Bila teringin nak makan spageti carbonara, teringat sos yang dah siap dalam tin. Macam-macam jenama ada. Tapi bila masak kuantitinya sikit saja. Kena beli 2 tin baru cukup kalau nak makan sekeluarga.
Sebenarnya daripada beli lebih baik buat sendiri sebab cara membuat sos carbonara ini tak susah mana pun. Jimat juga, sekali buat dapat sekuali. Hasilnya pun puas hati sedap, pekat likat! Resipi perkongsian Arieza Rieza.
Ads
Homemade sos carbonara pekat likat
Bahan sos creamy carbonara (untuk sebungkus spageti):
Mentega Bawang holland – potong dadu Tepung gandum – 3 sudu makan Air – 3 cawan Susu full cream – 4 cawan Tatura cream cheese – yang kecil dibelah dua. Ambil sebahagian dan kisar dengan air supaya tak berketul. Garam, lada hitam, oregano Daging cincang Sosej dipotong kasar Lada benggala
Ads
Langkah membuat:
Panaskan mentega kemudian masukkan bawang holland. Tumis sehingga keperangan
Masukkan daging cincang, kacau sehingga masak.
Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sehingga keperangan sedikit.
Dah agak kering masukkan air dan kacau jangan sampai berketul. kemudian masukkan susu full cream. Kalau pekat tambah lagi susu.
5. Masukkan ke semua bahan lain termasuk cream cheese. 6. Rasa, kalau semua dah ok tutup api dan hidang bersama spageti.
Jam dinding dah tak berfungsi akibat kehabisan bateri, biasanya kita akan beli saja sama ada AA atau AAA. Janji bateri, asal dapat berfungsi semula kira ok dah tu.
Tapi tak pernah tahu pula rupanya tak semua bateri sesuai untuk jam dinding. Bateri ini ada jenis-jenisnya dan kena guna pada alat yang sesuai dengan kemampuannya. Dkongsi oleh Zulkifli Bin Ahmad, hari ini kita belajar ilmu tentang bateri.
Ilmu tentang bateri
Puas fikir pasal apalah jam dinding kat rumah selalu rosak. Rupanya selama ini, main letak sajabateri AA. Malam ni baru tahu.
1. Bateri Alkaline untuk kamera dan remote ( mahal, dan paling kuat ). Kalau letak pada jam, memang jam akan cepat rosak.
2. Super extra heavy duty untuk barang elektrik radio, mainan dan lampu. Sama juga. Kalau letak dekat jam, memang akan cepat rosak.
3. Heavy duty untuk jam. Inilah yang paling sesuai. Lagi mudah, guna saja jam kedai RM2.
Kebelakangan ini ramai yang merungut dengan bil elektrik yang tinggi. Ada yang naik sekali ganda dari biasa.
Salah satu cara kita untuk penjimatan dah tentulah mengurangkan penggunaaan alat elektrik tapi berapa sangatlah yang dapat dijimatkan terutama waktu cuaca panas ini.
Namun begitu kalau bil elektrik dah mencecah sampai RM500 setiap bulan ada baiknya pertimbangkan penggunakan sistem solar panel di rumah. Harganya mungkin besar tapi dalam jangka masa panjang memang menjimatkan kos.
Dikongsi oleh Peter Wong ini pengalaman beliau menggunakan solar panel yang mungkin jadi rujukan dan pengetahuan kita.
Sharing pengalaman guna solar panel
Sekadar sharing pengalaman pakai Solar panel saya. Saya pakai solar 10 panels. 8 menghala ke timur, 2 menghala ke barat. Panels top tier 1 jenama Qcells dan Inverter Hoymiles. Kos beli solar RM 20,000 untuk saiz 4.7kwp. Setiap bulan boleh potong bil letrik lebih kurang.
Kalau harga letrik tetap sama, agak-agak dalam 6 tahun dapat balik modal. Kalau harga letrik meningkat lepas ni, boleh dapat balik modal lebih awal.
Solar tu saya bayar ansuran 36 bulan. Downpayment dah bayar RM5500. Baki RM14,500 bahagi 36 bulan 0% interest. Setiap bulan bayar RM402.77. Tapi bil letrik sudah kurang RM280 setiap bulan.
Kadang kala bil boleh sampai negatif
Kontra balik dengan bil solar jadi setiap bulan cuma bayar RM100+ untuk letrik. Itu pun 3 tahun je. Lepas 3 tahun tak payah bayar apa-apa langsung. Cuma menikmati elektrik percuma RM280 setiap bulan. Kadang kala bil boleh sampai negatif pasal penggunaan kurang dari RM280 pada bulan tersebut.
Bagi saya rasa sangat berbaloi beli solar. Warranty inverter 10 tahun. Warranty solar panel 25 tahun.
Syor kalau rumah bil elektrik RM250 ke atas
Saya syorkan kepada sesiapa yang duduk rumah taman/kampung yang guna letrik sekurangnya RM250 ke atas. Kalau bil letrik cuma RM100-RM200 macam tak berbaloi pasal kena tunggu masa lama untuk dapat balik modal pemasangan solar.
Setiap 6 bulan sekali saya naik atas bumbung (saya ada cara naik ke bumbung melalui airwell) bawa paip air dan extendable pole dengan sponge untuk lap permukaan solar panel. Pakai air dan sabun pinggan saja.
INFO
Setiap tahun kos untuk pemasangan solar kian menurun dan terkini saya nampak ada pakej pemasangan saiz lebih kurang sama dengan saya cuma harga RM18k!! ROI lebih cepat dan harga pemasangan lebih rendah dari saya!
INFO TAMBAHAN
Tiada bateri maintenance diperlukan. Saya ingin menambah info ini kerana kerap dapat soalan bertanya tentang maintenance bateri. Saya pakai sistem on-grid dengan TNB.
Jadi semua elektrik dijana akan dibeli oleh TNB pada kadar 1 untuk 1. E.g. jika TNB caj RM0.516 setiap kWh, saya juga jual balik kepada TNB pada kadar Rm0.516. Di bawah program subsidi solar NEM 3.0, saya sudah sain kontrak dengan TNB dan TNB sudah lock-in untuk beli 100% elektrik yang dijana oleh solar panel saya selama 10 tahun.
Bila rasa nak makan char kuetiau mesti kita akan pergi kedai. Biasanya nak buat sendiri selalu tak menjadi kerana tiada sosnya.
Tapi lepas ini boleh masak terus kat dapur sendiri sebab Fatin Nur Izzah berkongsi cara nak hasilkan homemade sos char kue tiau.
Syarat nak masak char kue tiau ini, kena masak sepinggan-sepinggan. Barulah sedap. Bila dah ada sos ni bila-bila masa nak makan boleh buat!
Kalau nak cuba boleh guna resipi sos ini yang dikongsi oleh beliau.
Homemade sos char kuetiau
1. Rebus kepala udang dan kulitnya sekali (resipi ini guna sekilo). Kuantiti air mesti sama paras dengan udang.
2 Bila dah sejuk air rebusan udang, kisar sampai hancur.
3. Tapis dalam periuk, hampas dan udang boleh dibuang (ada yang guna untuk baja tanaman).
4. Campur air udang yang sudah ditapis tadi dengan:
2 senduk kicap manis 2 senduk kicap pekat 2 senduk sos tiram 2 kiub ikan bilis 2 sudu cili boh
5. Tambah 6 ulas bawang putih diketuk.
6. Biar mendidih kemudian perlahankan api. Reneh dalam 30 minit atau lebih. Waktu ini bawang putih tadi akan hancur dan pekat. Garisan atas sebelum mendidih.
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas.
Cara masak, kena buat sepinggan-sepinggan!
Tumis 2 ulas bawang putih, masuk udang, letak 1 senduk sos char kuetiau yang dibuat. Tambah sedikit air kemudian letak kuetiau. Masukkan telur sebiji, taugeh dan daun kucai. Siap!
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...