
Pokok kari antara tanaman yang mudah ditanam, cucuk saja keratan batang akan keluar benih.
Tapi belum tentu lagi pokok kari tumbuh merimbun, selalu juga yang ada 2-3 cabang daun kari saja.
Jika nak pokok kari tumbuh serumpun, rimbun banyak daun untuk kegunaan masakan boleh cuba cara yang dikongsi Fazlie Che Fauzi.
Cara tanam pokok kari dari keratan batang, kelar dan buang kulit
1) Potong batang kari yang sudah tua dalam 4-5 inci.
2) Buang kulitnya separuh saja, jangan sekeliling batang.
3) Jadi seperti ini.
4) Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Biarkan begitu tanpa perlu tambun tanah. Siram hari-hari, letak di tempat teduh dulu.
5) Cara ini keratan batang akan keluarkan tunas lebih banyak, dapatlah serumpun pokok kari.
Ini gambar pokok kari bertunas selepas lebih kurang seminggu.
Selamat mencuba.
Sumber: Fazlie Che Fauzi
Artikel berkaitan:
5 Tip Jika Pokok Kari Yang Ditanam Tak Membesar & Tak Banyak Daun
Salah Pakai Maksud Lain. Wanita Ini Kongsi Cara Guna Kain Batik Ikut ‘Kepala Kain & Maksud’ Disebaliknya!

Isi Kandungan
TogglePenggunaan kain batik sebenarnya sangat selesa dipakai terutamanya apabila selesai mandi sebelum menukar kepada baju sedia ada.
Malah sebenarnya kain batik menjadi kemestian bagi kaum wanita pada zaman dulu untuk dijadikan kain basahan atau sebagai penutup kepala jika keluar rumah

Namun tahukah kita cara pemakaian kain batik yang betul diamalkan masyarakat hari ini.
Tahukah kita rupa-rupanya setiap cara pemakaian kain batik adalah berbeza-beza mengikut maksud dan tujuann.
Perkara ini dijelaskan oleh seorang wanita, Siti Izwana Shaikh Ismail yang juga obses kepada pemakaian kain batik ini.
Menurutnya ada yang bertanya kenapa sangat kisah dengan penggunaan kepala kain batik ini.
Sebaliknya mempersoalkan di mana bahagian kaki dan kepala pada setiap kain batik dipakai.
Tambahnya lagi setiap kain batik ada cara untuk memakainya dan bukan main ‘sebat’ saja.
Ini kerana jika salah pakai, membawa maksud yang salah dan akan mendatangkan bahaya.
Namun dia juga tidak menolak anggapan bahawa orang zaman sekarang tidak tahu apa maksud sebenarnya penggunaan kepala kain batik berkenaan.
Anyway, ini maksud-maksud kalau kita pakai kepala kain itu:
Belakang = Bini orang
Depan = Anak Dara
Kiri = Balu
Kanan = Janda
Kepala kain itu yang mana????
Yang ini…

Yang mana anak dara atau bujang, jangan pula pakai kepala kain di belakang.
Nanti bising tak ada orang datang meminang.
Dapat sesuatu????
#AkuMinahKainBatik
#KainBatikLaBest
#RugiTakRetiPakai

