Baru lepas gaji, ramai yang membeli kasut baru. Tapi satu masalah bila nak pakai kasut baru dibeli ini adalah selalu saja terjadi melecet.

Sakit wey! Antara petua biasa yang kita dengar untuk elak melecet adalah gigit dulu kasut sebelum pakai.

Gigit dulu pasut baru sebelum pakai sebelum kasut gigit kaki kita. Ini antara petua biasa untuk mencegah melecet bila kita memakai kasut baru.

Tapi cara ni tak berkesan pun, tetap kena. Sakit wey! Sebenarnya tak perlu gigit pun ada cara lain yang berkesan untuk elak melecet ini. Kita saja tak tahu. Boleh ikut cara ini ya.

Pakai plaster

Tak Payah Gigit Kasut Baru, Boleh Guna 6 Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet

IKLAN

Ini yang paling biasa kita lakukan lepas beli kasut baru, sedia siap-siap plaster untuk ditampal pada bahadian atas tumit dan jari kaki.

2. Tabur bedak dalam kasut

Tak Payah Gigit Kasut Baru, Boleh Guna 6 Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet

Tabur bedak di bahagian dalam kasut dan juga tepi kasut. Bedak akan melicinkan bahagian kasut sekaligus mengurangkan geseran yang boleh menyebabkan kaki melecet. Selain itu  kasut juga akan berbau harum.

3. Sapu deodorant pada kaki dan kasut

Tak Payah Gigit Kasut Baru, Boleh Guna 6 Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet

IKLAN

Kegunaan deodorant bukan saja untuk mengelakkan ketiak berbau tapi juga untuk mencegah kaki melecet. Tapi pastikan korang menggunakan deodarant jenis roll on bukan jenis semburan.

Sapu pada sekeliling kasut dan bahagian yang boleh menyebabkan melecet. Fungsi deodorant ini sama seperti bedak untuk melicinkan permukaan bagi mengelakkan geseran penyebab melecet.

4. Bekukan air dalam kasut

Tak Payah Gigit Kasut Baru, Boleh Guna 6 Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet

Masukkan air dalam plastik, kemudian letak dalam kasut. Balut dan masukkan dalam freezer, biarkan air tadi beku selama semalaman. Tujuannya adalah untuk mengembangkan saiz kasut supaya selesa bila kita memakainya.

IKLAN

Tampal tape

Tak Payah Gigit Kasut Baru, Boleh Guna 6 Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet

Bagi mengelakkan melecet pada bahagian jari, boleh tampal tape pada jari kaki sebelum mengenakan kasut.

Selain itu:  Buat Sendiri Kuih Tepung Bungkus Kalau Rindu Nak Makan. Ini Caranya

6. Stokin dan pengering rambut

Tak Payah Gigit Kasut Baru, Boleh Guna 6 Cara Ini Untuk Elak Kaki Melecet
Pakai stoking yang tebal kemudian sarungkan kasut yang baru dibeli. Ambil pengering rambut lalu halakan wap panas pada bahagian dalam kasut. Ia membantu melonggarkan kasut yang ketat yang selalu menjadi punca kaki melecet.

Selamat mencuba

Sumber: Brightside

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI