Suami jenis ini rare, 44 hari isteri berpantang lepas bersalin selama 44 hari itulah dia memasak untuk si isteri.
Bukan saja memasak hidangan berpantang, Shahrul Nizam juga menjaga dua anak dan menyelesaikan urusan rumah tangga yang lain.
Hebatkan! Biasanya tugas macam ini sama ada dilakukan oleh ibu sendiri, ibu mentua tak pun pembantu rumah.
Menariknya Shahrul yang bekerja sendiri dari rumah juga berkongsi menu berpantang yang dimasak untuk isteri, Maisarah Hamzah. Simple saja menunya dan nampak sedap!
Berikut antara menu yang disediakan selama 44 hari isterinya berpantang. Suami lain pun boleh ikut panduan ini! Tak mustahil, sebab lelaki ini sudah membuktikannya!
Untuk resepi selebihnya anda boleh klik Facebook Shahrul Nizam. Selamat mencuba
Kaedah Paling Senang Bersihkan Microwave, Harum Pulak Tu. Tak Perlu Guna Sabun Pun
Setiap rumah pasti ada microwave. Hampir setiap hari kita gunakan alat ini untuk memanaskan makanan atau lauk pauk.
Tapi bila last kita cuci microwave ya? Kalau tak dicuci ia boleh jadi tempat bakteria berkumpul pula.
Jadi baiklah ambil sedikit masa untuk cuci, sebab cara nak cuci microwave ni teramatlah senangnya. Tak perlu guna sabun pun.
Cuma guna hirisan lemon, hasilnya bukan saja bersih tapi ia turut menyahkan bau yang tak enak.
- Ambil mangkuk isi air separuh.
- Letak lemon sebiji. Perah jus & hirisan lemon
- Masuk microwave dan panaskan selama 5 minit
- Tunggu 2 minit sebelum buka supaya wap air tak keluar.
- Lap microwave dengan kain bersih.
- Bau pun harum semerbak.
Sumber: NawaiHuda
Doktor Kongsi Langkah Ibu Bapa Perlu Buat Bila Syak Anak Kena Influenza
Ramai ibu bapa yang gusar dengan penularan wabak influenza ketika ini. Malah mencetuskan panik bila membaca pelbagai info-info yang dikongsi di media sosial.
Jangan melatah jika mengesyaki anak mengalami tanda-tanda demam ini ikut saja apa yang disaran oleh doktor. 9 langkah berikut dikongsi oleh Dr Suhazeli Abdullah
1. Jangan berlengah, terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sepatutnya.
2. Jika doktor arahkan masuk hospital untuk rawatan lanjut, jangan ingkar. Kanak-kanak agak sensitif dengan perubahan suhu dan risiko gejala yang lebih teruk berbanding dewasa.
3. Jika doktor nasihatkan berehat di rumah, rehatlah secukupnya. Jangan pula ke pasar raya membeli belah, mentang-mentang doktor beri cuti.
4. Di rumah, jaga anak anda sebaiknya.
– Beri air secukupnya. Jangan biarkan anak anda berlaku dehidrasi (kekurangan air).
– Makan ubat demam, batuk atau seumpamanya dengan apa yang dibekalkan oleh doktor.
– Jika mampu, asing anak anda dari ahli keluarga yang lain buat seketika. Bukan tidak boleh bertemu langsung, tetapi limitkan pergaulan seketika sahaja. Apabila demam, batuk, selsema sembuh, baru boleh bergaul semula.
– Hadkan jumlah pelawat yang datang melawat. Jangkitan boleh berlaku kedua-dua belah pihak, samada pelawat atau anak yang dijangkiti. Bukan saya tidak benarkan ziarah keluarga, tetapi mendekati anak yang sedang dalam proses pemulihan itu perlu dihadkan pertemuan dengan orang ramai.
5. Beri perlindungan vaksin kepada anak-anak yang lain atau kumpulan yang berisiko dalam rumah anda.
6. Amalkan tata-etika ketika batuk atau bersin.
7. Jaga kebersihan persekitaran rumah.
8. Ibu bapa atau penjaga kena perhatikan tanda-tanda berikut. Jika terdapat salah satu darinya, sila hubungi doktor keluarga anda atau ke klinik dengan segera.
I. Bernafas kencang atau masalah pernafasan
II. Kulit bertukar biru
III. Anak tidak aktif. Kelihatan tidak bermaya dari jam sebelumnya.
IV. Anak tidak berselera langsung makan dan minum sehinggakan tidak berinteraksi dengan baik
V. Terganggu percakapan samada cakap merapu atau bertindak agresif kepelikan dari kehidupan normal beliau.
VI. Bagi bayi, tidak kencing, lampin ringan kerana kurang kencing, merengek senantiasa dan tidak keluar air mata bila menangis.
VII. Demam dan batuk semakin teruk. Laburkan sedikit duit beli alat penyukat suhu. Kalau tak mampu, anda sendiri boleh menilai tahap panas badan anak yang agak tinggi.
9. Yang penting sekali dari semua di atas adalah tenang, jangan panik. Jangan cepat melatah dengan segala maklumat yang diperolehi dari media sosial. Bertanyakan kepada pihak yang berwibawa. Jauhi jurujual produk kesihatan yang cuba ambil kesempatan.
Sumber: Suhazeli Abdullah
Cuma Tampal Wallpaper 3D & Kayu Wainscotting, Ruang TV Terus Nampak Kemas & Bergaya
Ramai yang selalu mengadu ruang tv di rumah selalu nampak serabut dengan wayar. Sebab itu ada yang sanggup berhabis untuk buat kabinet khas untuk bahagian ini.
Tapi selain buat kabinet ada lagi cara lebih jimat tapi hasilnya ruang tv yang berselirat dengan wayar itu akan nampak kemas.
Boleh guna idea yang dikongsi oleh Atiqa Razak yang hanya menggunakan frame wainscotting dan juga wallpaper untuk memastikan ruang ini teratur.
Sebelum
- Cat bahagian dinding dengan warna pilihan, saya guna jenama Jotun code cat Sable Stone (10342). Ruang untuk bahagian tv saya biarkan untuk tampal dengan wall paper. Ukur siap-siap.
- Pasang bingkai wainscotting untuk bahagian tv, saya guna kayu wainscotting yang dibeli di hardware. Cat dulu sebelum pasang guna gam.
- Boleh tambah floating shelf. Boleh beli online. Klik SINI untuk beli.
- Kemudian boleh pasang wallpaper 3D yang memang siap ada gam di belakangnya.
SIAP
- Kabinet kayu beli harga RM240. Boleh klik SINI untuk beli.
- Memang sengaja pilih wall paper warna hitam supaya wayar tv tak jelas kelihatan. Macam tak nampak pun kan.
- Total untuk DIY ini lebih kurang RM300 lebih kurang. Harga termasuk frame wainscotting, kabinet tv coklat (6ft), wallpaper 3D dan floating shelf.
Selamat mencuba.
Sumber: Atiqa Razak