Tip Penjagaan Kain Batik Cotton
1. Ketika anda membasuh, anda perlu memastikan bahawa anda tidak menggunakan ‘bleach’ atau sabun yang mempunyai bahan kimia yang keras selain daripada sabun mencuci baju anda. Elakkan juga penggunaan pelembut fabrik kerana ia boleh memberi kesan kepada pernafasan fabrik ataupun kain batik cotton anda.
2. Kain batik atau apa – apa sahaja jenis kain akan menjadi cepat reput sekiranya anda merendam kain tersebut terlalu lama. Jangan biarkan ia begitu sahaja ketika membasuh, sebaiknya teruskan aktiviti mencuci anda sehingga kain tersebut dijemur.
3. Anda perlu mencuci setiap kain anda secara terbalik, iaitu pastikan bahagian yang berwarna dan bercorak berada di bahagian dalam. Hal ini kerana, ia adalah untuk mengelakkan kain anda daripada terkena sabun mencuci baju secara langsung. Sabun ini bersifat panas dan boleh melunturkan warna pada kain batik anda sekiranya ianya digunakan dalam jangka masa yang lama.
4. Cara basuhan yang terbaik untuk kain batik cotton adalah menggunakan tangan. Hal ini kerana, cucian tangan merupakan salah satu cara basuhan yang paling lembut dan ini membolehkan anda untuk menjaga kualiti dan juga corak dan warna kain batik cotton anda.
5. Anda boleh menggunakan berus ketika anda mencuci kain batik cotton anda, tetapi ianya adalah lebih baik sekiranya anda tidak menggunakan apa – apa berus dan hanya menggosok lembut menggunakan tangan untuk mencuci kain anda. Namun, anda masih boleh menggunakan berus yang diperbuat daripada bahan yang lembut.
6. Anda juga perlu mengeringkan kain batik cotton anda dengan menggunakan tangan tetapi adalah diingatkan bahawa anda perlu memerah dengan lembut dan tidak terlalu kasar ketika memerah kain batik cotton tersebut.
7. Cahaya matahari bukan sahaja merbahaya kepada manusia dengan sinaran UV yang merbahaya, malah ianya juga boleh memberikan kesan kepada kain batik cotton anda. Sinaran cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan warna pada kain anda mudah luntur dan juga menyebabkan benang anda mudah reput.
Artikel berkait:
Teknik Urus Kain Baju Tak Berlipat Yang Menimbun Dalam 10 Minit Je
DIY Rak Baju Bajet Dari Bakul Plastik, Jimat & Kemas
Sumber: ProfHariz.com
Mudah Sangat Buat Spageti Aglio Olio, Beli Mahal Masak Sendiri Lagi Jimat. Letak Banyak Seafood Lagi sedap!

Kalau makan restoren western ini antara hidangan yang kena dengan lidah kita. Tapinya harga hidangan ini boleh tahan mahal terutama kalau aglio olio seafood.
Jadinya kalau teringin nak makan lagi berbaloi masak sendiri terutama jika yang nak makan tu ramai. Lagi satu cara membuatnya juga mudah. Letak banyak seafood, lebihkan chili flakes supaya pedas. Memang sedap, kena dengan selera. Tak nak letak sayur pun boleh!
Resipi perkongsian Keroroyz Royz antara yang senang dan boleh kita cuba.
Spageti Aglio tak mahu sayur, lauk lebih!
Bahan-bahan
300gm spageti
4 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu makan chili flakes (lebihkan jika nak pedas)
1 ekor sotong besar – potong bulat
10-15 ekor udang
1 kiub ayam
Garam
Lada Hitam
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan keju parmesan
Sedikit daun parsley
Cara membuat:
1. Panasklan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan
2. Masukkan chili flakes dan lada hitam. Tambahkan kiub dan garam. Kacau lagi.
3. Masukkan semua seafood dan kacau sebati. Bila seafood sudah masak tutup api.
4. Kemudian masukkan spageti yang siap direbus dan gaul sebati. Tabur keju parmesan dan daun parsley. Sedia dihidang.
Siap!
Kuantiti hidangan ini untuk 4 orang
Selamat mencuba!
Resipi asal & foto: Keroroyz Royz
Tip Untuk Pulihkan Kembali Daun Pokok Kunyit Yang Kuning & Kering

Pokok kunyit antara yang selalu ditanam di rumah. Daun dan isinya memang selalu kita guna dalam masakan. Sebab itu berbaloi menanamnya.
Tapi satu masalah biasa bila menanam pokok kunyit ini adalah daunnya jadi kekuningan dan kering.
Sayang pula bila daun pokok yang dah lebar tiba-tiba jadi begitu. Antara cara yang boleh dipraktikkan sekiranya berlaku pada pokok kunyit yang ditanam.
1. Alihkan pokok kunyit, elak letak di tempat panas terik. Pokok kunyit memang perlu ditanam di tempat panas tapi sedikit terlindung.
2. Potong daun yang kekuningan dan kering, supaya keluar daun baru
3. Siram dua kali sehari, daun jadi kering kerana kurang siraman.
4. Gemburkan tanah agar jangan terlalu padat agar ada pengudaraan dan saliran yang baik untuk kekalkan kelembapan.
5. Pokok kunyit juga perlu dibaja, boleh guna baja organik.
7. Jika pokok kunyit sudah matang dan daun menguning ia mungkin petanda perlu di alih ke bekas yang lebih besar atau dituai. Kunyit boleh dituai selepas 9 bulan ditanam.
Tip ekstra
Jika daun kunyit diserang serangga, buat bancuhan ini; kisar cili, bawang putih dan halia. Kemudian tapis dan ambil airnya. Sembur pada tanaman untuk elak serangga.
Tip dan petua ini dikongsi oleh netizen dari Facebook Kebun D Rumah