Susah Jumpa, Kita Buat Sendiri Sekaya Telur. Manis Berlemak, Sedapnya!

Share

Kuih sekaya telur ini memang sedap cuma nak jumpa orang jual terutama di Lembah Klang memang payah. Kalau jumpa pun, bulan puasa saja.

Kalau ada yang teringin sangat nak merasa kuih favourite orang pantai timur ini kita buat je sendiri. Caranya dikongsi oleh Norimah Rahman.

Buat sendiri sekaya telur

Bahan-bahan
10 biji telur gred B/C
1 gula atau nisan kerek​/1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
Sedikit esen vanilla

Cara membuat:

1. Potong kecil nisan atau gula kerek kemudian kisar. Kemudian campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut.

2. Masukkan telur, kacau sampai sebati (jangan dipukul hanya kacau perlahan sampai sebati). Masukkan secubit garam dan esen vanilla.

3. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.

4. Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak (nak tahu serikaya dah masak, cucuk lidi, kalau tak melekat tanda dah masak).

5. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sekaya ini lagi sedap di makan ketika sejuk.

Info: Jika nak guna santan kotak pun boleh (pilih Kara). Campurkan dengan sedikit air, jadikan satu setengah cawan.

Selamat mencuba.

Sumber: Norimah Rahman.

Nak beli pengukus elektrik murah klik SINI

Published by
VK