Suami Mati Mengejut Tinggalkan Hutang Bank Rumah & Kereta. Ini Panduan Untuk Isteri Uruskannya

Share

Setiap pasangan yang berkahwin berharap mereka akan melayari hidup bersama hingga ke anak cucu.

Namun ajal dan maut itu ketentuan Tuhan. Mungkin juga suami yang menjadi tempat isteri bergantung hidup pergi dulu ketika usia masih muda dan anak-anak masih kecil.

Tiada wanita yang mahu perkara ini terjadi tapi ketentuan Tuhan tidak boleh dielak. Justeru sedikit sebanyak panduan tentang perkara ini perlu kita ketahui.

Perkara ini telah dikongsi oleh seorang wanita di iiumc yang kematian suami secara mengejut. Bagaimana beliau menguruskan pinjaman bank untuk rumah dan kereta yang dibuat atas nama bersama selepas ketiadaan suami, begitu juga urusan insuran, akaun bank dan juga Socso.

Suami meninggal selepas koma tiga minggu

Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada sejaran epilepsi. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, saya terima ketentuan ini dengan redha.

Namun , saya macam hilang arah sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya. Sampaikan nak makan apa pun dia yang uruskan. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba jelaskan sebaiknya walaupun agak panjang.

1. Pencen Socso

Kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di syarikat yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar.

Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Kemudian setiap tahun kena hantar borang ‘renew’ pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.

2. Pinjaman perumahan

Kalau suami ada beli rumah guna nama dia saja, pinjaman akan ‘settle’ sebab dilindungi MRTA. Tapi kami buat joint loan jadi hanya separuh loan settle. Saya terus  bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call kata ada tunggakan. Banyak!  Dalam RM10k.

Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya kata pihak bank waktu tandatangan agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar.

So bank expect RM3k tiap bulan. Tapi tau-tau dah dekat RM10k skali dgn interest lewat bayar. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.

3. Kereta

Ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. Ia insuran berbeza dengan insuran kereta.  Insurans kereta yang kita guna bila accident tu semua biasa kan.

Ini adalah insuran macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.

Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak mampu sebab loan kat bank banyak lagi, kena top up puluh ribu.

Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup. Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila-bila kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years saja. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.

4. Insurans

Kalau si mati ada ambil insurans waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yang saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, contoh untuk anak dan isterinya. Bila dia meninggal, insurans tu akan sambung secara automatik sebab selalunya ia dilindungi oleh insurans.  Alhamdulillah kan?

5. Akaun Bank

Kalau waris tahu no pin kad ATM si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bagitau orang. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau saya tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja.

Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kepada jumlah duit dalam akaun. Kalau ada kurang daripada RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.

6. Surat Kuasa

Okay yang ni agak renyah. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran.

Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena pergi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau tak silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.

Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang daripada RM5 juta. Saya tunggu dalam sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)

Berdoalah agar urusan dipermudahkan

Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa-apa sebab kesiankan anak-anak saya. Masuk court pun mereka tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan banyak duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.

Kemudian Majistret  akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sebagai pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lps sebulan lebih.

Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, macam nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok-elok dan buat salinan banyak-banyak sebab kadang-kadang pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.

Rasanya ni saja urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan orang tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata-kata dari orang-orang sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal-hal dunia.

Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.

Sumber:  iiumc

 

 

Published by
VK