Meski punya suami untuk bersandar, menguruskan segalanya terutama perihal kewangan keluarga namun hakikatnya wanita tidak seharusnya langsung tidak mengambil tahu.

Kita tak mampu menduga, mungkin berlaku perkara tidak dijangka. Suami boleh pergi secara mengejut kerana ajal maut bukan ketentuan kita. Sedikit sebanyak urusan perlu kita tahu.

Berdepan dengan situasi ini, Zaiti Arshad yang kehilangan suami secara tiba-tiba berkongsi apa yang perlukan dilakukan sebagai panduan wanita lain.

21/3/21 – Tarikh mengubah segalanya dalam hidup

Ditinggalkan
My husband was sleeping with me that night. Bawak ronda-ronda then makan kat kedai pak chot petang tu, sempat call pomen aircond nak repair aircond estima. Maghrib kami solat jemaah utk kali terakhir, isyak dia bawak zarief solat di Masjid Alwi.

6 a.m dia bercakap dengan saya, ‘sayang, abang susah nafas’, 7 a.m his death was pronounced after 30 minutes CPR.

Perasaan? Takut
Saya seorang isteri yg sangat dependant, saya tak pernah tau berapa banyak suami bayar kereta, rumah, all the bills tiap-tiap bulan.

Boleh dikira masa dia ada berapa kali saya isi minyak kereta. Berapa banyak duit yg dia allocate untuk simpan. Macam mana nak bayar bill air pun saya tak reti. Tak tau, tak reti.

Dari awal kahwin kami dah setuju, dan saya redhakan duit gaji kami berdua dia manage utk selesaikan keperluan rumah tangga kami. Saya takut, macam mana saya nak teruskan hidup? Dia dah takde..I cant sleep for the first few night. Otak saya berfikir macam-macam. Yg paling penting saya nak selesaikan hutang dia, so i wanna share my experiences after i lost him.

2 months before he left me
Saya dapat mesej unifi ada bill tertunggak, so mcm biasa, saya suruh dia bayar. He was doing his work at the computer, dia tegur saya sebab tak pernah ambil tahu pasal benda-benda ni, and my answer to him ‘ala, kan abang ada buat semua tu’.

Dia senyum and told me, ni tengok abang dah buat excell dalam PC monthly expenses kita. I didnt even take a glance on it untill 2 days after he passed away.

Suami Meninggal Dunia Mengejut, Hari Kedua Pemergian Ini Yang Perlu Isteri Buat. Wanita Ini Kongsi Panduan Berdasarkan Pengalaman

Step 1: Senaraikan simpanan, harta, hutang yang arwah ada

Suami saya ada;
1. Simpanan dalam akaun bank M (akaun atas nama suami, tapi ada bukti transaksi dr akaun saya setiap bulan) – ini simpanan bulanan kami sama2, asalnya kami kumpul duit nak pegi jalan-jalanke Osaka, tapi sebab pandemik tak jadi. Then i was pregnant with Zaraa. Setiap kali pregnant, kami akan simpan duit utk baby yg bakal lahir, utk urusan akikah and etc, so simpan dalam akaun tu jugak
2. Duit gaji dan elaun dalam Bank I
3. Rumah yg kami duduk sekarang shared loan atas nama saya & dia – belum habis bayar
4. Kad kredit – BSN & bank islam
5. Kereta myvi – belum habis bayar
6. Motosikal – dah habis bayar
7. Sebidang tanah getah di perak
8. Simpanan tabung haji
9. Simpanan ASB
10. Personal loan – RHB & bank islam

Ads

Step 2: Duit simpanan dalam bank

Duit simpanan dlm akaun bank M & duit gaji dalam Bank I. Hari ke 2 lepas suami pergi, saya decide untuk bincang. Sebab mak ayah masih ada, jadi mengikut hukum, ada bahagian dia yg perlu saya bahagikan mengikut faraid.

My concern was, kalau saya tak keluarkan duit tu, bila akaun dh beku lepas daftar kematian, duit tu kena tunggu bicara baru dapat. Saya bincang dgn keluarga, saya jelaskan bukan semua duit tu duit arwah dan saya nak keluarkan duit tu. Dan saya juga nak guna duit utk bayar mana2 hutang yg ada. Semua bersetuju utk serahkan semua duit simpanan ni kepada saya dan anak-anak.

PENTING : Perlu tahu nombor pin & password online banking pasangan masing-masing dan wajib bincang dengan waris yg terlibat sebelum buat keputusan sendiri. Especially kalau isteri tak kerja, banyak urusan berikutnya perlu guna duit.

Utk duit dalam bank gaji dia, juga saya keluarkan. 2 minggu kemudian saya dapat surat dari majikan suami utk bayar balik gaji yg telah suami terima, gaji March dibayar sehingga 31/3/21,suami meninggal pada 21/3/21, jadi gaji dari tarikh 21/3/21 – 31/3/21 perlu dibayar balik secara tunai. Jadi hal ni selesai.
Untuk urusan selanjutnya, cuma boleh diselesaikan setelah ada surat daftar kematian
Buat banyak salinan dokumen berikut;
– surat daftar mati
– permit menguburkan
– salinan ic arwah
– salinan ic sendiri
– surat nikah
– sijil lahir & mykid anak2
– untuk pekerja kerajaan yg masih ada ibu bapa masa meninggal, kena ada salinan surat beranak si mati & ic ibu/ayah (utk urusan pembayaran ganjaran pencen)
Sediakan 1 fail khas, letak semua sijil asal & salinan dalam 1 fail.

