Tak Guna Serum, Toner Atau Krim Malam Tapi Kulit Putih, Awet Muda Pada Usia 40-an, Datin Maria Farida Kongsi Rahsia Jaga Kulit Yang Diamalkan

Share

 

 

 

 

Rutin penjagaan kulit wajah selalunya bermula dengan pelembap, krim siang, serum, pembersih dan krim malam. Namun percaya tak, ada wanita yang tidak boleh gunakan serum, toner dan krim malam. Pun begitu kulitnya tetap cantik

Itulah pelakon cantik, Datin Maria Farida. Walau sudah berusia 47  beliau tetap awet muda dengan kulit wajah yang putih dan mulus.

Memandangkan ramai yang bertanya Maria dalam instagramnya memberikan beberapa tip penjagaan kulit wajah yang beliau lakukan setiap hari.

Jelas pelakon ini mengakui mengelak daripada menggunakan serum, toner dan krim malam kerana alah dengan tiga produk tersebut, sebaliknya dia menggunakan cara lain untuk merawat kulit.

 

Orang selalu tanya mengenai rutin penjagaan kulit wajah saya. Sejujurnya, saya tak ada rahsia pun. Apa yang saya lakukan ialah tiap malam bersihkan kulit wajah saya dengan tisu basah. Tak guna langsung serum antipenuaan, toner dan krim malam kerana saya elergik kepadanya bahan itu. Kulit wajah saya sangat sensitif.

Jadi, apa yang saya buat ialah setiap bulan saya buat facial di klinik untuk pastikan kulit saya diberi perhatian sebaliknya. Tiap kali saya di sini, saya akan jalani rawatan yang memberikan kulit saya nampak berseri, lembut dan anjal. Saya sangat sukannya. Untuk lebih menyerlah, saya ambik suplemen untuk kulit. TQ Dr.Hoe.

 

 

Jaga kulit wajah cara Datin Maria Farida

1.Tiap malam bersihkan kulit wajah dengan tisu basah.

2.Tak gunakan langsung serum antipenuaan, toner dan krim malam kerana elergik.

3.Setiap bulan buat facial di klinik untuk pastikan kulit diberi perhatian sebaiknya.

4.Ambil suplemen untuk kulit.

 

Sumber: https://www.instagram.com/mariafarida/

 

 

 

Published by
Maryam Elyas