Ramai yang teringin bercucuk tanam namun masalah ruang jadi penghalang. Sama ada tinggal di rumah apartment, flat, kondo atau laman sempit.
Sebenarnya ketika ini ada banyak kaedah penanaman boleh dilakukan dengan hanya memerlukan ruang yang sedikit. Antaranya tanam melalui kaedah hygrowpot seperti yang dikongsi oleh Monica Antie Ballerina.
Tanam salad dalam hygrowpot, kali pertama pun menjadi
Percubaan pertamanya adalah tanam salad. Elok menjadi dan paling best sebulan dah boleh kutip hasil dan kita tak perlu siram hari hari pun.
Bagi yang nak mencuba beliau ada berkongsi panduannya.
Ini set hygrowpot yang dibeli di Shopee.
2. Set ini lengkap, datang dalam satu kotak ada pasu, cocopeat, baja dan juga benih percuma. Harga saya beli RM150 satu set.
3. Ini cocopeat, perlu basahkan dulu dan ramas sebelum guna.
Ads
4. Semai dulu biji benih salad Perancis. Ini hari ke-empat. Cepat membesar kan.
5. Dah ada 4 daun atau lebih boleh masuk dalam pasu hygrowpot. Ini selepas 2 hari disemai. Dalam batang paip@hygrowpot minggu pertama dan ke-2 masukkan air paip biasa sahaja sebab medium semaian sudah dicampur baja subur Vcombat yang disertakan.
Ads
6. Selepas minggu ke-2 masukkan air baja AB dalam hygrowpot tersebut.
7. Salad ini cepat membesar. Waktu masih kecil 2 minggu baru refill air. Tapi bila salad dah membesar setiap 3 hari kena check air takut kering.
8. Inilah biji benih salad yang digunakan. Dalam pek ada banyak, boleh guna 2-3 kali lagi.
Ads
9. Ini hasil salad selepas lebih sebulan. Dah boleh petik, sebelum tua. Boleh petik atau potong daun sehelai-sehelai, nanti akan tumbuh lagi.
Kongsi rezeki salad dengan kawan-kawan.
Bagi yang nak mencuba tanam guna kaedah hygrowpot, boleh klik SINI untuk beli set di Shopee.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Link asal boleh rujuk di SINI.
Selain nugget, sosej juga adalah makanan kegemaran anak. Tapi yang ada di pasaran kita tahu tak berapa sihat kerana kandungan pengawet, perasa tambahan, selain lemak yang tinggi.
Ramai ibu bapa yang melarang makanan untuk anak-anak tapi kesian juga kalau anak teringin nak makan. Jadi cara terbaik adalah buat sendiri. Homemade sosej versi sihat tanpa pengawet, perasa tambahan malah boleh letak sayur dan bahan lain yang kita suka.
Alang-alang dah buat kita bubuh sayur-sayuran kesukaan. Yang penting bersih, tiada bahan pengawet, tiada perasa tambahan. #markitchen
Bahan-bahan:
500 gram isi ayam
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garlic powder
1/2 sudu teh blackpepper (jika suka)
1 sudu chili flakes (kalau nak pedas)
1 gelas kecil air / stok ayam
Sayur-sayuran ikut cita rasa (lobak merah, daun sup, mushroom)
Cream cheese (jika suka, gantikan dengan cheese lain pun boleh)
Tepung ubi (agak-agak)
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan di atas (saya guna food processor).
2. Paipkan dalam plastik aiskrim. Ikat ketat (tujuannya supaya air tak masuk semasa merebus).
3. Rebus sampai masak. Saya kukus saja lebih kurang 15-20 minit.
4. Dah siap kukus atau rebus boleh sejukkan dan buka plastik dan goreng. Nak frozen kan pun boleh.
5. Adunan ini boleh hasilkan dalam 15 batang sosej. Ikut saiz yang kita nak.
6. Bahan boleh tambah dan tukar ikut kreativiti masih masing.
Geram pulak tengok ulam pegaga yang ditanam cara gantung macam ni. Elok subur dan rimbun daunnya. Nak petik buat ulam pun senang.
Bagi yang suka makan ulam ini, boleh tanam sendiri ikut kaedah gantung. Caranya boleh ikut panduan yang Izam Ijam.
Kaedah tanam pegaga gantung
Bahan-bahan yang diperlukan
Medium cocopeat 100%
Baja fertigasi AB 1.5 ec atau 50ml A 50ml B 20 liter air
Racun serangga brogard + garlic oil
Polibeg tanpa lubang bawah
Pokok pegaga
Cara penanaman
1. Isi cocopeat dalam polibeg basahkan. Pastikan polibeg tiada lubang bawah.
2. Ambil pokok pegaga, boleh beli di pasar dan pastikan ada akar atau cabut kat belakang rumah (kalau ada).
3. Potong daunnya dan tanam dalam polibeg sekurang kurangnya 5 pokok untuk satu polibeg. Kemudian siramkan permukaan polibeg tadi dengan air baja AB sebanyak 240ml atau satu cawan sehari.
4. Letakkan polibeg di tempat yang tidak terkena hujan dan seeloknya kena panas pagi.
5. Selepas seminggu gantung polibeg boleh letakkan di tempat yang panas dari pukul 8-12 tengah hari. Panas sampai petang pun tak mengapa.
6. Siram polibeg 2 kali sehari pagi dan petang atau siram polibeg sehingga berat purata 2kg. Jangan lebih nanti akar lemas dan busuk.
7. Sembur racun serangga seminggu sekali, seeloknya guna racun organik. Petik dan boleh terus dimakan.
8. Kalau malas nak siram gunalah sistem fertigasi. Pastikan air siraman sudah dicampurkan baja AB.
9. Usia 1 bulan boleh tuai. Jangka hayat pegaga ini boleh sampai setahun jika rajin prunning daun.
Kejadian kepala air yang sudah banyak meragut nyawa menyedarkan kita akan pentingnya berhati-hati dan mengawasi petanda kepala air setiap kali pergi ke sungai.
Ini kerana kejadian kepala air ini akan berlaku secara tiba-tiba dan tidak semestinya terjadi hanya di musim tengkujuh. Berikut adalah petanda kepala air yang perlu kita ketahui agar kejadian tidak diingini dapat dielakkan.
Sebelum itu penting juga untuk kita maklum bagaimana kejadian kepala air ini boleh berlaku.
Punca kepala air
Kepala air boleh berlaku apabila gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Air yang tenang boleh berubah secara mendadak apabila kepala air membawa gelombang air, ranting kayu, batu batu, Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya termasuk manusia.
Petanda awal kepala air datang
Fenomena kepala air boleh dikesan melalui beberapa tanda awal;
1. Langit gelap di hulu sungai, bersama bunyi guruh berdentum.
2. Perubahan warna air daripada jernih kepada gelap atau kehitaman.
3. Aliran air tenang bertukar deras selain membawa bersama ranting, dahan kayu serta sampah-sarap yang berkumpul di satu tempat.
4. Akan kedengaran bunyi letupan kuat, dari tanah pecah, pokok tumbang dan dahan yang patah.
5. Air akan naik mendadak, kepala air ini boleh naik satu hingga dua meter dalam lima hingga 10 minit. Air daripada dua meter sesaat boleh naik sehingga 10 meter sesaat, sangat laju.
Jika mendapati ada petanda awal kepala air berlaku segera selamat diri kerana anda hanya ada 10-15 minit untuk keluar dari kawasan sungai!