Kuih siput ini memang ralit makan dibuatnya, terutama kalau dapat yang rangup. Memang sedap. Tapi ada juga kuih siput yang di bila dibuat rasa berderai, kurang rangup.
Supaya tak dapat hasil begini boleh guna resipi yang dikongsi oleh Zaleha Baharum
. Katanya jika ikut sukatan ini Insya-Allah rangup.1kg tepung gandum
1 sudu serbuk kari
Secubit garam
Segengam ikan bilis ditumbuk
Sedikit serbuk perasa
1 sudu besar marjerin
Air suam
1. Satu sudu besar marjerin dicairkan.
2. Kemudian satukan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air suam.
3. Uli bahan tadi bersama marjerin yang dicairkan dan tuang air suam sedikit demi sedikit semasa menguli. Pastikan doh tidak terlalu lembik.
4. Doh yang siap diuli ini bolehlah ditenyeh menggunakan acuan kuih siput.
5. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yang dipanaskan terlebih dahulu.
Supaya naik aroma masukkan sekali daun kari semasa menggoreng.
6. Angkat bila nampak kuih siput keperangan kemudian tos. Siap.
TIP: Boleh juga masukkan jintan untuk lebih sedap rasanya.
Sumber: Zaleha Baharum