2. Rumah (shared loan)
Rumah kami atas nama saya dan suami, maka 50% bahagian suami mesti difaraidkan. Yang ni saya belum selesaikan sebab ada beberapa prosedur kena buat di Pejabat Pusaka Kecil. Saya akan selesaikan selepas saya bersalin & i will share later.

Mengenai loan rumah (kami ambil bank loan, bukan loan kerajaan)
– insurance akan cover bahagian arwah, tapi bukan 100%. Sementara urusan selesai, masih kena bayar bayaran bulanan macam biasa (yg ni pun masih pending, mak buyung tak larat nak ulang alik pegi bank)

3. Kad kredit

BSN – bawa surat mati, kad kredit & salinan ic arwah ke kaunter, bgtau nak check balance. Bawak duit siap2 utk bayar supaya dpt selesaikan hutang. Bila settle, terus gunting kad tersebut. Settle dlm masa 2 jam lebih kurang

Ads

Bank Islam – ada takaful, bawa surat mati, kad kredit & salinan ic arwah ke kaunter, isi borang dan tunggu proses dr bank islam ( ini saya belum dpt feedback dr bank islam). Tapi tak payah bayar.

5. Kereta Myvi

Ini pun masih pending, sebab kena masuk bicara di pusaka kecil. Road tax boleh renew utk 6 bulan sahaja. Bayaran bulanan kena sambung bayar mcm biasa.

Suami Meninggal Dunia Mengejut, Hari Kedua Pemergian Ini Yang Perlu Isteri Buat. Wanita Ini Kongsi Panduan Berdasarkan Pengalaman

6 & 7 – Motosikal & tanah – pending

8. Simpanan tabung haji

Arwah suami memang letak nama saya sebagai penama. Bukan bermakna dapat duit kat saya semua ye, penama memikul tanggungjawab melangsaikan hutang dan membahagikan secara faraid.

Pegi ke tabung haji, bawak fail dokumen tadi. Urusan di kaunter tak ambil masa lama. Termasuk urusan pembatalan permohonan haji utk arwah. Duit simpanan masuk terus ke akaun TH saya selepas 3 minggu. Suami saya sentiasa pesan kepada saya, duit simpanan bahagi sama rata utk anak-anak, tak kira lelaki atau perempuan, tapi anak kami semua lelaki.

Ads

Suami Meninggal Dunia Mengejut, Hari Kedua Pemergian Ini Yang Perlu Isteri Buat. Wanita Ini Kongsi Panduan Berdasarkan Pengalaman

Saya tolak bahagian utk buat badal haji dan bahagian faraid utk diri sendiri, mak dan ayah pun serahkan bahagian faraid mereka utk anak2 kami. Boleh transfer direct ke akaun anak-anak. Kalau tak nak transfer terus, make sure tulis amaun yg kita terima di satu tempat, ini amanah kita sebagai penama, selesaikan hutang arwah dan bahagikan selebihnya kepada yg hak, jgn pandang remeh menguruskan harta anak yatim.

Kalau akaun sendiri kita namakan pasangan yg meninggal sebagai penama, jangan lupa tukar penama kepada org lain. Ada 2 pilihan, sama ada nak dihibahkan atau menamakan penama. Saya pilih penama dan letak nama adik saya sebab anak2 belum capai umur 18 tahun. Penama ni boleh ditukar kemudian. Selesai di TH.

9. Simpanan ASB

Kalau simpanan kurang dari rm10k, waris boleh tuntut di ASB, tapi kalau lebih rm10k,tuntutan kena melalui amanah raya. Simpanan suami tak sampai 10k, jadi urusan di kaunter sahaja. Selesai urusan, dapat cash duit khairat bergantung kepada jumlah simpanan arwah. Khairat tak perlu difaraidkan.

Duit simpanan tersebut masuk ke akaun ASB waris yg menuntut selepas lebih kurang 3 minggu. Sekali lagi, simpanan arwah yg diterima mesti difaraidkan setelah tolak hutang yg perlu dijelaskan. Selesai di ASB.

10. Personal loan

Suami saya buat pinjaman ada takaful. Bawa dokumen tadi ke bank. Saya dah dpt surat dari RHB yg semua covered by insurance dan tak perlu bayar apa-aoa. Utk bank islam saya masih menunggu feedback.

Panjang lebar sharing hari ni. This is based on my experiences. Sahabat saya Asilah Alqarny dan Wan Zaihana banyak sangat bantu saya. Walaupun sedih lepas dia pergi, saya gagahkan diri utk selesaikan.

Semoga mengalir pahala untuk suami saya, kerana asbab kematian dia saya melalui semua ini dan jujur saya tak pernah ambil tahu tentang semua ni sebelum ni.

Jika Allah izinkan, ada lagi yg saya nak share later till then, mohon doa sahabat semua supaya Allah kuatkan rahim saya utk membawa anak bongsu Faisal Pessot tiga minggu lagi.

Anak yang hanya akan kenal daddy dari gambar & cerita kami. Anak yg kehadirannya hanya saya ketahui 10 hari selepas suami pergi. Doakan kami ya.

Sumber: Zaiti Arshad

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI