Selain ulat dan serangga perosak, kehadiran kucing juga boleh mendatangkan masalah bagi mereka yang bercucuk tanam.
Selalu terjadi haiwan ini membuang najis dan air kencing dekat dengan tanaman. Bukan saja beri masalah bau tapi juga boleh menyebabkan tanaman terutama anak benih mati. Itu belum masuk kucing-kucing ini siap ‘landing’ tidur atas anak pokok.
Pelbagai petua diberikan untuk mengatasi masalah berkaitan dengan bahan buangan kucing. Antara yang popular dan selalu dikongsi adalah guna air merah, minyak gas dan guna cecair pewangi baju. Tapi malangnya tak jalan.
Kalau dah semua cara ini tak berkesan, boleh cuba pula trik yang dikongsi oleh Rose Melati
. Caranya guna serbuk cili! Katanya petua yang diberi oleh rakan berbangsa India ini memang berkesan.Cuma beli serbuk cili dan tabur sekeliling pokok. Pastikan jauh daripada akar ya dan jangan letak terus pada pokok.
Bila serbuk ini dah hilang akibat siraman atau hujan boleh tabur semula, untuk elak kucing datang lagi.
Ujarnya, setakat ini petua guna serbuk cili ini sangat mujarab. Tiada seekor pun yang datang, lalu pun tak. Mungkin kerana kesan bau cili dan kepedasannya.
Bagi yang dah habis idea untuk halau kucing ‘membuang’ dekat tanaman atau laman rumah boleh cuba kaedah ini ya.
Sumber: Rose Melati