Bilah kipas memang kena selalu dibersihkan. Sebab bilah kipas yang kotor penuh dengan habuk ia akan menjejaskan kelajuannya.
Sambil korang bersihkan kipas di rumah praktik sekali tip ni supaya habuk tak lagi melekat pada bilah dan jaring kipas.
2-3 bulan pun masih bersih
Jadi tak perlu selalu untuk bersihkannya, tahan la dalam dua hingga tiga bulan. Paling penting bahan yang digunakan mudah dan cara nak buat pun senang.
Tip ini telah dikongsi oleh netizen di Facebook
Bahan yang digunakan:
Cuka makan
Pelembut fabrik
Botol penyembur
Cara-cara:
1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.
3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.
4. Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.
6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!
7. Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.
Selamat mencuba
Sumber: Alosnida Musa
Cara Buat Laksa Yang Rasanya Macam Ala D Laksa. Guna Pes Ini & Sardin Tin Saja, Senang & Sedap!
Laksa ini memang ramai peminat. Tapi takkan nak pergi sini selalu kan. Kalau masuk mall faham-fahamlah mesti duit pun banyak keluar lagi lagi kalau anak ramai.
Jadinya kalau teringin nak makan, kita buatlah sendiri. Jangan risau ada yang sudi berkongsi resipi laksa yang rasanya ala-ala D Laksa AEON Mall tu.
Nak buat pun senang, pakai pes dan sardin dalam tin saja. Boleh ikut resipi dikongsi Sharifah Zuhaiza.
Bahan-bahan:
Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar)
Pes asam pedas adabi
Bawang besar
Bawang holland setengah biji
Asam keping
Belacan
Daun kesum
Bunga kantan
Bebola ikan (option)
Laksa basah
Cara membuat
1. Kisar sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. Nak lagi power, boleh juga blend sekali dengan nenas.
2. Masuk semua bahan dalam periuk. Masukkan air, masak ikut kepekatan kuah yang kita nak. Jangan lupa letak garam dan gula.
3. Sos/kuah sardin boleh ikut selera. Kalau suka rasa ikan yang kuat masuk semua pun boleh. Atau cuba letak sikit dulu, takut hanyir.
4. Akhir sekali masukkan bebola ikan. Petis udang ikut selera sama amda nak guna atau tak. Nak masukkan nenas dan daun pudina pun boleh.
5. Dah siap. Resipi ini untuk 3-4 orang makan ya.
Resipi perkongsian: Sharifah Zuhaiza
Rempeyek Moden Guna Kulit Popia. Kudapan Paling Senang Nak Buat
Lebih kurang dua minggu lagi kita nak sambut raya Aidiladha. Rasanya dah boleh buat kuih raya.
Bagi yang bekerja mesti nak cari kuih yang senang nak dibuat. Ini idea kuih yang boleh kita buat nanti. Rempeyek moden guna kulit popia!
Perkongsian Shai Anne Ahemed bBoleh jadi kuih raya atau kudapan kita saja. Senang tapi sedap. Potong kulit popia, tabur bahan kemudian goreng. Dah siap.
Rempeyek moden
Kulit popia (apa apa brand pun boleh)
Kacang tanah (sangai dulu)
Ikan bilis
Sedikit tepung gandum dan air (bancuh untuk pastikan kacang, bilis tak tanggal masa menggoreng)
Jintan manis dan jintan putih (kisar sekali)
Cara membuat
1. Potong kulit popia (potong 4)
2. Letakkan bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong
3. Kemudian tabur kacang, bilis dan juga jintan.
4. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan.
Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Shai Anne Ahemed
Cara Tanam & Jaga Pokok Kantan Yang Betul, Baru Subur & Banyak Bunga. Tip Dari Pekebun Kantan
Ramai yang nak cuba tanam pokok kantan di rumah memandangkan kegunaannya dalam masakan pun banyak. Tambah lagi harganya pun boleh tahan juga.
Bagi yang nak mencuba menanam pokok kantan sama ada sikit atau banyak perkongsian dari Sadam Arffain, pekebun kantan ini boleh dijadikan panduan.
Panduan tanam pokok kantan
- Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di bawah yang diambil dari rumpunan pokok kantan. Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
2. Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakkan kerana tumbesaran pokok tidak memberangsangkan.
3. Rhizome yang telah dicantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baiknya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
4. Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
5. Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
6. Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
7. Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
8. Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.
9. Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
10. Dalam tempoh 2 tahun, pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
11. Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh di celahan batang pokok kantan.
12. Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
13. Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
14. Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
Penjagaan pokok kantan
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.
Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Hasilnya! Nak beli rhizome kantan untuk tanam boleh klik SINI
Semoga bermanfaat.
Sumber: Sadam Arffain