Sudah Tidak Muat Dipakai, Datin Seri Zizie Izette Ingin Sedekah Pakaian Anak Kembar Pada Yang Memerlukan

Share

 

 

Umum mengetahui pelakon, Datin Seri Zizie Izette mempunyai anak kembar lelaki yang dinamakan Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette. Kembar yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 30 Disember akan datang kini semakin membesar. Justeru banyak pakaiannya tidak lagi muat dipakai.

Melalui instagram, Zizie yang kini sedang hamil memuat naik gambar pakaian kembar itu. Melalui kapsyen, Zizie berbesar hati jika ada yang sudi menerima pakaian tersebut. Antara kriteria yang Zizie utamakan ialah kepada ibu yang bakal melahirkan anak kembar ataupun ibu yang ada anak kembar masih kecil berusia antara 1 hingga 6 bulan. Lebih afdal jika penerima ialah golongan yang kurang berkemampuan.

 

Tag gambar anak kembar anda pada Zizie

Di antara baju2 anak kembar saya yg dah tak muat & terlalu banyak lagi.
Saya berbesar hati kalau sudi terima sekiranya ada diantara anda yg bakal melahirkan anak kembar ataupun sudah punyai anak kembar yg masih kecil (1 bulan ke 6 bulan) lebih afdal lg yg kurang berkemampuan, sila tag saya gambar anak kembar anda.
Ps: Baju2 masih dlm keadaan yg sgt baik.
Kami akan contact dlm masa terdekat ni. Terima kasih.

Bertuah sungguh sesiapa yang berpeluang dapat baju preloved anak Zizie Izette ni. Mesti comel pakai baju cantik, kan?

 

Sumber: Zizie Izette

Published by
Maryam Elyas