Tanam Sendiri Cendawan Kukur, Gantung Depan Rumah Pun Boleh. 7 Hari Dah Boleh Makan

Share

Cendawan kukur atau kulat sisir ini memang sedap kalau buat gulai. Mantap rasanya. Tapi nak cari orang jual kulat ini tak selalu ada.

Ada masa cari merata di pasar pun tak jumpa. Kalau dah suka sangat makan eloklah kita tanam.

Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. 7-8 hari dah boleh kutip hasil.

Beli saja bongkah dengan benih cendawan ini di Shopee. Kemudian tanam ikut langkah yang dikongsi oleh Ahmad Fadhirul Fitri.

Cubaan menanam cendawan kukur/kulat sisir berjaya!

Caranya:

1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di Shopee (klik SINI untuk beli). Macam ini rupanya.

2. Bila dah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.

3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Saya gantung pada dahan pokok Mangga. Boleh letak di beranda/balkoni juga.

4. Siram pagi dan petang.

5. Hari ke 7 atau 8 dah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.

Selamat mencuba!

Boleh klik link Shopee ini untuk beli bongkah benih cendawan kukur

Sumber: Ahmad Fadhirul Fitri

Published by
VK