkan tanah organik atau apa jua jenis tanah yang ada asalkan gembur dan subur.
3.Pemindahan anak pokok
Sebelum dipindahkan, siram dahulu media tanam dengan air. Pindahkan anak pokok di waktu senja untuk mengelak haba cahaya matahari dan anak pokok terkejut haba dan layu.
4.Pemasangan para untuk pokok memanjat
Sediakan pancang dan tali rafia untuk pokok menjalar pada usia 2 minggu. Gunakan apa saja teknik yang ada suka. Sama ada buat para atau letak di tepi pagar. Jika nak biar kan melon menjalar di atas tanah pun boleh.
5.Kahwinkan bunga betina secara berbantu
Kahwin bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar. Macam mana nak kenal bunga betina? Bunga betina berbunga dengan ada putik buah. Bunga jantan bunganya tiada putik buah.
Lakukan berturut-turut dan buat kepada semua bunga betina yag keluar. Waktunya antara pukul 7.30 – 11.00 pagi. Ambil bunga jantan dan sapu kan di buna betina. Ramai yang merungut bila bunga betina yang ada putik buah gugur.
Jadi teknik bantu kahwin ini sangat berkesan. Teknik ini berkesan untuk melekatkan buah jika kawasan rumah anda tiada serangga pendebungaan seperti lebah dan lain-lain.
6.Pemangkasan dan pemilihan buah
Untuk menghasilkan buah yang cukup besar dan berkualiti, satu pokok hanya dibiarkan 2-4 biji sahaja. Pemangkasan buah dan dahan tidak perlu harus dilakukan.
7.Pembajaan
Bagi penanaman melon dalam polibeg setelah melakukan pemangkasan cabang, lakukan pembajaan. Peringkat awal 1 bulan pertama
Setiap 2 minggu baja dengan baja organik atau pun baja subur.
Setelah pokok mengeluarkan bunga, baja dengan baja buah.
8.Kawalan serangga perosak/penyakit
Pengendalian hama/seranga perosak dilakukan dengan semburan racun kawalan perosak atau racun organik. Jangan meracun bila pokok sudah mengeluarkan bunga.
9.Tuai buah rock melon
Tuaian boleh dilakukan sekitar 2 bulan selepas penanaman anak pokok. Buah yang siap dipetik mempunyai ciri-ciri warna kulit yang mulai putih kekuningan, kulit buah putih berwarna kekuningan, pada tangkai buah terdapat cincin atau lingkaran retak-retak, dan ada aroma harum dari melon.
Sejak penularan wabak virus Influenza & Novel Coronar kita digalakkan memakai topeng muka. Tapi bagi wanita bertudung nak mengenakan topeng muka ini sedikit masalah.
Sebab kebanyakannya jenis ear loop mask. Macam mana nak selit kat telinga kalau dah bertudung! Namun Elita Shafee berkongsi cara kreatif untuk wanita bertudung mengenakan topeng muka ini dengan mudah. Tak perlu selit pada telinga.