Hanya mereka yang melalui situasi tinggal berjauhan daripada pasangan sahaja yang tahu macam mana perasaannya. Rindu, sayang dan pasrah dengan keadaan. Apatah lagi apabila perpisahan itu terpaksa dilakukan kerana tugas.

Seorang pengguna facebook, Sofuan Saadon meluahkan perasaan di facebook mengenai kehidupannya yang tinggal berjauhan kerana dia bertugas di Sarawak manakala isterinya di semenanjung. Mengakui belum ada rezeki untuk bertukar tempat mengajar, guru ini akui akur dengan keadaan.

Ads

Sudah Berkahwin Tapi Tinggal Berjauhan, Isteri Dua Kali Keguguran, Suami Ini Luah Perasaan Di Facebook

Perpisahan sementara

BAGI pasangan yang PJJ (perhubungan Jarak Jauh), inilah saat yang paling sukar. Perpisahan sementara. Demi diri, pasangan, keluarga dan kerjaya.

Masih jelas dalam ingatan aku ketika pertama kali aku balik ke Sarawak tak lama selepas berkahwin. Isteri yang menghantar aku ke stesen bas sebelum aku ke KLIA2.

Aku tahu isteri sedih dan berat nak lepaskan aku tapi kami tiada pilihan. Bini nampak kuat waktu itu. Dia cuba tahan air mata dari jatuh.

 

Sudah Berkahwin Tapi Tinggal Berjauhan, Isteri Dua Kali Keguguran, Suami Ini Luah Perasaan Di Facebook

Ads

Jangan risau, nanti cuti abang balik

“Jangan risau.. Nanti cuti abang balik. Bukan selamanya di sana,” pujuk aku buat pertama kalinya.

Isteri mengangguk perlahan. Aku renung mata isteri dalam-dalam. Sinar mata yang penuh pengharapan.

Isteri menangis semahu-mahunya

Rupa-rupanya selepas hantar aku dan bergerak tinggalkan Terminal Aman Jaya itu, isteri berhenti di tepi jalan dan menangis semahu-mahunya.

Itulah perpisahan sementara kami selepas sah menjadi suami isteri. Isteri tak dapat kawal perasannya. Dia lepaskan segalanya pada ketika itu. Apabila dia kembali tenang, barulah dia teruskan pemanduan ke rumah sewanya.

Aku perasan, dari hari ke hari, isteri seakan sudah reda dengan pemergian aku untuk mendidik anak bangsa. Dia nampak akur melepaskan aku pergi.

Kita jauh, berlainan tanah

Namun, situasi kali ini agak berbeza.

Hampir sebulan aku dengannya dan sama seperti kali pertama dahulu, dia seakan tak mahu lepaskan aku pergi. Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengulang ayat-ayat yang biasa aku katakannya dalam dua tahun ini.

“Abang pergi bukan untuk seronok-seronok. Cari nafkah untuk keluarga kita.. “

“Kita memang jauh, berlainan tanah. Tapi setiap hari kita boleh dengar suara. Sayang tahu abang buat apa..”

“Sekarang ni masa cepat. Nanti cuti abang balik lagi..”

Ya Tuhan, tolong jagakan dia untukku.

 

 

Ads

Isteri keguguran dua kali

Berkahwin pada 2016, Sofuan memaklumkan bahawa isterinya telah dua kali keguguran. Namun guru ini tetap berdoa supaya ada rezekinya suatu hari nanti untuk mempunyai anak.

“Semoga rezeki saya berpindah tempat mengajar akhir tahun ini. Semoga kami cepat peroleh zuriat dan dapat tinggal sebumbung sama seperti pasangan lain. Perit PJJ lain tanah ni.”

Tip pasangan PJJ

Cikgu Sofuan memberikan tip bagi pasangan yang tinggal berjauhan supaya kekal harmoni tanpa perasaan curiga atau cemburu antara satu sama lain

1)Kena pupuk perasaan percaya kepada pasangan sendiri. Jangan biar hati curiga.

2)Berhubung setiap hari dengan kemudahan telefon bimbit yang ada.

3)Saya amalkan cara isteri kena beritahu ke mana dia nak pergi. Saya tak halang dia ke mana-mana pun, cuma perlu maklumkan.

Ucapan buat isteri

Kepada isteri tersayang, Hazira Zarai.

Abang sedar yang sudah banyak sayang berkorban untuk keluarga. Abang sedar dah banyak urusan keluarga yang sayang lakukan sendiri. Sayang benar-benar wanita yang berdikari. Setelah hampir tiga tahun kita PJJ, abang harap sayang dapat bersabar sedikit masa lagi. Insya Allah, abang tidak selamanya di sini. Satu hari nanti abang pasti akan dapat bersama sayang satu bumbung seperti pasangan bahagia yang lain. Sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Abang tahu sayang sunyi. Sudah dua kali nyawa dihadirkan dalam rahim sayang tapi Allah lebih menyayanginya. Belum rezeki kita lagi. Semoga kita dikurniakan zuriat secepat yang mungkin bagi mengisi kekosongan yang ada. Semoga kita berdua terus tabah menghadapi ujian kecil ini. Sofuan Saadon, Suamimu..

VK rasa kalau VK pun tak sanggup nak tinggal berjauhan daripada pasangan. Ermmmmm tak sanggup wei. VK doakan pasangan ni dapat tinggal sebumbung, kerja dekat-dekat. Barulah jadi institusi rumahtangga yang lengkap. Amin.

Sumber: Sofuan Saadon

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI