Muka dan kulit dan cantik tapi bawah mata nampak jelas lebam. Ini masalah biasa kaum wanita, ada yang berhabis banyak untuk beli krim untuk atas lebam bawah mata ini.
Tapi daripada membazir lagi banyak, apa kata cuba cara semula jadi ini pulak. Cuma guna timun dan madu. Timun seperti yang kita tahu memang selalu digunakan untuk rawatan kecantikan.
Tip ini juga menurut Faarihah Kadir membantu mendapatkan kulit yang lebih berseri. Namun caranya bukan dengan menempelkan timun pada bawah mata tapi jadikannya ais kiub. Bagi yang nak mencuba boleh ikut langkah ini ya.
Tip untuk menghilangkan lebam bawah mata dan kulit muka yang bersih glowing dan sihat .
Bahan bahan yang digunakan
- Timun
- Madu
- Air bersih
Kisarkan bahan bahan tersebut sehingga lumat dan masukkan ke dalam peti ais dan bekukan.
Gosokkan selama 10 minit dan bilas dengan menggunakan air bersih. Amalkan setiap malam.
Selamat mencuba
Sumber: Faarihah Kadir
Cara Buat Kuih Lapis Guna Sukatan Cawan Lebih Mudah. Confirm Menjadi
Kuih lapis ini ramai peminatnya, budak-budak pun suka. Boleh makan waktu pagi dan juga petang.
Nampak macam remeh nak buat tapi sebenarnya mudah saja, nak lagi senang ikut sukatan cawan. Gerenti jadi.
Boleh ikut resipi ini yang dikongsi oleh Shameema Ahamed ini, katanya sudah banyak kali membuat kuih ini guna resipi yang sama dan ia tak pernah mengecewakan.
Buat kuih lapis guna sukatan cawan lagi mudah
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula (nak lebih manis tambah 1/4 cawan lagi ke dalam adunan)
1 sudu kecil garam
1 cawan santan pekat (saya guna santan kotak)
1/2 cawan susu cair (saya guna santan cair)
3 cawan air
Pewarna ikut cita rasa
Cara membuat
1. Mula-mula, panaskan periuk pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Sementara itu sapukan sedikit minyak pada loyang.
2. Satukan santan, susu cair, air, gula dan garam. Kacau perlahan-lahan sampai larut.
3. Kemudian ambil 3 jenis tepung tadi, masukkan ke dalam bancuhan santan tadi. Kacau sebati kemudian tapis ke dalam bekas lain.
4. Bahagikan adunan yang ditapis kepada 2 atau 3 bahagian ikut warna yang mahu digunakan. Bahagikan sama rata. Boleh guna senduk.
5. Kemudian titiskan warna pada adunan yang dah dibahagikan tadi.
6. Dah boleh mula kukus, letak loyang ke dalam pengukus dan tuang adunan untuk lapisan pertama. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain supaya air tak menitis.
7. Kukus selama 5 minit setiap lapisan, guna api yang kuat. Kemudian boleh buat lapisan kedua dan seterusnya.
8. Untuk lapisan terakhir, lebihkan masa sedikit. Kukus sekejap selama 15 minit.
9. Sejukkan sebelum dipotong. Potong guna pisau plastik.
Selamat mencuba
Sumber: Shameema Ahamed & Naz Reen
Ini Keadaan Kurma Dari Ladang! Jadi Sebelum Makan Tolong Basuh Dulu Kurma Ikut Cara Ini
Kita sangka kurma yang kita makan untuk berbuka dan bersahur di bulan Ramadan ini dah bersih. Jadi tanpa ada rasa was was ramai kalau kita makan terus kurma ini tanpa membasuhnya.
Rupanya tidak ya. Sebelum makan kurma sebaiknya basuh dulu kerana kurma yang datang dari ladang ini selalunya akan ada kekotoran termasuklah pasir.
Perkara ini dikongsi oleh peniaga kurma , Niena Samsir. Ujar beliau pembekal kurma sendiri menekankan meskipun nampak bersih tapi sebaiknya tetap dibasuh terlebih dahulu. Malah beliau turut berkongsi cara membasuh kurma dengan betul.
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah (agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci.
Cara bersihkan kurma
Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama. So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan.
Gambar ummi tunjuk adalah keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma. Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma;
1. Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit.
2. Kemudian bilas dengan air bersih.
3. Tapis, dan tos. Kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
4. Tapi, kalau nak cepat, tak perlu jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Semoga bermanfaat
Sumber: Niena Samsir.
Cara Buat Serbuk Colek Ala Thai. Memang Padu Lawan Dengan Mempelam Atau Mangga Muda
Bagi penggemar makanan masam dan colek, tengok gambar ini pun dah kecur air liur.
Jika selalu colek dengan sos atau kicap pedas, kita cuba pulak buat colek Thai perkongsian Are Peace.
Pedas manis dan rasa udang kering lawan dengan mempelam, mangga muda, epal hijau atau kedondong fuh terbaik!
Serbuk colek ala Thai
Bahan-bahan
15 tangkai lada kering
3 inci belacan
1 cawan udang kering
2 cawan gula pasir
Cara membuat:
1. Sangai semua bahan kecuali gula.
2. Dah garing bahan tadi angkat dan sejukkan. Dah sejuk, kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal kisar sekali dengan gula tapi saya guna gula pasir yang halus jadi saya asingkan. Kemudian terus gaul dengan dengan bahan dikisar tadi.
Tip ekstra
- Tambah garam kalau tak cukup masin
- Boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yang lebih
- Paling penting pastikan bahan-bahan sangai tadi sejuk dahulu baru kisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.
Sumber: Are Peace