Automotif

Tahi Burung Rosakkan Cat Kereta, Terus Buat Langkah Ini Jika Nampak Bertepek Pada Kereta

Share

Kalau parking kereta bawah pokok, masalah tahi burung bertepek atas kereta memang biasa. Ramai yang membiarkan saja tahi burung yang melekat pada kereta ini berhari hari tanpa menyedari ia akan merosakkan cat kereta.

Jika dibiarkan ia sebenarnya akan menghakis clear coat iaitu lapisan yang melindungi cat kereka. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan kereta Nampak kusam dan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Armada Autowork.

“Tahi burung bersifat asid dengan pH antara 3-4.5 dan mempunyai lapisan sampang atau lakuer (lacquer) yang mengembang dan mengeras di sekeliling najis burung.

“Apabila najis burung tidak dicuci dan mengeras pada kereta, lama kelamaan ia akan menghakis clear coat (lapisan yang melindungi cat kereta). Jika terus dibiarkan ia mampu meresap dan menjadi sebati dengan cat kereta. Sebatian itu akan menjadikan cat kereta nampak kusam dan tidak berkilat.”

Buat langkah ini terus

Bagi memastikan masalah ini tak menjejaskan cat kereta, berikut adalah perkara yang perlu dilakukan sekiranya mendapati ada najis burung jatuh di atas kereta.

1. Cepat cuci sekiranya kereta anda terkena najis burung.

2. Jika najis tersebut telah mengeras, jiruskan dengan air terlebih dahulu dan biarkan ia lembut dalam masa 4-6 minit.

3. Kemudian gosok perlahan-lahan menggunakan kain yang sesuai. Jangan gosok terlalu kuat kerana ia berisiko mencalarkan kereta.

4. Sekiranya kesan najis burung tersebut masih tidak hilang, bahagian tersebut perlu dipolish oleh pihak yang mahir.

Sumber: Armada Autowork

 

Published by
VK