Tak Guna Minyak Setitik Pun, Ini Teknik Goreng Ayam Sedap & Rangup Guna Air Fryer

Share

Boleh kata setiap hari menu ayam goreng ini memang ada di rumah. Nak menggoreng ayam ini selalunya guna minyak yang banyak. Memandangkan harga minyak masak pun dah mahal, kita kenalah cari cara untuk kurangkan penggunaannya waktu menggoreng ayam ini.

Salah satu caranya adalah menggunakan air fryer. Tapi kaedah ini kena juga letak minyak sikit supaya hasilnya sedap. Namun sebenarnya ada cara menggunakan air fryer tanpa menggunakan setitik pun minyak untuk menggoreng ayam. Dikongsi Tsu Feh Sufiah

kaedah ini langsung tak gunakan minyak tapi ayam goreng tetap sedap dan rangup.

Cara goreng ayam sedap & rangup tak guna setitik minyak pun

Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Cer tengok nih! Yes. Misi berjaya. Ayam goreng sedap dan rangup.

Tengah hari tadi goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Korang try la buat. Serius,tak payah masuk setitik minyak pun. Caranya senang saja;

1. Basuh bersih ayam

2. Lumurkan ayam dengan ;
– Bawang putih (tumbuk lumat)
– Sedikit halia (tumbuk lumat)
– Sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
– Sedikit kunyit serbuk & garam

3. Gaul sebati.

4. Masukkan dalam bakul air fryer , suhu 180 darjah. Masa 15 minit.


Notak: Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo. (Klik SINI untuk beli).

5. Siap.

Selamat mencuba.

Nak survey air fryer paling top boleh klik SINI

Sumber: Tsu Feh Sufiah

Published by
VK