Tak Mampu Beli, Suami Ini Buat Sendiri Almari ‘Grand’ Untuk Isteri. Besar Sungguh!

Share

Seronok orang perempuan kalau dapat almari besar macam ni. Macam-macam boleh letak.

Tapi kalau nak upah orang buatkan memang perlukan modal yang banyak. Namun jika ada sedikit kemahiran bertukang boleh buat seperti apa yang dilakukan oleh Izuan Che Ibrahim

ini untuk isterinya. DIY saja.

Almari atau walking closet sebesar ini menurut modalnya lebih kurang RM800. Senyum lebar isteri kalau dapat almari macam ni.

Ruang asal

Pasang round bar bracket & railing untuk letak shelf.  Boleh beli di Shopee, klik SINI untuk link.

Pasang plywood untuk rak.

Buat rangka guna kayu saiz 1×2.

Tampal MDF board, beli di Shopee. Untuk link klik SINI 

Tampal papan shiplap.

DIY pintu almari

DIY pintu ala barn door. Guna kayu pine 1×2 dan playwood nipis 4mm. Tampal MDF board.

Pasang railing untuk barn door dan cat ikut cita rasa. Klik SINI untuk beli railing barn door.

Artikel berkait: DIY Pasang Pintu Sliding Pisahkan Ruang , Beli Online Pasang Sendiri

Hasilnya…

Besar sungguh macam-macam boleh letak. Puas hati, lagi pula buat sendiri. Modal lebih kurang RM800.

Selamat mencuba!

Sumber: Izuan Che Ibrahim

 

Published by
VK