Bergelar usahawan tani yang menanam pelbagai jenis tanaman, Baharudin Mohamad juga dikenali sebagai Coach Bahar selalu berkongsi tip bercucuk tanam atau berkebun di rumah.
Kacang panjang antara tanaman yang diusahakan dan hasilnya memang memberangsangkan kerana lebat berbuah. Ini tip yang beliau praktikkan.
Tip pokok kacang panjang berbuah lebat
1. Pantau perkembangan anak pokok dari hari pertama ditanam. Semai biji benih 4 inci ke dalam sabut.
2. Jarak pokok ditanam 2 kaki x 4 kaki antara satunya.
3. Selepas 25 hari mula buang daun yang tak berguna pada pokok secara berkala.
4. Pastikan diracun serangga secara berkala sekurang-kurangnya 4 hari sekali.
5. Sembur dengan foliar pada daun muda dan pucuk setiap minggu. Saya guna baja AB dengan kepekatan 2.0 mS. Sembur pada awal pagi.
6. Pastikan air, cahaya dan baja cukup.
7. Kacang panjang akan berbuah dalam masa 60 hari dari disemai. Kualiti kacang panjang adalah berasal dari biji benihnya.
Wabak COVID 19 belum nampak akan berakhir dalam masa terdekat apatah lagi di Malaysia kes yang dijangkiti semalam meningkat begitu juga di negara lain.
Keadaan ini oada masa yang sama meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya langkah pencegahan penularan virus yang salah satu daripadanya mencuci tangan atau menggunakan cecair pembersih tangan.
Kesedaran ini juga menyebabkan produk cecair pembersih tangan atau hand sanitizer ini laku keras. Masalahnya hingga ia sudah kehabisan stok.
Kalau anda sendiri sudah mencari merata farmasi tapi tetap tak berjumpa mungkin cara terbaik adalah dengan membuat sendiri hand sanitizer ini. Ya boleh buat sendiri! Jimat pun jimat.
Caranya boleh ikut perkongsian daripada seorang jurutera Ir Abdul Rahman Bahasa yang diperoleh dari ahli farmasi sendiri
Cara mudah buat homemade hand sanitizer
Bahan-bahannya mengikut suggestion ahli farmasi:
Dettol
Sterile Water
Cara membuat:
Campurkan 20% Dettol, 80% sterile water.
Kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ni: 20ml Dettol, 80ml sterile water.
Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan ni: 10ml Dettol, 40ml sterile water.
Boleh sukat mengguna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian
Akhirnya sekali letak dalam botol spray.
Info
Tapi saranan ahli farmasi itu, formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas sahaja. Ia disebankan atas faktor ketebalan kulit.
Kesan Dettol agak kuat jugak. Bimbang ada kesan pada kulit kanak-kanak yg umurnya bawah 10 tahun.
Dengan kos RM11.70.Boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer.
Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Total kos 5 botol, RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol+Sterile Water ni. Boleh lah SAVE RM28.30!
Plak berwarna kuning yang terbentuk pada celah-celah gigi memang akan menyebabkan gigi nampak kotor dan tidak terjaga.
Walaupun sudah mengikut rutin memberus gigi dua atau tiga kali sehari ia tetap sukar dihilangkan.
Biasanya untuk mengatasi masalah ini kita akan membuat rawatan ke klinik gigi kerana jika dibiarkan plak ini boleh menyebabkan kerosakan gigi malah nafas juga berbau.
Namun begitu selain rawatan gigi sebenarnya ada beberapa cara semula jadi yang boleh kita praktikkan juga untuk menghapuskan plak gigi. Menariknya, bahan-bahan tersebut ada di dapur kita saja.
Jadi sebelum jumpa doktor gigi boleh cuba dulu cara ini ya!
Kulit oren
Buah jenis sitrus berguna untuk menghapuskan plak kerana kandungan asid yang dimiliki.
Cuma ambil kulit oren yang dikupas dan gosok terus kepada gigi selama 2 atau 3 minit. Kemudian berkumur dengan air suam selepas itu. Lakukan beberapa kali seminggu.
Jus lemon
Selain kulit oren, jus lemon juga boleh digunakan. Asid dalam lemon bukan saja menghapuskan plak tapi juga membantu memutihkan gigi.
Caranya celup berus gigi dalam jus lemon dan gosok gigi dengan rata. Biarkan seketika sebelum membilasnya. Cuma perlu diingat jus lemon cukup kuat dan boleh menyebabkan hakisan gigi.
Minyak kelapa
Barang dapur lain yang boleh digunakan untuk menghapuskan plak gigi adalah minyak kelapa. Minyak ini menyerap kotoran dalam mulut dan mempunyai kesan antibakteria untuk menentang mikro organisma yang membuat di bahagian ini.
Ratakan 1-2 sudu besar minyak kelapa ini dalam mulut dan biar selama 10-15. Kemudian keluarkan dan berkumurlah dengan air suam.
Buah tomato & Strawberi
Buah tomato dan strawberi kaya dengan vitamin C. Jika tak suka dengan buah sitrus anda boleh menggunakan dua jenis buah ini sebagai alternatif.
Potong kecil dan gosok kepada gigi. Biarkan selama 5 minit sebelum berkumur untuk membersihkannya.
Bunga cengkih
Rempah ini sudah sekian lama digunakan untuk meredakan sakit gigi. Ia juga membantu membasmi kuman di dalam mulut. Caranya kisar bunga cengkih dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Letakkan campuran ini pada bahagian gigi yang mempunyai plak.
Semua cara ini beresan sekiranya masalah plak pada gigi bukan di peringkat teruk.
Sekiranya anda mempunyai masalah gigi sensitif sebaiknya dapatkan rawatan doktor.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...