Bagi memastikan kereta dalam keadaan baik, tahan daripada kerosakan banyak aspek yang perlu dijaga. Salah satunya adalah penjagaan coolant dalam radiator, bukan dengan meletakkan air ! Tindakan ini akan menyebabkan enjin berkarat dan inilah sebenarnya pembunuh senyap (silent killer) kereta anda.
Punca utama, tak jaga coolant radiator, main letak air sahaja.
Pentingnya penjagaan coolant pada kereta kita untuk memanjangkan jangka hayat enjin, bila radiator mula berkarat air selaku ejen karat yang sangat efektif akan membawa karat ke seluruh laluan air di dalam enjin.
Jika karat berlaku:
1. Thermostat juga akan kena kesannya, lama kelamaan thermostat akan rosak (jem), overheat boleh berlaku.
2. Pipe line (besi) juga boleh mengakibatkan kebocoran kecil berlaku akibat kelemahan struktur pipe akibat dimakan karat, overheat juga boleh berlaku.
3. Laluan air dalam blok pun tak cantik akibat karat yang tebal (laluan makin sempit).
4. Waterpump pun mudah rosak seperti gambar di atas, setiap kali tukar timing belt, wajib tukar water pump. Overheat juga boleh berlaku jika mengabaikan water pump.
5. Segala jenis hose getah pun akan cepat mengeras dan boleh pecah bila-bila masa akibat daripada tindak balas antara air karat dengan getah hos dan overheat boleh berlaku.
6. Radiator pun berkarat, jika terlalu teruk, aliran air melalui radiator tidak berapa cantik, dan menjadi semakin teruk jika aliran air tersekat terus, overheat boleh berlaku jika begini keadaannya.
7.Radiator cap pun akan kena kesan karat, kepala cap ini boleh putus akibat karat.
Oleh itu, jagalah coolant kereta anda, tak mahal manapun, baru RM29 (Proton, Perodua, Toyota, Nissan, Honda lebih kurang harganya). Tukarlah setiap 40-50 ribu km sekali atau 2 tahun sekali bergantung pada jarak perjalanan kereta anda.
Spare tank atau tangki simpanan di tepi radiator jangan pulak ditambah air, tambah coolant sahaja. Ramai yang tambah air, lama kelamaan kandungan coolant beransur hilang. Inilah sikap dan punca utama kebanyakan kes overheat yang berlaku.
Sumber: Media Malaysia