Suhu Aircond 16 Darjah Selsius Punca Bil Elektrik Kita Tinggi! Ini Suhu Yang Sesuai Kalau Nak Jimat Bil

Share

Banyak kediaman yang menggunakan pendingin hawa atau aircond sekarang memandangkan cuaca negara kita yang selalu panas.

Malah disebabkan tak tahan panas juga kita selalu masuk rumah atau bilik terus capai aircon dan tekan suhu sampai 16 darjah selsius untuk cepat sejuk.

Apa yang kita tak sedar disebabkan tindakan sebeginilah yang menjadi punca bil elektrik kita tinggi hingga menjadi rungutan ramai.

Perlu kita fahami suhu yang kita atur sewaktu menggunakan aircond ini memang memainkan peranan dalam penggunaan tenaga elektrik.

Suhu 16 darjah, compressor terpaksa bekerja tanpa henti

Menjelaskan tentang perkara ini, Kerol Shubry yang juga mengendalikan khidmat servis aircond ini berkata, menetapkan suhu aircond pada 16 darjah selsius akan menyebabkan compressor bekerja keras tanpa henti untuk mencapai suhu tersebut.

Compressor yang terus menerus bekerja tanpa berhenti inilah yang menyebabkan tenaga elektrik banyak digunakan sekaligus bil jadi tinggi.

“Kita kena faham compressor aircond ini tidak akan sentiasa berjalan, ia akan berhenti seketika bila capai suhu yang kita tetapkan.

“Sinilah pentingnya kita mengatur suhu yang betul. Ramai yang letak suhu pada 16 darjah selsius untuk mendapat suasana yang sejuk tapi hakikatnya kita tidak akan mendapat suhu tersebut.

“Bila suhu di luar panas mana mungkin kita dapat suhu 16 darjah ini. Sebaliknya compressor pula terpaksa bekerja keras tanpa henti untuk mencapai suhu ini.

“Akibatnya compressor terpaksa berjalan sepanjang masa dan inilah yang menyebabkan elektrik banyak digunakan.

Suhu yang sesuai

” Suhu yang sesuai untuk kita gunakan adalah dalam 23-24 darjah selsius. Bila dah capai suhu 24 darjah selsius ini misalnya compressor akan berhenti atau berehat. Jadi tidak memakan banyak tenaga elektrik. Kemudian apabila kurang sejuk ia akan berfungsi semula untuk sejukkan semula pada suhu yang ditetapkan.

Jadi jika menggunakan aircond janganlah selalu menggunakan suhu 16 darjah selsius ini. Cukup menetapkan pada suhu sejuk selesa pada 23-24 darjah selsius. Takdelah kita terkejut bila bil elektrik sampai.

@kerol_shubry #pengunaan akon#anakfelda #mykampong ♬ original sound – kedai kampong

 

Published by
VK